NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, March 31, 2012

MISTERI UMUR 60

Salam

Sabtu 31 Mac 2012/ 8 JamadilAwal 1433H

Judul           : Misteri Umur 60
Judul asli     : Yâ Shôhibas Sittîn
Penulis        : ‘Alî bin Sa‘îd bin Da‘jam
Enam puluh menjadi batas umur karena usia itu dekat dengan pertarungan maut. 
 
Rasulullah saw bersabda 'umur umatku antara 60 hingga 70 tahun.'
 
Pada usia 60, rambut mulai memutih. Nabi bersabda, “Jangan kalian mencabut uban, karena itu adalah cahaya islam. Karena setiap muslim yang memiliki rambut uban dalam islam, pasti ubannya itu akan menjadi cahaya baginya di hari kiamat nanti.”
 
Demikianlah petikan buku yang pertama menyapa saya sewaktu berkunjung ke Islamic Book Fair Jakarta pada petang 15 Mac baru-baru ini.  Dalam bas perjalanan pulang ke penginapan di Jalan Lombok Jakarta Pusat, kami mengharungi 'macet' (kesesakan jalan raya) dan saya sempat 'membedah' (mengulas) buku tersebut dengan penuh keinsafan almaklum saya telah melepasi umur 60 dan sedang 'bertarung' dengan maut. Keesokannya saya membantu En Sharkawi bapa mertua Dr Norharlina anak saudara saya mencari buku yang sama namun tidak ada siapa yang jumpa, akhirnya setelah membaca buku162 halaman mukasurat ini saya menghadiahkannya kepada En Sharkawi, mudah-mudahan dapat manfaat yang berpanjangan, ameen.
 



DI SEREMBAH 2 BERTEMU PENULIS 'LIFE IS AN OPEN SECRET SEBAIK PULANG DARI JAKARTA

Sesungguhnya misteri umur 60 akan hanya di lalui tuan badan sendiri seiring dengan keinsafan yang Allah izinkan kerana dunia juga mempaparkan ramai yang berusia 60 dan lebih yang tersasar mengejar dunia dan panjang angan-angan yang hendak di capai, nauzubillah kerana peringatan dalam AlQuran jelas menyatakan
' Bukankah kami (Allah) telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? (Surah Faatir 37)


Sekembali musafir kami menziarahi dan mengucap takziah kepada isteri arwah Ustaz Rahim di Taman Keramat KL. Kesedihan memang di rasai apatah lagi Ustazah Faridah isteri arwah adalah Murobbi (pendidik) kami dalam program dua minggu sekali di Surau AtTaqwa Shah Alam. Kami mendoakan Allah memberi ganjaran terbaik di atas kesabaran ahli keluarganya.



ZIARAH DAN MEMBERI TAKZIAH KEPADA USTAZAH FARIDAH

Kepulangan teman karib saya Hajjah Hashimah daripada Syria meredakan rasa rindu setahun dan kami meraikan beliau di Restoran Teratai Shah Alam. Menurut berita mutakhir dari Syria rakyat Syria menerima mesej yang keliru samada perlu terus melawan Bashir Asad atau mengelakkan perang saudara yang berpanjangan yang akan memberi alasan kepada pemerintahan Bashir menyembelih beramai-ramai puak sunni muslim. Sejarah memaparkan bapa Bashir, Hafiz AlAsad pernah memusnahkan bandar Homs yang mensyahidkan 30 ribu sunni muslim. Bila Hajjah Hashimah menceritakan beliau seronok menimba ilmu di Syria bumi barakah saya pun teringin menjejakkan kaki ke sana, bukan panjang angan-angan sekadar berhajat dan Allah sahaja yang mentakdirkan sesuatu mengikut perancanganNya.

BERSAMA HAJJAH HASHIMAH DAN ANAKNYA YANG FASIH BERBAHASA ARAB

23 Mac merupakan hari jadi anak saya yang menetap di Simpang Renggam Johor. Kesempatan bermusafir ke Johor memberi peluang kami bertemu mesra dengan cucu-cucu,9 daripada 10 orang cucu berada di Batu Pahat. Sesungguhnya suasana anak-anak membesar bersama keluarga adalah kenangan manis yang terukir di jiwa mereka. Saya dan suami hanya menyempurnakan tanggungjawab yang pernah arwah ibu bapa saya lakukan semasa saya membesarkan anak-anak.


 SERONOK BERSAMA DI RUMAH HAJJAH NORLIDA BATU PAHAT

SEMALAM DI DATARAN BATU PAHAT
 RIADAH DI TASIK Y BATU PAHAT


KETENANGAN AIR DI TASIK Y BATU PAHAT

Ziarah kami juga ke rumah besan di Batu pahat yang di beritakan sakit jantung, kebetulan dua orang cucu saya kini tinggal bersamanya. Iktibar umur 60an bertarung dengan maut. Semoga masing-masing membuat persiapan yang sewajarnya termasuk meninggalkan bakal penerus perjuangan menegakkan kemuliaan lslam di mana sahaja kita berada.

Di Johor Baharu keesokannya saya menyambut kepulangan Kak Maziah daripada ibadah Umrah.Alhamdulillah kesihatannya baik sewaktu di tanah suci dan pastilah kerinduan akan berkunjung lagi sering menghantui minda orang beriman. Dalam diam saya berdoa akan di beri kesempatan lagi berada sepanjang Ramadhan di tanah suci Mekah.   



BERSAMA DUA CUCU REMAJA DI RUMAH DATUKNYA



 BESAN CIK GU ALI YANG SEDANG MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL

Seminggu yang berlalu selepas kembali daripada Johor agak penuh dengan aktiviti yang berterusan daripada menyantuni dua orang ibu tunggal, membincangkan Akademi IHES dan menyertai himpunan Global March to Jerusalem anjuran NGO di Stadium Melawati Shah Alam. Kami berpeluang mendengar ucapan Ismail Haniah daripada Gaza melalui satelit di skrin besar. Satu usaha antarabangsa yang baik. Program juga menonjolkan Persatuan Mahabbah Malaysia yang di ketuai Cik Azah yang memberi sumbangan RM25,000. SubhanaAllah...satu sumbangan yang amat memberi kesan kepada perjuangan rakyat Palestin insyaAllah. Difahamkan Aman Palestin turut menyertai program yang sama melalui konvoi 500 kenderaan ke Masjid Shah Alam pada pagi ini 31 Mac.



   

 





GLOBAL MARCH TO JERUSELAM-PAPARAN UCAPAN ISMAIL HANIAH GAZA

Begitulah misteri umur 60 kepada saya dan suami, seolah-olah kami berkejar ke garis penamat sebaik mungkin melalui usaha menjernihkan nawaitu dan matlamat mencari redho Allah agar amal tidak terbatal; Menjaga ibadah sebagai hubungan dengan Allah dan meraikan hubungan manusia semampu mungkin. Doa saya agar Allah murnikan amal kami daripada riya dan ujub, dua racun yang akan menghancurkan amal umat manusia yang serba lemah. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment