NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 28, 2021

OIL PULLING

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Jumaat 29 Januari 2021/16 Jamadil Akhir 1442H


Alhamdulillah tahun baru masehi datang lagi..menghitung usia kami wargamas yang Kian berkurang..tiada siapa tau berapa lama kerana tiada siapa yang diberikan Allah pengetahuan tentang yang ghaib sekalipun para Nabi Dan Rasul.

Pengalaman Saya merangkak masuk ke tahun baru... ujian sakit mulut ulcer dan lemah gusi masih belum reda.. 

Seorang teman yang penuh simpati menasihatkan Saya membuat rawatan OIL PULLING...satu yang saya tak pernah dengar...dia suruh Saya Google

Sebagai seorang yang curious dua hari saya mengoggle kaedah oil pulling...rupanya ia rawatan purba ayurveda dari lndia. Rawatan yang menggunakan minyak kelapa Dara untuk di swish (kumur2) dalam mulut selamat 15 minit..tujuan mengeluarkan bakteria dari rongga sedalam2nya mulut...minyak tak boleh ditelan atau termasuk saluran pernafasan...nanti blok nafas jadi Covit ..

Rupanya kaedah oil pulling ini Cuba mengeluarkan sebanyak mungkin kuman dalam mulut di celah2 Gigi yang paling sukar untuk di jangkau..Sebelum ini yang Saya tahu kumur2 hanya dengan air garam ..

Alhamdulillah hari ini lebih seminggu Saya mencuba rawatan oil pulling...yang ketara kesan bengkak gusi menipis...bizniAllah..boleh mengunyah sedikit alhamdulillah..

Sekarang ini dengan PKP Dan DARURAT di Malaysia serta bertambahnya kes covit mencicah empat angka Saya merenung betapa musibah tidak hanya mengena orang yang jelas2 melakukan mungkar tapi semua rakyat...lni di sebut dalam Surah AlAnfal sebagai FITNAH.

Parahnya kesan fitnah ini lebih sakit daripada penyakit gigi dan gusi yang memerlukan OIL PULLING...Ketika rasuah merebak di mana2, khianat di sahkan benar dan banyak lagi kezaliman...itu semua memerlukan RAWATAN yang perlu sampai ke dasar jiwa yang paling dalam...lebih hebat daripada OIL PULLING untuk merawat penyakit mulut yang dalam Bahasa saintifiknya GINGIVITIS Dan PERIODONTITIS...

Sekarang fitnah sudah menyerang jiwa setiap isirumah dan setiap anak bersekolah terdedah dengan pelbagai dakyah...namanya hand phone, tab dan yang sewaktu dengannya..lnilah fitnah DAJJAL..menguasai pemikiran, perlakuan serta budaya yang disebut NORMA BARU.

Tidak ramai yang boleh istoqamah untuk mengusir fitnah bersenjatakan wirid harian kerana banyak lagi hiburan di luar yang memancing naluri santai...makin kurang lagi yang  merujuk Alquran Dan Sunnah sebagai panduan hidup kerana terlalu banyak fatwa yang dikeluarkan ketahap bercelaru...ltu belum lagi Utuber yang membuat pelbagai content untuk mengisi masa terluang yang lumayan sekarang.

Apa pun tahap kegawatan yang berlaku di dunia dan di negara kita amat membimbangkan..setiap saya keluar darurat mencari bekalan makanan saya dapat melihat sulitnya hidup keluarga yang daif..kebanyakan berjaja, menjual makanan dan ada yang terang2 minta infaq.  Anak2 muda termasuk wanita menjadi penghantar makanan Grab Food, Panda,Lalamove Dan sebagainya.

Beredar juga maklumat anak2 keciciran belajar...nun di pendalaman...apa nasib generasi akan datang...sedih

Di umur super tua ini Saya hanya mampu berdoa Allah permudahkan segala urusan saya dan suami...tidak menyusahkan orang lain walaupun anak2..agar kami diberi husnul khotimah serta di ampunkan dosa dan kelalaian yang banyak..di samping berdoa umat lslam akhir zaman selamat dari fitnah yang menyerang.

Rawatan seperti OIL PULLING lebih perlu untuk menerobos jiwa2 insan yang diserang penyakit syahawat Dan syhubhat..ia satu tarbiyyah yang panjang perlukan kesabaran,lebih sabar daripada merawat penyakit gigi... WaAllahualam

No comments:

Post a Comment