NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, April 18, 2020

SEBAK SEPI IN ISOLATION

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته
١٤ افريل ٢٠٢٠/ ١٩ شعبان ١٤٤١ Isnin/اثنين

الحمدلله
SEBAK terasa hati ini mendapat berita PKP (perintah kawalan pergerakan) di lanjutkan ke tarikh 28 April..menjadikan jumlah 42 hari terkurung di rumah. Dengarnya akan di lanjutkan seterusnya ke akhir Mei..SubhanaAllah

Setiap kali melihat wajah Ketua Pengarah Kesihatan memberi taklimat dan menyampaikan berita dukacita dengan pertambahan angka kematian terasa SEBAK kerana kematian itu pasti berlaku kepada semua makhluk yang bernyawa...beliau juga jelas keletihan..SEBAK lagi melihat frontliners kakitangan dan petugas kesihatan yang seolah pergi berperang memakai pakaian berlapis2 diakhiri doa agar Allah pelihara mereka daripada jangkitan sewaktu bertugas.

Kawasan Shah Alam turut menjadi fokus wabak bilamana satu seksyen berhampiran pasar dilock down kerana disahkan 5 kes positif covid 19. Terasa macam suasana perang ...nampak musuh merayap kian menghampiri dan ingin menyerbu kami masyarakat sekitar. 

Dari masa kesemasa dapat kabar anggota masyarakat pelbagai kaum dan tahap dilanda kesulitan tidak berwang, tidak ada makanan. SEBAK rasanya bilamana makanan berlebihan di rumah kadang2 terpaksa di buang, akhirnya kami kurang memasak bimbang akan membazir.

SAMB..19 April / 25 Syaaban 1441H

SEBAK rasanya sebahagian besar mereka yang berkerja sendiri ..institusi swasta seperti Smartop di Tangkak kekurangan dana untuk menampong perbelanjaan harian..Dalam doa sentiasa di panjatkan ada jalan keluar terbaik.

Saya terbaca Surah Al Taghabun yang bermaksud kekesalan yang amat sangat di hari pembalasan antaranya di sebabkan lalai tidak menambah amal soleh semasa hidup...dan surah itu di akhiri dengan kalimat INFAQ YANG BAIK " خير"...ialah memberi pinjaman kepada Allah dan Allah menjamin pulangan yang berganda...ma sya Allah..isunya percaya tak percaya saja..beriman dan tidak sahaja sedangkan yang baik itu semua akan menjadi habuan kita di akhirat kerana Allah Maha Kaya tidak memerlukan pinjaman makhluk...

SEBAK DAN SEPI IN ISOLATION saya tujukan juga kepada sesiapa sahaja yang pernah menzalimi umat..rasalah saat kamu di ketepikan tidak ada peranan langsung kecuali berkhianat..hasil pilihan sendiri yang selfish, di saat mana Covid 19 mula menyerang Malaysia negara ini tidak berpemimpin...tiba2 muncul barisan pemimpin yang bukan pilihan rakyat terkial2 cuba menerajui negara dengan rezeki masing2 di ragui halal haramnya...Meremang juga bulu roma tatkala berhadapan Allah nanti nak jawab apa ya....nauzubillah.

Entahlah..saya rasa musim PKP ini Allah nak beri banyak makna kepada nikmat masa lapang dan sihat yang selalu manusia take for granted sedangkan menghargai dua nikmat ini menjadikan kita golongan yang BERSYUKUR..berapa banyak ayat quran menyebut 'sedikit sekali orang yang
 bersyukur' bermaksud dalam 10 orang mungkin seorang sahaja yang bersyukur...dan yang seorang ini pun hanya 10% nikmat Allah yang di syukuri...bukankah itu sedikit sekali...ia membuka mata saya besar2..

Saya ingin berhenti di sini dulu..jom kita jangan jadikan diri SEPI IN ISOLATION...bertaubat sebanyaknya, faham dan taat perintah Allah..tebus rezeki agar halal dengan berinfaq kerana Allah bersama dengan golongan yang berjaya dunia akhirat..Aamiin..WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment