NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, December 28, 2011

ANAK SAUDARA, ANAK ANGKAT, ANAK TIRI


BismillahirRahmanirRahim

Salam

Rabu 28 Disember 2011/ 4 Safar 1433H

Dua hari saya terlantar demam melepaskan peluang saya bertemu Sister Zabrina untuk merancang bengkel penulisan bahasa Inggeris anak-anak remaja sekitar Shah Alam. Satu tarikh lain akan di tetapkan selepas tahun baru kerana saya dan suami ada agenda musafir ke Langkawi dan Medan bermula esok Khamis insyaAllah.

Ahad 25 Disember 2011 keluarga saya meraikan 'orang baru' menyertai persaudaraan silaturrahim keluarga besar Kohatsa melalui pernikahan. Sewaktu majlis, saya di tanya 'adakah pengantin perempuan tu adik you?' Tergamam saya nak menjawab, 'tak..anak saudara...bukan..bukan,anak angkat...'Yang bertanya turut tergamam. Lantas kami duduk bertakruf kerana teman saya yang saya kenali lebih dua tahun dalam kelas bahasa arab ini masih belum saya 'takrufi' (berkenalan secara mendalam sebagai seorang lslam yang bersaudara)

SETELAH DUA TAHUN KENAL BARU BERTAKRUF

Saya mempunyai empat orang ANAK ANGKAT,seorang daripadanya ANAK SAUDARA.  Semua mereka dengan jelas membawa nama bapa masing-masing dalam kad pengenalan kerana lslam tidak menggalakkan hak pewarisan di ganggu gugat tangan manusia. Pemerhatian saya dalam masyarakat yang menganggap hukum lslam GANJIL ini ialah komen orang jahil yang menyatakan saya dan suami tidak serius menerima anak-anak ini kerana tidak membenarkan nama suami saya digunapakai. Ramai lagi yang memandang rendah kerana kami tiada anak waris sendiri sampai ke umur tua.

Apabila ada anak-anak angkat yang termakan dengan 'gula-gula' bahawa kami bukan ibu bapa tulin lahirlah sikap dan anggapan bahawa kami tidak sepenting ibu bapa kandung mereka (yang mengandungkan tapi tidak membesarkan dan mendidik mereka). Kami pasrah kerana kami lakukan semuanya bukan kerana orang tetapi ingin mencari keredhan Allah. Bila ahli keluarga asal mereka tidak sefikrah dengan kami ia menjadi sedikit masalah, namun saya dan suami tidak pernah berhenti menganjurkan hajat kebaikan untuk semua demi silaturrahim dalam Islam.

Pengantin itu ANAK SAUDARA saya cum ANAK ANGKAT kerana saya ingin membantu adik saya (bapanya) yang kurang berkemampuan. Pengajian ke tahap ijazah dan kini mempunyai anak-anak yang bukan calang-calang pintarnya, 'orang baru' dalam hidupnya terus mendapat tiga orang ANAK TIRI 'instant'. Saya yakin masyarakt Malaysia yang kurang fikrah lslam tidak mudah hadham dengan fakta ini.

Namum saya teringat kisah Ummu Salamah...ketika suaminya meninggal dunia Rasulullah saw mengajarnya doa agar digantikan musibah dengan yang lebih baik...akhirnya Ummu Salamah mendapat ganti suami Rasulullah saw sendiri. Ketika awalnya Ummu Salamah menolak lamaran Rasulullah saw dengan alasan anak-anaknya ramai, Rasulullah menjawab 'mereka adalah anak-anakku jua.'  Saya amat berdoa ANAK SAUDARA/ANGKAT saya mendapat darjat yang serupa dengan Ummu Salamah apabila mendapat pengganti bapa kepada anak-anaknya. Persepsi ANAK TIRI yang sering di zalimi sewajarnya tidak di kembangkan sebaliknya harus mencontohi kaedah kasih sayang yang di mulakan Rasulullah saw kapada anak-anak tiri baginda.


DUA ANAK TIRI 'PINTAR'

Saya menulis tajuk di atas untuk menjelaskan bahawa ANAK SAUDARA ada hak mewarisi, ANAK ANGKAT ada unsur belas kasihan dan merupakan amal soleh menjaga anak orang lain. Jika kedua pihak penjaga dan anak yang di jaga bersyukur mereka di takdirkan menjadi keluarga ia dapat meraih ganjaran pahala yang besar. ANAK ANGKAT juga turut membawa bersamnya keperibadian keluarga asal samada kecenderongan atau minat. ANAK TIRI merupakan anak sendiri yang perlu di pelihara sama menjaga ibunya.

Saya paparkan gambar-gambar dibawah ini sebagai kenangan dan warisan saya dalam blog ini, Mungkin anak/cucu saudara/angkat saya walau siapapun mereka yang ada minat menulis nanti teruskan usaha melakar kisah hidup keluarga satu sama lain sebagai menjalin silaturrahim yang berpanjangan hingga ke syurga. Jika pertalinan anak hanya di tahap anak sendiri sahaja, alangkah malangnya nasib mereka yang di takdirkan belum berjodoh sampai umur tua sedangkan ruang lingkup amal soleh terbentang luas untuk di persembahkan kepada Allah apabila kita kembali kepadaNya. WaAllahu'alam.
         

ANTARA ANAK ANGKAT



No comments:

Post a Comment