NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, January 15, 2020

SLOW TALK

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته
رابو ١٥ جنواري ٢٠٢٠ / ١٩ جمادى الولى ١٤٤١

الحمدالله ثم الحمدالله...

Sekarang lebih berkobar saya menggunakan jawi dalam penulisan..dua sebab utama..mendekatkan diri dengan bahasa alQuran dan dekat dengan Allah dan menghargai anugerah Allah yang saya di mampukan mengenal huruf jawi ini sejak kecil yang memudahkan banyak urusan kehidupan saya sampai sekarang  الحمدالله.

Saya beritau suami saya yang satu hari nanti blog saya sepenuhnya akan di tulis dalam tulisan jawi biar rugi orang yang tidak pandai membaca jawi untuk lebih mengenal saya baik dia saudara mara malah anak2 saya sekalipun..kerana seingat saya semua telah di dedahksn dengan ilmu ini di awal persekolahan mereka.. سبحان اللّٰه..

Antara sebab saya berkobar ini adalah mendengat kata2 Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia dan sekarang pemangku Menteri Pendidikan yang jelas2 dia salah faham...katanya sekolah kebangsan di negara ini sekarang lebih menjadi sekolah agama lslam kerana banyak masa di habiskan untuk mengajar lslam...sedangkan subjek Matemetik dan Sains penting serta perlu di ajar dalam bahasa lnggeris.

Kalau saya hukum dia nyanyuk ramai peminat dia nanti marah..yet tidakkah dia insaf yang semuanya termasuk diri dan umur tua dia itu adalah hak mutlak Allah..termasuk nak belajar apa pun.. Mahathir lupa (atau tak tahu) sebuah Firman Allah..Surah Yusuf...DI ATAS ORANG YANG BIJAK PANDAI ITU ADA LAGI YANG LEBIH ALIM (ALLAH)

Tercabar iman saya mendengar komen orang tua yang perlu sangat muhasabah diri bahawa lslam adalah cara hidup (deen) yang syumul, menyeluruh..tidak seinci pun hidup kita terpisah daripada kehendak dan taqdir Allah yang memerlukan penyerahan total (makna lslam), umpama nyawa yang masih berdetik saat saya menulis ini. Kalau fahaman sekular memanglah suka memisahkan dunia dan akhirat, ramai terlupa mereka didunia menumpang bumi Allah..akhirat nafsi2 fikir nak jadi apa..nauzubillah.

Kalau ada guru yang nak mengajar lslam ia satu anugerah kalau lslam yang di ajar akan menjauhkan pelajar daripada mensyirikkan Allah..menjadi pelajar  berakhlak mulia mencontohi Rasulullah dan para sahabat awal...ke Tun Mahathir nanti kata tak releven..sebab zaman berubah dan moden..come on lah semoden kamupun tua dan akan meninggalkan dunia ini...bertaubatlah...adduhh..makin lama semakin punah dibuatnya masyarakat majmuk di Malaysia ini..kesini (dunia) tidak kesana (akhirat) malah makin jauh.

Tun Mahathir kena insaf dia memimpin Malaysia begitu lama mengapa tidak di perbetulkan kefahaman bahawa agama lslam itu bukan hak parti lslam...selama demikianlah maka lslam di anaktirikan..di cop macam2..di sudut2kan pengajiannya ...mujurlah dakwah tersebar luas apabila rakyat mula berhijrah, membaca sejarah dan ingat MATI. Bangkit semangat memperjuangkan kebenaran sekalipun berkorban apa saja..tidak terkecuali urusan saya mengambilalih taska tadika  Subur Fitrah Tangkak daripada di sekularkan habis2an...الحمدالله

Saya tidak mendakwa kefahaman lslam saya sudah baik..namun saya berusaha menjadi terbaik di sisi Allah walau orang tidak mengiktitaf. Sedih juga saya akan meninggalkan pewaris generasi umat lslam yang di perkotakkatikkan dek dangkalnya kefahaman dan penghayatan lslam mereka...tidak terbina kerohanian yang sayangkan Allah lebih daripada segala2nya sedangkan bila meninggalkan dunia ini akan bertemu Allah. Amanah yang di berikan telah diabaikan begitu saja demi mengejar dunia yang dah nak kiamat pun...di hancurkan sendiri tangan2 musyrik dan kafir mutakhir ini nauzubillah.

Saya berhenti dulu...dah nak maghrib..l really wonder how Tun M acquire his understanding of lslam and deen...tak ada ke ulama di Malaysia ini yang sanggup mendampingi dia, nasihatkan dan tegur (SLOW TALK) paling minima doakan dia. As a muslim l pray Tun M diberi hidayah, rugi diberi umur yang panjang..bukan atas landasan lillahiRabilalamin
WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment