NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, January 9, 2020

HARGA DIRI UMAT ISLAM

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته
خميس ٩ جنواري ٢٠٢٠ / ١٣ جمادى الاولى ١٤٤١ هجريه

الحمدالله  syukur saya masih sihat dan dapat menulis untuk mengambil berat isu yang ada kaitan dengan identiti umat. Juga melahirkan pandangan dan buah fikiran setaraf dengan bangsa yang bertamaddun ..kadang2 saya meragui ketamaddunan rakyat Malaysia.

Dua insiden yang saya ingin sentuh ialah isu tulisan jawi dalam kurikulum sekolah rendah dan privacy (kerahsian) peribadi yang di aibkan habis2an mutakhir ini.

Katanya salah satu sebab Menteri Pendidikan Dr Maslee Malek di nasihatkan meninggalkan jawatannya adalah isu memperkenalkan tulisan jawi yang di bantah keras oleh sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil.

Sejarah penjajahan British meletakkan bahasa Alquran asal usul jawi sebagai rahsia kekuatan umat lslam dan menghapuskan Alquran serta yang berkaitan dengannya adalah agenda utama. Pelbagai strategi licik seperti menyudutkan pembelajaran alquran di pondok2 usang tidak berbiaya dan mengangkat status sekolah sekular setinggi2nya termasuk menggalakkan pelajar melanjutkan pengajian keluar negara.

 Saya menganggap diri saya mangsa sistem sekular kerana sewaktu saya harus meneruskan pembelajaran sekolah agama khas saya memilih untuk berhenti kerana mengutamakan persiapan LCE.. peperiksaan tingkatan 3 waktu itu. Masa saya berhenti itu saya baru berada di tingkatan satu. Yang saya ingat prestasi saya dalam mata pelajaran TULISAN CANTIK a.k.a JAWI adalah cemerlang. Maknanya tahap tulisan jawi saya amat baik hingga ke hari ini الحمدالله.

Syukur lah sebelum memejamkan mata meninggalkan dunia ini Allah mengembalikan kemampuan saya menulis jawi dan alquran..الحمدالله semoga Allah merahmati dan meredhai usaha kecil ini insyaAllah.

Terkini Malaysia masih dalam dilema untuk memperkenalkan semula tulisan jawi di sekolah rendah ..ketidakjelasan tentang peranan tulisan tersebut menambah kekusutan. Sebagai seorang lslam yang sepatutnya memelihara HARGA DIRI bahasa melayu yang bercirikan tulisan jawi WAJIB di pertahankan apatah lagi kalau di kaitkan dengan abjad dan bahasa Alquran ia satu amanah besar dalam tarbiyyah quraniyah. Malangnya kepentingan politik dan mengekalkan kuasa mengatasi segalanya sekalipun terpaksa mengadaikan HARGA DIRI bangsa.

Sedih saya memikirkan generasi yang bakal di tinggalkan tanpa kekuatan identiti yang membanggakan seperti memelihara warisan tulisan jawi. Malanglah kepada pemimpin yang memusnahkan tulisan ini dalam dasar kerajaan satu ketika dahulu, derita nak menjawab amanah di hadapan Allah..nauzubillah.

Hari semalan 8 Januari 2020 rakyat Malaysia di kejutkan dengan pendedahan oleh pegawai SPRM berbangsa MELAYU  tentang rakaman talipon seorang bekas pemimpin MELAYU dengan isterinya serta beberapa orang lain yang ada kaitan dengan kes 1MDB atas alasan konspirasi peringkat tertinggi.  Yang saya di ajar dalam berakhlak ialah menutup aib orang lain...terkejut juga mendengar rakaman talipon seorang  isteri pemimpin membentak2 suaminya..selain imej isteri durhaka ia menggambarkan kurangnya akhlak bangsa MELAYU ISLAM...malu rasanya berhadapan isu ini.

Nafsu hasutan syaitan yang suka orang lain di hina memang boleh terima insiden ini..tapi saya berlepas diri kerana ia ibarat mencurah minyak ke atas api yang marak...silap haribulan satu negara porak peranda berdosa menceritakan aib orang lain..aib diri sendiri pun belum pasti tertutup di sisi Allah...AstagfiruAllah

Semoga umat lslam seluruh dunia Allah pelihara daripda fitnah akhir zaman yang seolah telah berlaku kedajjalannya ... Kononnya negara lran telah membalas provokasi Amerika yang membunuh generalnya bernama Kassim Sulaimi..Yang saya tahu negara lran puak Syiah membunuh jutaan umat lslam Sunni, bersengkongkol dengan lsrael...apa yang berlaku sekadar wayang..walaupun terpaksa mengorbankan banyak nyawa manusia lain dan akan melibatkan negara2 lain...la berlaku dalam perang dunia kedua di mana lebih sejuta yahudi di korbankan untuk mencapai cita2 Zionis merampas Palestine...Ya Allah Ya Qahhar hanya Kau yang Berkuasa..tunjukkan kuasaMu Ya Allah..musnahkan kezaliman yang berleluasa sepertimana Kau hapuskan kezaliman Firaun..Aamiin.

No comments:

Post a Comment