NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, December 6, 2013

ORANG MELAYU TAK ADA OTAK

Salam
Jumaat-Sabtu 6- 7 Disember 2013/2-3 Safar 1435H

Pagi yang menguji kesabaran sebaik kami parking di kawasan jetty Jabatan Perikanan di Penarak Kuah Langkawi. Seorang petugas perikanan bertanya kami siapa pemilik kereta hybrid dan adik saya memohon maaf kerana parking di kawasan pintu masuk jetty. Kemarahan petugas tinggi sekali...'mana ada maaf-maaf, tak baca ke arahan di tiang? garang nadanya. Adik saya bergegas menuju semula ke kereta untuk memindahkannya ke bahagian lain.

'ITU LAH ORANG MELAYU TAK ADA OTAK..' petugas membebel dan terus membebel di hadapan peraih ikan berbangsa Cina yang tersengeh panjang tanpa mendengar jawapan saya 'awak seorang je ada otak ke?' Sahlah akhlak petugas awam parah sekali sehingga membuat kenyataan judgemental terhadap bangsanya sendiri. Mudah saja saya bertindak dengan akhlak begitu, cepat-cepat tinggalkan dia membebel sendirian. Antara yang di bebelkan ialah dalam masa terdekat Dato dan Datin akan melawat jetty dan bahagian yang di letak kereta kerap pecah sebab orang tak baca arahan.  Saya melihat arahan jangan meletak kereta di tulis tangan dan kecil sahaja. Manalah orang memandu dari jauh nak nampak. Apakan daya ini territory dia biarkan dia membebel.

Sebaik membayar harga 3 ekor ikan tenggiri besar yang baru di daratkan kepada peraih Cina saya dan adik segera beredar. Hati bersarang marah, namun kena telanlah agar tidak merosak amal. Kami mencari ikan segar di jetty untuk menjamu tetamu rakan kongsi adik saya dalam program di langkawi dan keluarga adik saya sendiri yang sedang bercuti hingga Ahad.
SEISI KELUARGA BERCUTI DAN MENIKMATI HIDANGAN DI LANGKAWI LITE

Hari ini dapur kepunyaan kami. Chef telah meletak jawatan mulai hari ini dan akan pulang malam ini kerana cadangan awal keberadaannya dengan Langkawi Lite belum dapat di laksanakan sementelah pula tabib Cina jiran kami menasihatkan Chef berehat lama kerana beliau ada masalah bahagian peranakan kesan melahirkan 6 orang anak. Seperti adik saya selalu sebut 'Apa yang Allah kehendaki akan berlaku", saya penuh simpati melepaskan Chef kerana beliau seorang yang warak di dapor, tidak suka membazir dan sering berselawat dan zikir sewaktu memasak. Masakannya di jamin sedap selalu.

Lama saya tidak berkesempatan menulis blog kerana amat sibuk melayan pelbagai kerenah kesan terlalu cepat berlakunya perubahan demi perubahan kepada urusan di Langkawi. Demi fokus kepada urusan di langkawi saya minta izin tidak dapat hadir dua majlis anak saudara yang bernikah dan bertunang masing-masing di Tangkak dan di PJ. Berita menggemparkan di negeri Pahang dan sebahagian Terengganu di tenggelami air tragis sekali ke tahap terputus bekalan makanan. Sumbangan termasuk tenaga sukarelawan pelbagai NGO mencurah masuk namun persidangan Umno di KL langsung tak terjejas malah mendabik-dabik bangga mereka pejuang agama dan bangsa. Tokoh Nelson Mendella juga mati pada hari Khamis pada umur 95 tahun menamatkan kisah perjuang dasar zalim apartheid. Harus di ambil iktibar betapa perjuangan menentang kezaliman pasti berakhir dengan kejayaan sekalipun Mendella bukan beragama lslam.

Berbalik kepada konsep Langkawi Lite dengan pakej 'takeaway'nya menurut penilaian seorang pensyarah Business School UITM Shah Alam ianya 'conceptually sound and good' namun beliau menyatakan 'belum masanya masyarakat kita memilih pakej takeaway berbanding bungkus nasi lemak dalam beg plastik mudah dan murah.'. Pengunjung Langkawi lebih suka makan di gerai tepi jalan dan berbaris membeli makanan tempatan. Dalam lain perkataan konsep Langkawi Lite agak terkehadapan daripada masanya.

Teringat saya kisah sebaik bersara pilihan saya melibatkan diri dalam bidang menyediakan Video CD untuk promosi Langkawi. Kami mecetuskan idea baru ketika itu dan berbulan menunggu belas ihsan pihak LADA namun ketika itu era vcd BELUM MASANYA. Projek gagal dan saya kemudiannya melibatkan diri dalam bidang Perunding, juga berada di Langkawi sewaktu KEDA melantik syarikat saya sebagai perunding program ibu tunggal. Sejak itu saya terkenal dengan pakej ibu tunggal dan ramai ibu tunggal menjadi sahabat karib saya hingga sekarang, alhamdulillah.

Kini keberadaan saya di Langkawi seolah ada 'perjuangan yang belum selesai' semoga ia menjadi amal soleh di fasa akhir kehidupan saya. Masa yang agak lama di Langkawi membolehkan saya membuat tinjauan bagaimana kaedah terbaik menjana pendapatan melalui Langkawi Lite. Ia mesti menjadi 'profit centre' kepada pelbagai aktiviti yang begitu menguja team kami di Langkawi. Antaranya mengurus Indra Travel and Tour, meWiFikan Langkawi, Aktiviti sukan lasak dan Exotic Fishing. Terkini ada cadangan kami akan di beri konsensi menjaga Pulau Dayang Bunting yang di kunjungi ribuan pelancung setiap hari namun persekitaran terbiar dan perkhidmatan amat minimal. Dua hari saya membuat tinjauan pemasaran air dan makanan ringan tetapi kurang sesuai kerana ramai pengunjung datang semata untuk melawat GeoPark iaitu tasik serta batu batan sekitar pulau.

SENARIO DARI JAUH PULAU DAYANG BUNTING
SOKONGAN AHLI KELUARGA SEWATU PERASMIAN ATIVITI INDRA TRAVEL


30 November lalu telah di rancangkan satu aktiviti yang melibatkan YB Ahli Parlimen merasmikan acara sukan lasak All Terrain Vechicle (ATV). Di saat akhir kami ligat mengurus segala persiapan perasmian termasuk mencari emcee. Mujurlah saya atau kakak saya tidak tampil sebagai bidan terjun kerana budaya di Langkawi kena cari orang tempatan dan lebih fokus lagi ahli JKK atau wakil parti. MasyaAllah begitu jauh terkebelakang mentaliti dan otak orang melayu menepati kata-kata petugas perikanan ORANG MELAYU TAK ADA OTAK... kelam kabut arahan emcee, nama sebutan salah, nama aktiviti salah,,,saya berbisik kepada kakak saya kenapa ahli JKK memalukan, tak sekolah ke?..jawabnya ringkas orang pandai tak suka jadi ahli JKK. Angguk faham.
BANNER PERASMIAN AKTIVITI LASAK YANG HAMPIR TIDAK RELEVEN
 CEO INDRA TRAVEL MEMBERI UCAPAN SEMASA ACARA PERASMIAN


Syukur, apa yang Allah kehendaki berlaku akan terjadi. Kami kesuntukan masa mendapatkan banner daripada Shah Alam sewaktu perasmian.  Banner di hantar dengan bas express untuk bot pertama sampai ke jetty Kuah jam 8 pagi tanggal 30 November. Bas sampai di Kuala Perlis jam 11 pagi.  Rupanya Ahli Parlimen tersilap diary, sepatutnya peresmian keesokannya iaitu pada 1 Disember. Adik saya mengurut dada lega kerana banner sempat sampai sebelum perasmian. Begitulah Allah mendidik kami dengan persiapan yang terlalu singkat masa. Ketika itulah penyakit Chef kami di kesan kerana kami terpaksa menyiapkan nasi lemak sebanyak 200 pek. Sambil membuat packing saya terfikir ini bukan caranya kita bertungkus lumus kerana ada orang yang lebih pakar membuat kerja kami. Tepat sekali kini kami telah bertemu Mak Su di Ulu Melaka pembuat nasi lemak yang di sukai ramai dan kosnya rendah sekali. Alhamdulillah kalau tak cuba tak tau.
MOTOR CROSS

ALL TERRAIN VECHICLE (ATV)

KENDERAAN PACU 4X4

Selain ATV berbentuk motosikal beroda empat, peserta keenderaan pacu 4x4 dan motor cross (motosikal kecil) terlibat sama dan team yang kami kena raikan waktu makan tenghari pada 1 Disember ramai sekali. Mujur adik saya seorang tukang masak di datangkan dari Tangkak dua hari sebelumnya dan beliau banyak membantu persiapan makan tengahari. Di situ tercetus idea bahawa untuk menjadi profit centre Langkawi Lite kena beroperasi sebagai gerai makan biasa dan adik saya memang berpengalaman melaksanankannya di Tangkak. Saya yang lega bila adik perempuan saya yang menguruskan projek Langkawi menjanjikan jika semua dapat berjalan baik pendapatan bulanan akan di salurkan kepada Smartop, alhamdulillah. Tidak sia-sia saya melakarkan konsep Langkawi Lite dan kini kami akan berusaha menjadikan Langkawi Lite tarikan ramai dengan pelbagai lagi persiapan yang di minati pelancung insyaAllah. Teman dan kenalan baik yang menetap di Langkawi pun sanggup membantu mempromosi dan manjaga homestay jika saya tidak berada di Langkawi. Alhamdulillah.
TETAMU MAKAN TENGAHARI DI LANGKAWI LITE
PESERTA PROGRAM TURUT DI JEMPUT

Satu insiden berlaku kepada adik saya selaku CEO Indra Travel bila bertemu ramai pelanggan, antaranya seorang yang melibatkan diri dalam kenderaan 4x4. Melihat penampilan adik saya dia terus memberi komen 'awak ni melayu sangat, tukarlah penampilan sesekali.' Dari segi peribadinya sendiri pada pandangan saya amat diragui. Sewaktu beliau berada di Langkawi Lite berbincang dengan adik saya yang lelaki dialah yang saya tegur kerana merokok. Saya terus saja menyatalan 'no smoking please'...tapi biasalah..mereka yang bebal terus merokok. Sewaktu saya dan adik menunaikan solat Maghrib mereka melihat sahaja. Aduh...dakwahku..Maksud Melayunya kepada adik perempuan saya ialah  keislaman...adik saya menjawab, itu tujuan saya berada di Langkawi...kena sebiji. Doakan dakwah kami mengena mangsa.

Saya bercerita tentang tajuk di atas ialah untuk menilai siapa sebenarnya yang TIADA OTAK untuk berfikir waras dan berakhlak bila mengeluarkan kenyataan atau bertindak kerana sebagai seorang hamba Allah yang di bekalkan otak dan akal ia wajib digunakan semata-mata untuk mentaati segala perintah Allah dan mempersiapkan diri menjadi Khalifah Allah di bumi. WaAllahu'alam

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Puan. Saya sedang membuat market research. Nak bertumpang tanya. Puan masih menjadi AJK Surau At-Taqwa di Shah Alam ke?

    ReplyDelete