NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 28, 2021

OIL PULLING

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Jumaat 29 Januari 2021/16 Jamadil Akhir 1442H


Alhamdulillah tahun baru masehi datang lagi..menghitung usia kami wargamas yang Kian berkurang..tiada siapa tau berapa lama kerana tiada siapa yang diberikan Allah pengetahuan tentang yang ghaib sekalipun para Nabi Dan Rasul.

Pengalaman Saya merangkak masuk ke tahun baru... ujian sakit mulut ulcer dan lemah gusi masih belum reda.. 

Seorang teman yang penuh simpati menasihatkan Saya membuat rawatan OIL PULLING...satu yang saya tak pernah dengar...dia suruh Saya Google

Sebagai seorang yang curious dua hari saya mengoggle kaedah oil pulling...rupanya ia rawatan purba ayurveda dari lndia. Rawatan yang menggunakan minyak kelapa Dara untuk di swish (kumur2) dalam mulut selamat 15 minit..tujuan mengeluarkan bakteria dari rongga sedalam2nya mulut...minyak tak boleh ditelan atau termasuk saluran pernafasan...nanti blok nafas jadi Covit ..

Rupanya kaedah oil pulling ini Cuba mengeluarkan sebanyak mungkin kuman dalam mulut di celah2 Gigi yang paling sukar untuk di jangkau..Sebelum ini yang Saya tahu kumur2 hanya dengan air garam ..

Alhamdulillah hari ini lebih seminggu Saya mencuba rawatan oil pulling...yang ketara kesan bengkak gusi menipis...bizniAllah..boleh mengunyah sedikit alhamdulillah..

Sekarang ini dengan PKP Dan DARURAT di Malaysia serta bertambahnya kes covit mencicah empat angka Saya merenung betapa musibah tidak hanya mengena orang yang jelas2 melakukan mungkar tapi semua rakyat...lni di sebut dalam Surah AlAnfal sebagai FITNAH.

Parahnya kesan fitnah ini lebih sakit daripada penyakit gigi dan gusi yang memerlukan OIL PULLING...Ketika rasuah merebak di mana2, khianat di sahkan benar dan banyak lagi kezaliman...itu semua memerlukan RAWATAN yang perlu sampai ke dasar jiwa yang paling dalam...lebih hebat daripada OIL PULLING untuk merawat penyakit mulut yang dalam Bahasa saintifiknya GINGIVITIS Dan PERIODONTITIS...

Sekarang fitnah sudah menyerang jiwa setiap isirumah dan setiap anak bersekolah terdedah dengan pelbagai dakyah...namanya hand phone, tab dan yang sewaktu dengannya..lnilah fitnah DAJJAL..menguasai pemikiran, perlakuan serta budaya yang disebut NORMA BARU.

Tidak ramai yang boleh istoqamah untuk mengusir fitnah bersenjatakan wirid harian kerana banyak lagi hiburan di luar yang memancing naluri santai...makin kurang lagi yang  merujuk Alquran Dan Sunnah sebagai panduan hidup kerana terlalu banyak fatwa yang dikeluarkan ketahap bercelaru...ltu belum lagi Utuber yang membuat pelbagai content untuk mengisi masa terluang yang lumayan sekarang.

Apa pun tahap kegawatan yang berlaku di dunia dan di negara kita amat membimbangkan..setiap saya keluar darurat mencari bekalan makanan saya dapat melihat sulitnya hidup keluarga yang daif..kebanyakan berjaja, menjual makanan dan ada yang terang2 minta infaq.  Anak2 muda termasuk wanita menjadi penghantar makanan Grab Food, Panda,Lalamove Dan sebagainya.

Beredar juga maklumat anak2 keciciran belajar...nun di pendalaman...apa nasib generasi akan datang...sedih

Di umur super tua ini Saya hanya mampu berdoa Allah permudahkan segala urusan saya dan suami...tidak menyusahkan orang lain walaupun anak2..agar kami diberi husnul khotimah serta di ampunkan dosa dan kelalaian yang banyak..di samping berdoa umat lslam akhir zaman selamat dari fitnah yang menyerang.

Rawatan seperti OIL PULLING lebih perlu untuk menerobos jiwa2 insan yang diserang penyakit syahawat Dan syhubhat..ia satu tarbiyyah yang panjang perlukan kesabaran,lebih sabar daripada merawat penyakit gigi... WaAllahualam

Tuesday, January 12, 2021

BLESSINGS IN DISGUISE

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Rabu 13 Januari 2021


Alhamdulillah..Malaysiaku berPKP Kali kedua mulai hari ini sampai 26 hb..tambah lagi perintah DARURAT sampai 1 Ogos 2021..sukar untuk membaca minda pemerintah termasuk DYMM Sri Paduka Baginda YDA tentang perkembangan mutakhir ini..namun jika di izin Allah mesti ada hikmah/kebaikan. (Konsep Hikmah amat luas bersumberkan kebenaran Quran Dan Sunnah) Alhamdulillah

BLESSING IN DISGUISE adalah hikmah yang berlaku pada diri saya sendiri kerana semalam Selasa 12 Januari 2021 kes diabetic Saya di hospital Shah Alam sudah DISCHARGED walaupun bekalan minima ubatan diteruskan. 

Doktor wanita muda yang mengendalikan kes saya merumuskan analisa darah dan air kencing saya yang di ambil minggu lepas semua bebas dari jangkitan dan tidak mengandungi protein..bacaan gula 6 dan tekanan darah normal..ALHAMDULILLAH..yang bestnya berat badan turun 5kg.. alhamdulillah..yang ini memang saya target pun.

Alhamdulillah..rupanya ulcer yang menguliti mulut saya berlaku penuh hikmah .. kurang makan,kurang cakap..cuma struggle nak buka mulut menyebut makhraj AlQuran. Kawan2 musykil kenapa lama sangat mengidap ulcer..sekarang saya boleh jawab ada HIKMAHnya.

Banyak juga saya merenung asbab ulcer saya yang berpanjangan sedangkan semua saranan rawatan dari kawan2 saya cuba semua antaranya banyakan minum air, ambil vitamin C, air badak dan sebagainya. Seorang teman sekolah sewaktu di Muar terus mengepos ubatan.. masyaAllah semoga Allah mengganjari keikhlasannya.

Yang ketara dalam merawat penyakit di usia lanjut ialah bagaimana semua penyakit berkait rapat dengan cara fikir dan penyerahan kepada Allah. Sebelum ini pengidap diabetik saya di beri faham ia penyakit berkekalan, diwarisi dan mesti makan ubat sampai bila2..POWERnya penyakit ini mengatasi Kuasa Allah...nauzubillah..bilamana Kita memberi Kuasa dan nilai takut kepda selain Allah itu SYIRIK namanya ..Tak sedar kita membesarkan benda lain bukan Allah!!!

Tentang penyerahan pula bilamana rawatan yang memberi kesan kita serahkan kepada ubatan ...doktor Dan sebagainya yang menyembuhkan bukan Allah kita berSYIRIK keyakinan pula ..adduhh berat kes ni

Di akhir zaman dan era Dajjal keluar terlalu nyata manusia memberikan nilai tinggi kepada selain Allah..Wang , kuasa Dan pangkat...Dan tindakan memberi kesan kepada kehidupan pula diberi kepada  SOP Covit, veksin Dan seumpamanya..macam tiada peranan Allah nauzubillah..malah sunnah kejayaan orang beriman bertaqwa dan bertawakal tolak tepi. Kemana kita akhirnya?

WaAllahualam

Saturday, January 2, 2021

RAWATAN ULCER TAHUN 2021

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Ahad 3 Januari 2021


Alhamdulillah awal tahun baru jatuh pada hari Jumaat, hari sebelumnya berpuasa  Adik Saya menyambut hari tahun baru dengan mengadakan majlis jamuan makan keluarga sempena pelancaran Warong Atok...menyediakan makanan Melayu di sekitar seksyen 11 Shah Alam.. alhamdulillah..

Antara menyambung silaturrahim dan takut covit kami pilih silaturrahim kerana 2hb Januari sepupu Saya di kg Sg Mati Muar menjemput perkahwinan anaknya...tempat Saya membesar adalah di rumah sepupu saya kerana masa itu mak saudara saya suka bertanam pokok tebu dan Saya orang yang paling banyak mengunyah kulit tebu di rumahnya.  Ada juga pokok pauh aka mangga terlajak manis...Dan setiap kali buah mangga jatuh Saya orang pertama yang mengutip Dan terus menikmati rezeki Allah.. alhamdulillah..lebih 65 tahun berlalu kenangan manis membesar di kg amatlah manis...

Dalam perjalanan balik kampong Saya singgah di Kajang rumah adik ipar yang berkahwin dengan warga Sukabumi Jawa Barat. Ayu nama isterinya seorang yang lemahlembut pekerti dan pandai memasak.  Bila dia tahu saya tidak boleh makan kerana ulcer runsingnya bukan main. Macam2 cara dia ingin merawat hingga memetikkan daun cincau...baru Saya tau cincau itu dibuat daripada sejenis daun...

Dia memberi Saya air mint untuk berkumur Dan mencadangkan Saya meminum air Badak cap kaki tiga untuk menyejukkan badan.

Ayu unik dengan peribadi perihatin ini dan Saya amat terkesan walaupun tidak menjamah makanan yang di hidangkan. Lalu Ayu bercerita kisah anak kecilnya pernah hampir kebuluran kerana di serang ulcer kronik hingga kepingan daging dalam mulut ikut keluar...SubhanaAllah.  Katanya waktu itu beliau pasrah cuba mencari jalan agar anaknya dapat makan sedangkan dirinya waktu itu dalam berpantang melahirkan adik kepada pesakit.

Arwah ayah Ayu tiba2 mencadangkan ayu menggali 3 ekor cacing tanah di belakang rumahnya..di bersihkan Dan di rebus..airnya beri anak minum...Ayu bercerita SubhanaAllah Kuasa Allah mentaqdirkan lepas satu jam anaknya di beri air cacing rebus dia boleh mengunyah makanan dan banyak makannya. Aya bertanya ...kakak nak Saya buatkan ke..eeh..jgn ayu kak nak muntah ni...

Mengenang kembali waktu membesar saya dengan cacing tanah bukanlah asing kerana Saya peminat tegar memancing dan umpan utamanya cacing tanahlah...konon2nya sekarang jijik...adduhh..takut Saya sikap dajjal yang merasuk umat manusia entah2 termasuk Saya...jijik dengan yang jelas2 halal..tetapi tidak jijik dengan sikap rasuah..menipu dan memancing ketakutan manusia kepada selain Allah.WaAllualam..

Monday, December 28, 2020

SWAB KE SWAP

 BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Isnin 28 Disember 2020/ 13 Jamadil Awal 1442H


Alhamdulillah..tahun 2020 akan meninggalkan umat manusia yang mengharapkan keadaan memulih dalam semua aspek kehidupan.  Namun indikasi peningkatan kes Covit 19 berkata sebaiknya di Mana PKP di lanjut hingga 14 Januari 2021.

Samb...30 Disember

Esok hari terakhir tahun 2020..semoga Allah berkati jatuhnya tahun baru 2021 pada Hari Jumaat .. alhamdulillah.

Saya Dan suami baru pulang menziarahi besan (emak lntan) mengucap takziah kepulangan ayah lntan pagi Jumaat lepas Dan di kebumikan di Melaka kampong ayah lntan..semoga Allah merahmati ruhnya. Baru saya tau ibu lntan berumur 59 tahun,ayahnya 64 tahun.. jauh lebih muda daripada kami berdua... alhamdulillah kami di beri kesihatan hingga Kini.

Saya nak sambung tajuk blog kerana ia ada sedikit keanihan berikutan maklumat Saya dengar daripada kakak ipar anak Saya Shasha. Suaminya warganegara Singapura dan sudah lebih 10 bulan mereka terpisah kerana suaminya bertugas di Pulau tersebut... katanya suaminya hanya di benarkan pulang ke Malaysia tahun 2022...terkejut Saya...kabarnya Singapura menutup sempadan 2 tahun...kakak ipar anak Saya dengarnya sedang menunggu jawapan rayuan permohonannya menyertai suaminya di Singapura dengan syarat SWAB (ujian Covit) ..baru boleh SWAP (tukar tempat tinggal)....baru Saya tau ramai orang terjejas dek Covit..hingga memisahkan suami isteri..macam tersihir dek covit...sihir akhir zaman...dajjal sedang berperanan...adduhh seram di buatnya..

Lebih seram adalah berita veksin yang di ragui keberkesanan Dan sumber halalnya...Dan konspirasi katanya ingin mengurangkan penduduk dunia...entahlah..semoga Kita di pelihara Allah daripada terjebak dengan konspirasi syirik akhir zaman

Saturday, December 19, 2020

MOVE ON

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Sabtu 19 Disember 2020


Alhamdulillah..10 hari selepas kembali kerahmatuAllah adik Saya Hj Hairudin satu pertemuan keluarga berlaku lagi Kali ini pernikahan Zul lkmal Amri Ghazali anak saudara saya...anak adik nombor 8.


Saya Dan suami ke Kuala Pilah rumah pengantin perempuan bernama Najlah menyertai kereta anak Hj Rosli...anak adik Saya nombor 6. Selesa kereta Alfadnya...namun sewaktu pulang Saya bersama anak Saya Shasha untuk santai2 berjalan sekitar Kuala Pilah... alhamdulillah terubat rindu suami Saya yang lama tidak bertemu cucu2 nya sejak kurantin covit.

Kami menyinggah membeli itik salai...suatu makanan yang Saya sering dengar tapi belum pernah menjamahnya. Rupanya itik tersebut perlu di masak dahulu barulah lembut dagingnya...bukan macam ayam golek yang terus boleh di makan.

Sempat juga kami menikmati cendul durian digerai tepi jalan tapi bersih persekitarannya..kemudian singgah ke Tesco Senawang bersolat Dan membeli belah.. lama rasanya kami tidak berbelanja bersama cucu2 yang akan memilih apa saja barang keperluan mereka.. alhamdulillah...

Shasha Dan keluarga berehat semalaman di shah Alam setelah menikmati itik salai masak cili padi...katanya sedap kerana Saya belum dapat menghadzamkan suatu makanan yang keras...ulcer masih menduga.

Tajuk MOVE ON...satu terapi merawat kesedihan pemergian mengejut ahli keluarga ..Kita teruskan kehidupan berbaki dengan penuh keinsafan bagaimana Kita masing2 "merasai" kematian..semoga semudah air mengalir Dan diredhai Allah.

Zul lkmal telah menjadi suami orang Dan bertambahlah tanggungjawabnya mendidik pasangannya agar Solehah...sesungguhnya hidup bermakna perlukan ilmu mengenal diri Dan Pencipta...mentarbiah diri dengan nilai llahi Dan menghias nilai tersebut menjadi akhlak mulia seorang mukmin. Ia perlukan seorang murrabi..seorang yang sentiasa mengeratkan hubungan dengan Allah serta tidak bertuhankan nafsu walau sesaat...

Namun atas dasar MOVE ON..semua Kita kena teruskan pengabdian semoga mendapat petunjuk Dan hidayah Allah.. Aamiin

Friday, December 11, 2020

JUMAAT YANG BAROKAH

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Jumaat 11 Disember 2020


Alhamdulillah Saya Dan suami buat keputusan melepasi kuarentin hari ini untuk hadir urusan pengkebumian arwah adik Saya...dapatlah Saya mengusap muka adik Saya Dan mendoakannya..suami Saya mengucup dahi yang sejuk..air Mata deras mengalir...

Umpama sedang tidur adik Saya tenang nampaknya..semoga Jumaat yang barokah menemani akhir hayatnya.

Sop surau menguruskan jenazah agak ketat..Saya tidak menyertai solat jenazah tapi melakukan cara ghaib di rumah bersama teman2 ipar Saya..Balu adik Saya

Selepas jam12.30 baru upacara selesai Dan kami balik berehat..satu kehilangan yang amat ketara di jiwa Saya kerana kasihnya kepada kakak nya terlalu dalam...selalu bertanya kabar Dan menghantar makanan.


Seorang demi seorang sedang Allah panggil menemuiNga semoga kami dapat nikmat bertemu Allah macam adik Saya DI JUMAAT YANG BAROKAH.. AAMINN


Thursday, December 10, 2020

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Khamis 10 Dec 2020


Dari Allah Kita datang Dan kepadaNya Kita kembali...satu kalimah penenang jika Kita insaf Dan faham kedudukan Kita selaku hamba Allah di muka bumi ini.  Ibarat masing2 menunggu giliran untuk pulang...pg ini adik Saya nombor 9 Hj Hairudin telah sampai gilirannya bertemu Allah ..semoga Allah merahmati.


Hj Hairudin unik kerana dia banyak berbusiness..yang paling berjaya adalah Nasi Arab...tahun 2008 satu2nya business Nasi Arab terawal di Malaysia Dan tiap Kali musim Ramadhan beliau akan berinfaq untuk iftar...ya Allah terimalah infaq adikku ini.


Hairudin meninggal kan kami di usia 61 tahun..masih muda Dan hubungan Saya dengarnya memang intim...tiap Kali saya ada tamu Saya pasti akan membawa mereka menikmati Nasi Arab sedap Dan pelanggan tetapnya bertambah setiap tahun.. alhamdulillah.

Saat Saya menulis blog Saya ternampak2 wajahnya Dan kesayuan menerpa ..gugurlah air Mata sedih kerana Saya akan kehilangan seorang tokoh adik yang penuh kasih sayang di jiwanya. 

Terkini adik beradik Saya tinggal 9 orang..no 2,3,6,7,8,10,11,12,13

Saya mendoakan kebaikan buat Hairudin yang sekarang masih d ppum dengarnya untuk ujian Covit...semoga Allah permudahkan pengkebumian jenazah..