NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, July 29, 2013

CANCER, CANCER EVERYWHERE

Salam

Isnin 29 Julai 2013/ 20 Ramadhan 1434H

Fasa 10 terakhir Ramadhan membawa saya dan suami berziarah. Pertama bertemu abang sulong suami saya yang baru pulang berumrah. Kami mengambil kesempatan bersolat jemaah di rumahnya, alhamdulillah. Kami dalam perjalanan pulang sebentar ke Tangkak kerana urusan pentadbiran.

Suami saya mendapat berita bekas pegawai yang pernah di pinjamkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Kementerian Pengangkutan sewaktu beliau bertugas dahulu sedang sakit kesan kanser usus. Sewaktu kami tiba di rumahnya kelihatan Dato' ini yang berumur 10 tahun lebih muda daripada suami saya ceria dan berseri mukanya. Saya membayangkan pesakit uzur dan menderita, rupanya pakar yang membuat kajian tentang keselamatan jalanraya ini redho dengan ketentuan Allah. Sentiasa rasa bersyukur dapat hidup sehari lagi. Diberitakan beliau tidak mahu di rawat di hospital kerana ingin keluarganya sentiasa dapat bersama.

DATO' DR RADEN PASRAH DENGAN KETENTUAN ALLAH UNTUKNYA

"Saya rasa kehidupan saya sudah lengkap, saya ada dua orang cucu sekarang beliau membuka bicara. l've undergone six lung operations...sekarang saya pasrah tak mahu tahu sejauh mana kanser saya merebak kerana sudah mula attack tulang. Ia amat menyakitkan. Panjang juga Dato' Dr ini berbincang tentang kehidupan dan kematian dan saya kagum dengan persiapan mindanya.

Suami saya mengisahkan Dato' ini seorang yang di calonkan sebagai KSU namun kesihatannya tidak mengizinkan dan kini beliau telah tidak berkhidmat lagi, terus bersara. Selain paru-paru, kanser juga di kesan di pembuluh darah jantung dan pernafasan. Pernah kanser merebak di kidney tapi dapat di rawat. Pendek kata CANCER, CANCER EVERYWHERE.   

Iktibar lawatan saya hari ini ialah 'no complain' kepada apa saja yang kita hadapi. Usaha sebagai sunnatullah perlu di jalankan kerana Dato' pesakit juga mendapat rawatan alternatif cara lslam, homeopathy dan tradisional. Daripada air mukanya yang jernih saya yakin situasinya banyak di bantu amal soleh dirinya dan ahli keluarganya. Anak keduanya yang tinggal di KL sudah berpindah ke Kajang rumah bapanya semata-mata ingin menjaga ayahnya yang sakit. Pada saya beliau telah mempersiapkan 3 perkara bila mati seorang anak Adam" sadakah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan."

Merujuk kepada konsep kematian dan alam barzah yang begitu hampir dengan semua insan saya dapat bayangkan jika Dato ini yang masa di dunia di senangi semua orang di sekitarnya pasti ia menunjukkan jalan mudah di sisi Allah setelah kematiannya. Sewaktu beliau bercerita satu persatu insiden yang di laluinya saya sebak kerana beliau begitu tabah melalui pelbagai ujian kesakitan. Benarlah setiap penyakit itu menggugurkan dosa. Kini beliau selesa dengan dunia bertaqarrub dengan Allah, bersolat bila ada peluang dan kesakitan kurang, berzikir tiap saat, berpuasa, bangun malam dan tidur ala kadar. Saya rasa hari ini lebih sihat berbanding dua tiga hari lepas saya tak mampu berpuasa, beliau rancak berbual.

Setiap insan ada habuan masing-masing dan ia harus di lihat secara berlapang dada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Saya amat yakin ziarah hari ini mengubah cara pandang saya terhadap pesakit kanser. la harus di terima sebagai pelupus dosa dan tidak perlu di cari punca penyakit. Allah yang memberinya dan Allah juga yang menyembuhkannya.

Doa saya untuk Dato' Dr pesakit yang saya lawati hari ini ialah beliau akan bertemu rawatan yang terbaik dalam 10 Ramadhan terakhir kali ini. Isterinya yang tidak pernah merungut merawatnya terus beliau namakan 'ahli syurga'. MasyaAllah, redho Allah bagi isteri ialah redho suami. Jika suami telah beri anugerah SYURGA pasti sang ister mempunyai peluangn besar mendapatkannya insyaAllah. Ameen 

No comments:

Post a Comment