NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, April 3, 2020

BEHAVIOUR...AKHLAK...COVID 19

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته
جمعة ٣ افريل ٢٠٢٠/ ٩شعبان ١٤٤١

الحمد لله
Setinggi kesyukuran kepada Allah yang masih memberi nyawa pada saya dengan pelbagai nikmat yang saya minta dan tak minta terutama di zaman ujian Covid 19 di ekori perintah KPK.. Perintah Kawalan Pergerakan selama hampir sebulan mulai 18 Mac hingga 14 April 2020.

Teringin untuk mengulas banyak perkara sepanjang KPK namun saya baru terpanggil dengan konsep BEHAVIOUR yang saya dengar keluar daripada mulut seorang penasihat kesihatan Presiden Amerika bahawa wabak Corona Virus merabak ganas di negara tersebut harus di bendung dengan BEHAVIOUR atau sikap perbuatan setiap warganya.

Yang saya terkesan dengan perkataan tersebut adalah bagaimana wabak Covid 19 di Malaysia telah berjaya melarikan perhatian masyarakat daripada BEHAVIOUR sekumpulan orang yang telah menodai janji rakyat sewaktu menjatuhkan kleptokrasi dalam tahun 2018...dan sutradara pengkhiantan tersebut belum terserlah...sebab dia seorang yang pintar, strategis dan licik...semoga Allah memberi saya petunjuk dalam menulis ini.

Tiada orang yang sempurna dalam kehidupan yang singkat ini, namun kita yang mengaku beriman dan bertaqwa harus memohon sifat ikhlas daripada Allah dalam setiap perbuatan dan tindakan kita..kebimbangan saya hanya satu iaitu kegagalan umat lslam mempamirkan BEHAVIOUR atau AKHLAK yang Allah dan Rasulullah redho kepada semua termasuk anak cucu yang akan mewarisi amanah kepimpinan...adakah kita hari ini mengajar mereka BEHAVIOUR .. bahawa mereka boleh menipu berkhianat demi bangsa maupun agama. Is it worth it? Tambahan pula Islam tidak membenarkan falsafah komunis/marxisme MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Rasulullah saw menyebarkan lslam di kalangan orang yang kuat memusuhi baginda di Mekah dan Madinah  dengan akhlak mulia, adil dan kebenaran, tiba di era kita atas nama ingin menegakkan lslam kita menipu... berkhianat..di mana AKHLAK yang ingin kita wariskan kepada anak cucu nanti. Bagaimana mereka mampu mendakwahkan kebenaran kepada bangsa dan agama lain sedangkan bangsa yang di warisinya telah terpalit dengan sejarah hitam yang bertepatan pula dengan merebaknya wabak yang tidak pernah terfikir akan melanda negara kita sebelum ini.

Sepanjang KPK saya belajar memperkukuhkan banyak perkara tidak terkecuali kesihatan. Saya pastikan dua keperluan asas mesti ada di rumah iaitu buah lemon dan madu in case kalau diantara kita ada yang sakit tekak atau demam.

Dua hari selepas di istihar KPK saya dan suami masih dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, tidak tergambar wabak yang melanda ini menjadi gawat dengan 50 kematian hari ini. Sewaktu di Tangkak saya terfikir untuk melawat halal hub satu2nya yang ada di bandar tersebut sebagai contoh Koperasi Subur Fitrah..lantas saya membeli beberapa keperluan asas termasuk beras tanaman rakyat tempatan Bukit Gambir..rupanya itulah barang2 asas yang kini saya siap gunakan di era KPK walaupun keperluan pasar ketua keluarga di benarkan keluar membeli.

Pengalaman lock down di rumah 24 jam/7 hari tidaklah begitu berat bagi wargamas seperti saya dan suami kerana jadual kami selama ini pun Alhamdulillah biasa sahaja. Cuma setiap saya membaca berita wabak di tempat lain timbul keinsafan betapa Allah ingin mengajar dunia agar BERAKHLAK.  ..jangan sombong bongkak, zalim dan bolot keduniaan atan nama One World Oder..tidak berTuhan

Cara menerima wabak bagi orang beriman adalah redho dan sabar..rendah diri menerima taqdir di samping berusaha memudahkan orang lain terutama ahli keluarga. Jika ini rezeki kita dapat solat berjemaah bersama keluarga, alhamdulillah, apatah lagi membaca alquran, doa almathurat dan menjalin silaturahim..sebaliknya jika anak2 muda mudah ingkar perintah siaplah di bawa ke penjara menunggu habis KPK...

Berbalik kepada tajuk blog BEHAVIOUR..AKHLAK..COVID 19.. saya terdengar wawancara seorang lelaki mangsa Covid 19 di Amerika yang agak memeranjatkan.."husbandnya" meninggal akibat Covid 19, saya tertanya...wife kut...rupanya dia kaum gay...astaghfirullah...AKHLAK songsang tidak mustahil Allah binasakan.

Kisah kedua saya terlihat blog seorang celebrity terkandas di tempat peranginan Goa lndia...pengalaman beliau mendapatkan makanan di tempat tersebut dalam suasana seluruh lndia lock down..betapa lndia yang masyarakatnya masih daif, kurang makanan dan para ahli keselamatan bersenjatakan kayu pemukul..memukul sesuka hati dan barisan menunggu untuk membeli makanan berjam2 hingga habis waktu keluar..insaf sekali betapa Malaysia yang masih waras...ada juga pihak yang memudahkan hingga hantar bekalan yang di tempah terus ke rumah..alhamdulillah...seWajibnya kita mensyukuri nikmat Allah ini dengan mematuhi setiap perintahNya, berAKHLAK mulia ikhlas keranaNya dan jangan sekali-kali mengkhianati perjanjian yang setiap kali di buat Allah saksinya..lebih baik kita berterusterang di dunia ini dan rugi kerananya daripada menerima azab di akhirat ...nauzubillah..WaAllaualam.



No comments:

Post a Comment