NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, January 3, 2020

MAQLUBA (UP SIDE DOWN)

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته
 ٤ جنواري ٢٠٢٠ / ٨ جمادى الاولى ١٤٤١ هجريه سبتو

الحمدالله..kita move on daripada karenah dunia yang penuh penipuan sebagai ujian keistiqomahan dalam kebenaran. Dalam wassap bertimbun alasan dan kutukan kisah Dr Mazlee Malik meletak jawatan menteri bergaji lebih RM50 ribuan. Semoga beliau di kurniakan rezeki lebih melimpah dari itu di dunia dan akhirat..aamiin

Uniknya Malaysia yang berpenduduk berbilang kaum adalah mudahnya kita menjalin hubungan dengan siapa sahaja serta berwatak pemurah...Ketika NGO Mawaddah menerima kunjungan dua saudara seislam Gaza, hampir setiap hari ada program di atur di sudahi jamuan seadanya. Tetamu juga terkesan hingga menawarkan untuk menyediakan masakan Gaza MAQLUBA...rupanya ia bermaksud masakan yang di terbalikkan selepas memasaknya.

Saya berkesempatan hadir dan melihat persiapan memasak, hampir serupa memasak nasi ayam, cuma ayam dan terung goreng di letakkan berlapis dengan beras yang di ramuankan. Pada saya ia mengambil sedikit masa namun untuk hidangan ramai ia berbaloi..salad dan sup yougart menjadi tambahan.

Seperti di janjikan dalam posting saya sebelum ini saya ingin menyambung kisah penderitaan rakyat Gaza yang di tindas oleh zionis yahudi.  Antara strategi melemahkan perjuangan sesuatu kaum ialah mensasarkan aspek HARGA DIRI..sebolehnya negara lsrael ingin memusnahkan hargadiri rakyat Gaza dengan berbagai halangan, syarat berpergian dan banyak lagi kemudahan kehidupan di sekat. Tetamu kami terpaksa membuat rawatan sakit kulit sebelum pulang sebagai bukti mereka benar2 mendapat rawatan seperti dalam permohonan sebab keluar Gaza.

Seorang teman saya pernah menziarahi Gaza sewaktu pemerintahan Almarhum Dr Mursi di Mesir dimana pintu sempadan Rafah di buka luas. Beliau mengkagumi keindahan bumi Gaza yang bercuaca 4 musim, cuma anak2 tidak berkesempatan membesar sebaiknya kerana pelbagai kekurangan dan trauma peperangan. Kata teman saya suasana KETENANGAN sentiasa menyelimuti Gaza ketika aman. Secara perintah mereka hanya di halang pergi ke Masjid Alaqsa terutama generasi muda. Di situ letaknya HARGADIRI rakyat Gaza yang hingga hari ini mereka meperjuangkannya tanpa henti. Sekarang saya insaf..dan tidak layak saya senang2 pergi ke Masjid Alaqsa sedang pada masa yang sama lsrael menafikan hak warga Gaza..sedih kan?? dan teman saya yang pergi ke Gaza itu pun tidak berziarah ke masjid Alaqsa ketika itu walau hajatnya tinggi ingin ke sana

Dalam sembang2 kami dapat merasakan tetamu Gaza mencemburui mereka yang dapat berkunjung ke Masjid Alaqsa. Bagi mereka AlAqsa is so near yet so far..Agaknya siapalah yang lebih layak mengimarahkan masjid tersebut..how to help Palestanian first..saya buntu..kerana yang pergi menziarahi AlAqsa kini bukan calang2 ustaz yang menjadi mutawifnya baik dari Malaysia atau lndonesia..selfish rasanya..mementingkan kesenangan sendiri..dan lagi pelancungsn merupakan sumber pendapatan terbesar negara lsrael yang didalamnya ada sumbangan umat lslam.

MAQLUBA sedap di makan..rempah ratus terasa menyerap dalam nasi yang telah diterbalikkan...kami melihat sebenarnya tetamu Gaza yang kerinduan makanan favourite mereka. Alhamdulillah kami seronok berfarewell dan memberi cenderahati..semoga perjalanan balik mereka ke Gaza selamat...kesulitan2 yang Allah anugerah kepada rakyat Gaza umpama simpanan tetap untuk di raih di akhirat nanti insyaAllah..pernah Mawaddah yang di tubuhkan dalam tahun 2006 menerima seorang wanita pejuang kebebasan Palestin bernama Nidal...empat anak2nya syahid berjuang..beliau juga telah kembali kerahmatullah menyertai anak2nya untuk hidup selamanya..Kita Bagaimana?? Beri kami petunjuk ya Allah untuk selamat di alam kekal akhirat  Aamiin..

No comments:

Post a Comment