NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, July 28, 2020

MEDICAL CHECK UP

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Rabu 29 Julai 22020/ 8 Zulhijjah 1441H

Alhamdulillah dengan nikmat lman Dan lslam...begitulah seorang utuber memulakan celotehnya...Saya pengikut tegar beliau Dan Saya contohi kalimah beliau.

Sekarang Saya sedang menunggu gilirian bertemu doctor di klinik perubatan MOPD Hospital Shah Alam. Dalam suasana Covid 19 yang melonjak naik pesakitnya semalam..39 orang..social distancing ketat sekali..Dua kerusi. ..di jarakkan antara setiap pesakit..

Saya dah miss 2 Kali temujanji kerana PKP..kawalan pergerakan..Dan farmasi hospital pun tidak dapat memberi ubatan kerana menunggu prescription doktor dulu.

Dalam proses menunggu gilirian yang lama saya cuba menulis...Kaku pulak dek lama tak menulis..banyak juga berita nak di rakam..antaranya Rabu minggu lepas kematian abang ipar Saya Ahmad Sofian Hj Sidek di Bangi asbab cancer darah..belum sempat rawatan kimoterapi..lktibarnya Kita semua berada di Dewan menunggu gilirian..kena sentiasa peka bila akan di panggil.

Terkini tinggal 2 hari lagi Hari Terbaik sepanjang tahun menurut pesan Rasulullah saw..kerana umat lslam akan mengerjakan ibadah Haji Dan korban..Aidiladha..Malang sekali umat lslam sedunia tidak berpeluang mengerjakan ibadah haji tahun ini buat pertama Kali dalam  sejarah era moden dek pendemic Covit.

Samb..

Saya sudahpun selesai Medical Check up dan doktor menyatakan berhati2 dengan pengambilan gula..tekanan darah pun nampak tinggi...jadinya saya ada jadual 3 bulan untuk memonitor bacaan gula dan tekanan darah..semoga Allah mudahkan.

Saya menulis ini antaranya untuk menceritakan sejak bulan Ramadhan Saya di ganggu ulcer dalam mulut ,mungkin kerana kedudukan gigi yang banyak rompong atau di sebabkan penyakit dibetik yang memudahkan kulit berluka..rupanya arwah abang sofian turut bersimptom mengalami ulcer di mulut sebelum dia di kesan mengidap cancer darah Dan dia juga pesakit kencing Manis..jadi Saya mengambil iktibar dan doktor membekalkan bonjela tambahan ubat alhamdulillah..Mahal kalau kerap nak membeli bonjela.

Seluruh dunia perlukan MEDICAL CHECK UP....ini pendapat Saya...di mana2 sistem kehidupan telah rosak disebabkan kiblat manusia beralih ke nafsu...

Saya sekadar mencatit fakta sejarah bahawa pada 28 Julai telah di jatuhkan hukum seorang pemimpin Malaysia yang mengamalkan korupsi tahap tinggi..12 tahun penjara Dan RM210 juta denda..namun dia di benarkan merayu malah boleh memohon pengampunan yang di Pertuan Agong yang akan mengambil masa bertahun-tahun...bermaksud dia belum dapat di bawa ke penjara sg buluh...sistem apa ini sedangkan kes mudah2 orang curi petai terus di gari Dan di sumbatkan ke penjara.

Kedua dunia rosak dek pengaruh LGBT..dalam utube terpampang glamor di America tokoh koperat berkahwin sesama jenis Dan mengambil Dua anak angkat...seram Saya di buatnya...apa akan jadi pada generasi masa depan ..PUPUS

Ketiga cara fikir ramai orang hanya mengaut harta dunia tanpa segan silu..pendokong pula tidak menerima hakikat pemimpin mereka yang teruk akhlak malah berkumpul ramai berisikokan cluster Covid yang baru.

Keempat ekonomi seluruh dunia kini hancur dengan pengangguran yang teruk..ketegangan berlaku di mana2..antara bangsa,agama Dan Kaum..

Benarlah kehancuran dunia akhir zaman pasti berlaku seperti di sebut dalam alquran Dan Hadis kerana manusia hilang pedoman.  Yang di lihatnya hanya luaran..sedikit pun tidak memikirkan sifat Dan sikap kemanusian berfitrah jujur,ikhlas Dan berkomitmen menegakkan kebenaran ...Sayang nya segolongan besar pemimpin negara Kita dijangkiti penyakit cinta dunia ..takut mati...macam Tak percaya akan mati.

Semoga semua Kita melalui Medical Check up yang sebenarnya Dan setelah sihat mengamalkan pula cara hidup yang selaras dengan Fitrah kejadian...bukan melanggar dengan angkuh..apa yang ditanam Hari ini menjadi tuaian hari esok..agak2 tanaman apa yang laku di hari manusia dibangkitkan..bukakah tanaman Iman Dan pakaian taqwa..Mari kita muhassabah.

No comments:

Post a Comment