NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, April 5, 2012

6 MONTHS AFTER...

Salam
Khamis 5 April 2012/13 JamadilAwal 1433H

PEMANDANGAN SEBUAH TASIK DI BATU ARANG SELANGOR

Alhamdulillah kini saya amat menginsafi kepantasan masa berlalu, tup..tup hampir penghujung minggu. Mau tak mau umur tetap bertambah. Bagi yang dapat merancang dengan baik petambahan umur di iringi pelbagai amal yang meningkat.Sewaktu kami membuat temujanji dengan Pak Hasni pada 3 April berhubung Akademi IHES beliau sempat mengungkapkan falsafah hidup seorang tabi'in Hasan AlBasri yang menarik hati saya kerana menepati matlamat hidup insan berhadapan dengan pantasnya masa menjemput seseorang ke garisan penamat. Katanya "AKU TENANG KERANA REZEKI TELAH DI TETAPKAN ALLAH; AKU SIBUK KERANA ORANG LAIN TIDAK BOLEH BERAMAL UNTUKKU; AKU MALU KERANA ALLAH SENTIASA MEMERHATI TINDAKANKU DAN AKU SENTIASA BERSIAPSIAGA UNTUK MATI KERANA IA SUATU YANG PASTI."

Saya pernah terbaca satu kisah seorang nenek berumur 65 tahun mendaftar diri sebagai pelajar di sebuah universiti luar negara. Tindakan nenek ini di anggap lucu oleh pelajar lain. Namun pada umur 68 tahun nenek tersebut berjaya mengalahkan rakan seperjuangannya untuk merangkul ijazah tertinggi. Maksudnya kalau nenek itu berdiam diri umurnya tetap meningkat tetapi azamnya yang kuat memungkinkan dia melalui umur tua bersama sekeping ijazah. Itu lah pilihan manusia, menjadi biasa-biasa atau luar biasa.

Rabu 4 April 2012 saya berkesempatan melawat sebuah kebun yang diusahakan Hj Rosli adik saya yang keenam di kawasan Batu Arang. Enam (6) bulan lalu saya pernah menyertai lawatan ke sebuah ternakan kambing shami di Rembau. Perancangannya baka kambing akan di bawa masuk daripada Cyprus dan projek kambing yang mencontohi kejayaan penternak di Rembau di jangka manjana pendapatan untuk projek kebajikan dalam tempoh dua tahun. Namun rancangan tidak dapat di teruskan kerana kekangan kewangan. Rupa-rupanya dalam diam Hj Rosli meneruskan azamnya.

Sewaktu saya meninjau tanah kurniaan kerajaan kepadanya di Batu Arang enam bulan yang lalu tanah tersebut kosong dan kemudahan air api langsung tiada. Ketika itu saya tak nampak macam mana ingin membawa peralatan membangunkan tempat kering kontang. Ternyata pemikiran sempit saya di cabar kerana selepas enam bulan kehijauan dan ternakan alhamdulillah menyenangkan pemandangan.

TERNAKAN KAMBING YANG MENAMPAKKAN HASIL DALAM 6 BULAN
KEBUN DI TENGAH KAWASAN KERING DAN PANAS MEMBAKAR...HIJAU TETAP HIJAU

DALAM MASA 6 BULAN DUA KANDANG YANG MENEMPATKAN 50 EKOR KAMBING TELAH DI DIRIKAN

 TAHNIAH KEPADA HJ ROSLI PENGUSAHA KECIL, DI DOAKAN BARAKAH

BAKA KAMBING TERMASUK SHAMI DI PELIHARA DENGAN BAIK


PERSEKITARAN YANG CANTIK MENENANGKAN JIWA

Saya mendoakan azam Hj Rosli meraih hasil yang di jangkakan. Ia akan menjadi testimoni bahawa kalau sesuatu itu tidak bermula mana mungkin akan mendapat hasil sekurang-kurangnya pengalaman. Perbetulkan nawaitu untuk mencari redho Allah ia menjadi ibadah. Saya di fahamkan antara ujian awal ternakan ialah kematian 400 ekor ayam ternakan sampingan kerana penyakit. Terkini hanya fokus kepada ternakan kambing serta tanaman kontan, pisang, jagong dan chilli.

CHILLI HIJAU SEBAGAI HASILTANAMAN KONTAN

Petugas pula perlu di beri pengalaman mengendalikan projek dengan baik termasuk menjaga kekuatan kerohanian. Kami sepakat menyarankan diadakan sistem tugasan untuk pekerja termasuk waktu solat dan rehat.

Sesungguhnya 6 MONTHS AFTER boleh membuat perbezaan ketara jika kita berbakti kepada bumi dan ternakan. Adakah lepasan IPT yang ramai menganggur hari ini sanggup menerima cabaran kerja berpanas berhujan diladang sendiri? Saya mendoakan lebih ramai anak-anak muda memulakan jihad dengan ternakan kerana ia banyak mengajar apa erti KESABARAN DAN KESYUKURAN. Satu peringatan ialah jangan contohi ternakan yang ada unsur zalim di dalamnya bermaksud usaha gigih mesti mendahului hasil lumayan. Jika kita di amanahkan peruntukan atau tanah kerajaan anugerah tersebut perlu di syukuri kerana ia wang rakyat yang perlu di kongsikan untuk keberkatan dunia dan akhirat.

Dalam seerah Rasulullah saw seorang sahabat Abu Thalahah terus menawarkan kebun kurmanya BAIRUHA'  ketika ayat Alquran Surah Alilmran 92 diturunkan yang menuntut orang beriman menafkahkan harta yang paling dicintai sebagai kebaikan yang sempurna. MasyaAllah...kalau kita tak punya apa-apa bagaimana nak meraih kebaikan sempurna di sisi Allah??? saya yang kena fikirkan mesej besar ini insyaAllah. WaAllahu'alam

 KUCING TURUT MENEMANI PETUGAS DI LADANG UNTUK MENGHAPUSKAN TIKUS

3 comments:

  1. Alhamdulilah dan syabas. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Anak saya berangan projek seperti ini tapi belum menjadi kenyataan. Tak cuckup gigih rasanya.Tapi nampaknya masih mahu mencuba. Kita doakan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hj Rosli kata ada 5 ekar sebelah tanahnya untuk di usahakan. dia menjemput sesiapa yang berminat mengusahakannya. silalah

      Delete
  2. Aslmkm..Uda n uda Safar tahniah putar2 alam bertambah tajribah yang boleh kita kongsi bersama untuk deen yang akan didaulatkan mengamankan dunia ini..InsyaAllah oleh generasi pewaris kita. Fokus kepada kelebihan masing2. Tersentuh dengan kata-kata Hj Rosli... kita dari tanah akan kembali ke tanah. lebih baik kita berbakti kepada tanah.. Memang dari muda kelebihan beliau dalam pertanian. Hjh Nortipah kelebihannya mengumpul orang untuk didakwah, tercabar rasanya beliau boleh cari peserta 90 orang dalam masa 2 minggu..Datin & Dato' kelebihannya menyatukan idea Islami utk jayakan IHES..Akidah merentas kurikulum.Hjh Hairiah dgn 'wi fi'nya, Pak Hj KMT dgn 'tin dredging'nya & Yayasan Situwanginya. Saki baki usia ni moga Allah beri kita kesempatan meninggal sesuatu yang bermakna kepada generasi pewaris agar mencintai Islam.llah dan Rasul sepanjang hayat. Amin.

    ReplyDelete