NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 12, 2010

ENRICH= MEMPERKAYAKAN

Salam

Alhamdulillah...sedikit keberkatan melalui menjadi ahli ENRICH penerbangan MAS. Kutipan markah (points) hasil musafir merata tempat melayakkan kami suami isteri mendapat tawaran penerbangan percuma 'first class' ke Colombo Sri Lanka, insyaAllah 14hb -19hb Januari ini.

Saya belum pernah ke Colombo. Alhamdulillah juga rakan karib suami saya sewaktu beliau belajar di UIA dahulu masih bertugas di Malaysia dan kami berkesempatan menjamu selera di Arab Cafe Isnin selepas berbuka puasa. Yang indahnya brother Ibrahim Raheem juga mengamalkan sunnah puasa Isnin & Khamis, alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Kadang-kadang saya terlalu amat merasai anugerah Allah bilamana bertemu dengan rakan dan kenalan yang se'jiwa'...mafhum sebuah hadis Rasulullah saw 'jiwa-jiwa orang beriman ibarat tentera Allah yang akan bersama di mana sahaja...'

Banyak maklumat tentang Sri Lanka di kongsi bersama Bro Raheem dan isteri. Umat Islam di Sri Lanka hanya 18% dan budaya yang dominant ialah Buddist, sedikit Hindu, tapi bahasa dominen ialah tamil, singhalese dan Inggeris. Makanan agak pedas tapi banyak hasil laut, ada ikan sedap di sana, 'maldive fish' dari kepuluan maldive.

Saya tidak mahu musafir saya tak bermatlamat lantas menyuarakan hajat saya ingin bertemu mana-mana NGO Islam yang terlibat dengan wanita atau ibu tunggal. Tepat sekali saya di perkenalkan dengan kumpulan Muslimaath dan telah berkomunikasi melalui email. InsyaAllah kami akan bertemu dan saya ingin mempromosi 'mawaddah kraf' untuk pelancung di Sri Lanka.

Pada malam yang sama kami dapat jemputan majlis kesyukuran seorang jiran. Anaknya lulus PMR 9A dan doa selamat juga atas pelbagai aktiviti yang sempurna di jalankan sepanjang tahun 2009. Kami bercerita tentang semangat anak-anak belajar yang perlu di asuh dan di hala kepada yang terbaik, antaranya hafalan alquran.

Satu cadangan timbul untuk menjadikan Surau Taqwa sebagai Pusat Tahfiz moden. Kebetulan penambahbaikan sedang berjalan di surau, hajatnya MBSA luluskan tanah L-shapebelakang MPP Zon 3. Saya berhujjah adalah satu keberkatan kita memperbaiki imej sekolah tahfiz yang sering terpinggir melalui penampilan projek ini. Saya akan kemukakan cadangan ini kepada Datuk Bandar MBSA agar di permudahkan urusan. Sepanjang malam saya berdoa agar projek ini di permudahkan Allah. Saya juga berdoa semua pihak termasuk AJK Surau jangan berkerenah dengan cadangan ini. Ia akan memberi banyak kebaikan kepada generasi akan datang, mungkin cucu-cicit penduduk seksyen 7 ini.

No comments:

Post a Comment