NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 25, 2011

SURABAYA KOTA YANG SEPI

Hotel Ibis di kejauhan



Selasa 25 Januari 2011

Hari kedua saya berada di kota Surabaya, kota terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Menginap di Hotel Ibis Surabaya Rajawali iaitu terletak di Jalan Rajawali, kawasan yang tersergam banyak bangunan lama. Mungkin lokasi ini bukan lokasi 'happening' menyebabkan ia SEPI.



Bangunan lama tahun 1920 an

Sejarah Kota Surabaya amat jauh menjangkau se awal tahun 1293 kerajaan Majapahit dan melalui penjajahan tiga bangsa Belanda, Inggeris dan Jepun. Nama Sura (ikan) dan Baya (buaya) melambangkan kebangkitan anak muda lelaki dan wanita yang akan tampil mempertahankan kedaulatan kota terbesar timur Indonesia ini.

Selain kota pelabuhan terkenal Surabaya turut menjadi kota budaya, kota agama dan kota sejarah. Pelbagai kaum tinggaldi sini, Arab, Cina, Europah. Suku kaum Indonesia termasuk batak, sulawesi dan kalimantan terdapat di sini dan hati-hati untuk menjamu selera kerana ada restoran yang tidak peka tentang halal haram. Kami membawa bekalan sambal dan rendang lantas memasak nasi sendiri (bawa rice cooker) dan tak lupa hidangan mi segera Adabi.


Restoran kaum Manado menjual babi di tengah-tengah bandar Surabaya

Setakat ini saya belum berkesempatan meninjau jauh kerana dua hari Surabaya mendung dan hujan. Khabarnya kota ini sering di landa banjir dan masalah kemiskinan, pentadbiran dan pengangkutan agak ketara.

Saya tidak berkesempatan menyertai kunjungan Ahli Majlis MBSA ke kota ini tahun lepas (2010), tapi khabarnya kota ini menjadi kota kembar Shah Alam, saya kurang pasti. Yang saya tahu lawatan balas dari Surabaya ada datang ke Shah Alam dengan pertunjukan kebudayaannya yang meriah juga.Italic
Sepinya kota Surabaya memungkinkan saya mengurus dan muhasabah diri. Terlalu sibuk bila berada di tempat sendiri terutama mutakhir ini agak melelahkan. Pembantu Galeri Mawaddah membuat komen, 'Saya yang tengok pun letih sejak hujung tahun lepas, ke Jakarta, Bandung, ke Alorstar, ke Pulau pangkor, layan tetamu yang datang ke majlis perkahwinan anak saudara, baru-baru ini berulang alik ke kuala Selangor...sekarang nak terbang ke Surabaya?? ok selamat melancung..." Saya hanya jawab 'kena sibukkan diri tanda masih hidup..tapi bila saya tak ada awak boss Galeri Mawaddah ya?. Dia angguk dan senyum tandan redho.




Pasaraya Giant yang sepi


Nampak sepi kota ini tergambar sewaktu saya dan suami ke Pasaraya Giant yang sudah mengembangkan sayapnya ke Indonesia. Dapat dilihat daripada barangan segar yang tidak lagi segar, antaranya ikan yang kelihatan begitu lama, produk frozen yang keras membeku bak batu, sayuran dan buah-buahan yang layu. Waktu saya berada di Pasaraya tersebut hampir solat Asar (di Surabaya Asar jam 3.00 petang) amat kurang pelanggan berkunjung, mungkin ketika itu hujan turun. Kami pun terpaksa pulang ke Hotel menaiki 'beca' berbumbung plastik sedangkan lokasi hotel terletak 'walking distance' sahaja daripada pasaraya.







Transport popular dan murah di Surabaya- beca rodatiga (lihat
bumbungnya hanya ditutup hanya plastik biasa)


Kunjungan saya sebelum itu ke kawasan belibelah 'borong' di Pusat Grosir Jembatan Merah dan Pasaraya Ramayana (serupa TanahAbang Jakarta) jauh beza dari Jakarta. Amat sepi dan barang yang biasa di jual di Jakarta sekali ganda mahal di sini. Kebetulan saya tidak ada tujuan membelibelah, ongkos pun terhad, elok benarlah...saya pun banyak tanggongjawab di Galeri Mawaddah sekarang, tak mampu nak shopping sakan 'ala Dubai'

Berhadapan kompleks Grosiar





kesepian pusat grosir jauh beza dengan TanahAbang Jakarta




Dalam kesepian banyak juga perkembangan yang saya dapat kutip ketika melayari internet, dapat berfacebook dengan adik beradik dan anak saudara. Ada berita kembali ke rahmatullah guru berdedikasi Hira, semoga Allah merahmati ruhnya dan ruh kita juga nanti. Ada berita tentang persiapan pilihan raya kawasan Tenang yang tidak tenang di Labis,Johor, dan yang saya tertarik ialah seminar pensejarahan umat Islam dan Melayu di negara ini. ramai yang berpolemik (memberi komen) mengenainya.

Adik saya telah di tawarkan menulis e-book mengenai matapelajaran sejarah untuk kegunaan pelajar sekolah menengah. Saya kira ini peluang yang baik untuk memperbetulkan banyak isu tentang sejarah agar tidak berulang bangsa Melayu yang kebetulan menganut agama lslam kecundang dek pemimpin (Sultan dan Raja) yang berpaksikan unsur 'kebangsawanan'. Bila ada sahaja perbezaan menilai seseorang atas dasar kedudukan ia bukan mengambil ajaran lslam kerana di sisi Allah tidak ada beza seorang yang kaya dan miskin kecuali atas dasar TAQWA. Mudah-mudahan sesiapa yang ingin menulis semula sejarah umat Melayu Islam di rantau ini faham dan sedar tugas mereka memperbetulkan perkara asas tentang unsur insan yang lemah berbanding Allah yang Maha Kuasa.

Memetik sebuah penulisan yang mengisahkan kebangkitan Salahuddin AlAyubi menyelamatkan Palestin, ia tidak berlaku secara mistik,magik atau 'turun dari langit.' Salahuddin di proses dalam tempoh dua generasi oleh kaum kerabatnya yang beriman dan bertawqa. Seolah-olah kaum keluargannya telah 'mempersiapkan' dan 'mencanai' sifat beriman, bertaqwa, ikhlas dan istiqamah di jalan Allah kepada beliau tanpa kompromi. Kesedaran inilah yang membuatkan Salahuddin mencalunkan dirinya sebagai 'sayalah orangnya yang akan menyelamatkan Masjid AlAqsa' sehingga beliau tidak berkesempatan menunaikan ibadah haji ke Mekah.

Dalam kesepian kota Surabaya saya harap esok (Rabu 26 Januari) saya punya kesempatan untuk menjejak pensejarahan para alim ulama di Surabaya. Khabarnya masjid-masjid di Surabaya terkenal dengan sentuhan ulama besar termasuk Wali Songo yang lahir di kota ini.

Saya juga dapat beberapa maklumat daripada penulisan seorang pelawat dalam tahun 2010 melalui internet seperti di bawah ini:

pix_gal0

Lambang Sura (ikan) dan Baya (buaya) di kota Surabaya

Surabaya bukanlah destinasi popular pelancung, namun lawatan di buat seperti berikut:

  1. Masjid Al-Akbar (Agung Sunan Ampel)- Daripada menaranya nampak keseluruhan kota Surabaya.
  2. Perkampungan Arab di Ampel Street di muara sungai. Ampel Street pernah menjadi pusat perdagangan penting, peniaga di sini kebanyakannya berwajah kacukan Arab. Lorong di celah kedai menuju Masjid Ampel tidak ubah seperti di Makkah atau Madinah. Di kedai berhampiran masjid, ada dijual semua keperluan pakaian menunaikan haji, umrah dan pelbagai jenis tamar.
  3. Berhampiran Masjid Ampel, ada Makam Wali Songo yang dikenali sebagai Sunan Ampel Raden Ahmad Rahmatullah.
  4. Galeri Sampoerna yang menghimpunkan sejarah awal syarikat rokok terkenal Indonesia itu sejak 1893.
  5. Suramadu - gabungan Surabaya dan Madura melintasi Selat Madura yang memisahkan Pulau Madura dan Surabaya melalui Jambatan Suramadu yang baru dibuka. Banyak ole-ole dari sumber laut dijual di sini.
  6. Pusat barangan kulit Tanggulangin
  7. Kota Malang - kota pendidikan terdapat Universiti Muhammadiyah dan kolej.Air terjun
  8. Pusat Industri Komunitas Caprina di Jalan Raya Tlogomas yang menjual pelbagai jenis kerepek berasaskan keledek serta ais krim keledek dengan pelbagai perisa.
  9. Taman Safari Indonesia II menjamu selera dengan Nasi Timbal Special yang memang istimewa sebab ayamnya dikukus kemudian digoreng untuk menghasilkan rasa cukup rangup dan tulangnya lembut hingga boleh dikunyah.
  10. Pergunungan Bromo berjalan kaki ke Puncak Penanjakan
  11. Desa Wonokitri meredah lautan pasir hitam yang terhasil dari ledakan gunung berapi
  12. Menunggang kuda mengharungi lautan pasir dan lereng curam.
  13. Mendaki kira-kira 250 anak tangga konkrit ke puncak untuk melihat kawah gunung berapi yang masih aktif.
  14. Perkampungan suku Tengger
Wow...dengan 14 tempat nampaknya lawatan ke kota Surabaya tidaklah sesepi yang saya jangka, pokoknya mampukah kami dalam 2 hari lagi menghabiskan lawatan yang di sebutkan. Kena datang lagi rasanya,kali ini berjemaah,berkeluarga, baru tak sepi. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment