NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, January 2, 2021

RAWATAN ULCER TAHUN 2021

 Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh

Ahad 3 Januari 2021


Alhamdulillah awal tahun baru jatuh pada hari Jumaat, hari sebelumnya berpuasa  Adik Saya menyambut hari tahun baru dengan mengadakan majlis jamuan makan keluarga sempena pelancaran Warong Atok...menyediakan makanan Melayu di sekitar seksyen 11 Shah Alam.. alhamdulillah..

Antara menyambung silaturrahim dan takut covit kami pilih silaturrahim kerana 2hb Januari sepupu Saya di kg Sg Mati Muar menjemput perkahwinan anaknya...tempat Saya membesar adalah di rumah sepupu saya kerana masa itu mak saudara saya suka bertanam pokok tebu dan Saya orang yang paling banyak mengunyah kulit tebu di rumahnya.  Ada juga pokok pauh aka mangga terlajak manis...Dan setiap kali buah mangga jatuh Saya orang pertama yang mengutip Dan terus menikmati rezeki Allah.. alhamdulillah..lebih 65 tahun berlalu kenangan manis membesar di kg amatlah manis...

Dalam perjalanan balik kampong Saya singgah di Kajang rumah adik ipar yang berkahwin dengan warga Sukabumi Jawa Barat. Ayu nama isterinya seorang yang lemahlembut pekerti dan pandai memasak.  Bila dia tahu saya tidak boleh makan kerana ulcer runsingnya bukan main. Macam2 cara dia ingin merawat hingga memetikkan daun cincau...baru Saya tau cincau itu dibuat daripada sejenis daun...

Dia memberi Saya air mint untuk berkumur Dan mencadangkan Saya meminum air Badak cap kaki tiga untuk menyejukkan badan.

Ayu unik dengan peribadi perihatin ini dan Saya amat terkesan walaupun tidak menjamah makanan yang di hidangkan. Lalu Ayu bercerita kisah anak kecilnya pernah hampir kebuluran kerana di serang ulcer kronik hingga kepingan daging dalam mulut ikut keluar...SubhanaAllah.  Katanya waktu itu beliau pasrah cuba mencari jalan agar anaknya dapat makan sedangkan dirinya waktu itu dalam berpantang melahirkan adik kepada pesakit.

Arwah ayah Ayu tiba2 mencadangkan ayu menggali 3 ekor cacing tanah di belakang rumahnya..di bersihkan Dan di rebus..airnya beri anak minum...Ayu bercerita SubhanaAllah Kuasa Allah mentaqdirkan lepas satu jam anaknya di beri air cacing rebus dia boleh mengunyah makanan dan banyak makannya. Aya bertanya ...kakak nak Saya buatkan ke..eeh..jgn ayu kak nak muntah ni...

Mengenang kembali waktu membesar saya dengan cacing tanah bukanlah asing kerana Saya peminat tegar memancing dan umpan utamanya cacing tanahlah...konon2nya sekarang jijik...adduhh..takut Saya sikap dajjal yang merasuk umat manusia entah2 termasuk Saya...jijik dengan yang jelas2 halal..tetapi tidak jijik dengan sikap rasuah..menipu dan memancing ketakutan manusia kepada selain Allah.WaAllualam..

No comments:

Post a Comment