NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, December 28, 2010

BLOK M SHOPPING MALL JAKARTA


Blok M yang terdiri daripada kompleks belibelah yang bertaraf 5 bintang juga jualan ala bazaar


Salam

Selasa 28 Disember 2010. Sejak petang Isnin kami kembali menginap di Ascott apartment. Mula berkemas untuk pulang esok Rabu. Keadaan kaki alhamdulillah, dapat solat dan bergerak sebaiknya.

Saya dapat maklumat adik perempuan saya berada di Bandung kerana ada urusan penting bersama seorang teman daripada Shah Alam. Mereka dalam perjalanan pulang melawat Kuban Perahu tempat peranginan atas bukit di Bandung. Alhamdulillah kami yang kerap ke Bandung Garut masih belum pun sampai ke situ.

Pembantu rumah di Ascott tak lepas mulut bertanya 'tak ke Blok M, tempat beli belah dan kerajinan (kraftangan)?' Sebenarnya saya tidak arif dengan Blok M, setahu saya ke Jakarta hanya ada Tanah Abang, Mangga 2, kedai buku itu sahaja. Pernah juga kami di bawa ke Cempaka Emas dan baru-baru ini dengan dua orang cucu, Pak Adi pemandu memperkenalkan Cimpurali...begitulah namanya tak ingat sangat. Kesemuanya tempat membeli belah dan busana.

Memandangkan ada sehari lagi kami di Jakarta, saya minta Mario mengaturkan lawatan ke Blok M sebelah petang. Tengahari kami ada temujanji makan siang (lunch appointment) di restoran Chatterbox Grand Indonesia dengan Mario untuk membincangkan projek Situwangi Boarding School (SBS). Banyak isu yang di bincangkan dan beberapa penyelesaian akan di ambil tindakan sewajarnya, Satu perbincangan khas juga akan di aturkan di Shah Alam dengan ketua Yayasan SBS yang kebetulan hanya lapang pada 8 Januari 2011.

Rupanya lunch appointment ada baiknya kerana di situlah kita dapat berbual santai, berkenalan lebih dekat dan bertaruf hati ke hati. Saya kagum dengan Mario anak muda umur 36 tahun ini kerana tak lepas daripada mulutnya kalimah 'nak membeli syurga bukan mudah'. Keyakinan tentang janji Allah dan sunnah Rasulullah saw amat kuat di hatinya termasuk mengamalkan makanan, jaga kesihatan dan cara hidup Rasulullah saw, antaranya minum susu kambing, berbekam, berusrah dan menjaga akhlak tidak terjejas dengan budaya 'rasuah' di Indonesia.

Berasal daripada keluarga yang berada juga kini ibu bapanya sedang bercuti sebulan di USA di biayai abang kandungnya 37 tahun, seorang akauntan yang mendapat kerakyatan Amerika. Amerika akan mudah memberi kerakyatan kepada orang-orang bijak seperti abangnya. Katanya abangnya dah jutawan, punya banyak mobil antaranya Ferrari...aduh...dia mengeluh, saya belum apa-apa, has not made my 1st million, keluhnya lagi.

Saya dan suami pun berkongsi pengalaman dan ilmu sedikit, antaranya maksud sebuah hadis Qudsi

" Di antara hamba-hambaKu terdapat orang yang tidak menjadi baik kecuali dengan kemiskinan. Jika Aku memberinya kekayaan,nescaya rosaklah agamanya. Dan di antara hamba-hambaKu terdapat orang yang tidak menjadi baik kecuali dengan kekayaan. Jika Aku memberinya kemiskinan nescaya rosaklah agamanya."

Maksdnya Allah sayangkan kita dengan cara tidak menjadikan kita terlalu kaya atau teramat miskin kerana terkadang kaya merupakan ISTIDRAJ (semakin lupa diri) dan kemiskinan sebagai SIKSAAN (tidak redho). Lebih baik bersederhana dan syukur dengan ketentuan Allah sambil betulkan nawaitu sepanjang perjalanan. Jika di takdirkan kita kaya pastikan sebahagian harta di pulangkan kepada yang hak,bukan kita punya semuanya. Ternyata mario amat arif dan akur.

Sesekali beliau mengadu sedikit kesulitan dalam tugasnya namun akan di jawab sendiri 'nak mendapat syurga bukan mudah.' Kami sokong kata-katanya kerana meraih syurga memerlukan akidah yang kukuh, kesabaran, disiplin hidup dan keikhlasan hati. Saya sempat berkongsi konsep 'ubudiyyah' berbanding 'ibadah' kerana ramai yang mampu beribadah namun gagal berubudiyyah bila berlaku pertembungan antara kehendak Allah dan nafsu atau tarikan untung rugi keduniaan.

Alhamdulillah,kini saya baru sedar hikmah mengapa saya di datangkan ke Jakarta dalam tempoh yang agak lama. Peluang mengenal tokoh-tokoh penting dalam SBS, cara kerja dan permasalahan memerlukan perbincangan dan pemerhatian 'on the ground'. Tidak ada yang lebih baik daripada Mario yang amat dekat dengan permasalahan SBS menjadi sumber maklumat dan saya kagum moto hidupnya 'bukan mudah nak beli syurga' yang telah memungkinkannya menyelesaikan masalah demi masalah berhadapan dengan situasi yang bukannya sedikit. Semoga Allah meredhai amal ikhlasnya dan memberi kami pasukan pengasas peluang terus terlibat dengan projek SBS sebagai bekalan amal soleh di hari depan (akhirat).

Sumbangan Mario turut besar memungkinkan saya meneruskan blog kerana beliau mendapatkan Modem 'SpeedUp' untuk saya dengan hanya menggunakan kad top up talipon bimbit. Modem ini turut dapat di gunakan dimana-mana sahaja untuk acess wifi internet, alhamdulillah.

Berbalik kepada blok M, pemandu Pak Ataq yang membawa kami bercanda kenapa bercuti lama di Jakarta, honeymoon ke? kami jawab di Malaysia pun kami sentiasa berhoneymoon kerana konsep honeymoon bukan perlukan tempat tertentu. Dia senyum.

Blok M merupakan kompleks belibelah yang agak besar,luas dan di mudahkan dengan terminal bas di situ. Baru saya faham bahawa tempat ini persinggahan pembantu rumah di Ascott membelibelah. Selain jualan pakaian yang banyak di Blok M ialah batik dan perusahaan kecil,kayu, lukisan, anyaman, herba dan sebagainya. Berbanding komples bertaraf 5 bintang jualan di Blok M banyak untuk kaum marhain, harga boleh tawar agak rendah. Keadaan ekonomi agak sulit sekarang dan ternyata kurang pelancung datang ke tempat ini jika di bandingkan dengan Mangga 2.

Sewaktu di Blok M adik saya minta di hantarkan rupiah ke bank temannya di Bandung. Kami sempat ke BCA Bank dan menguruskan penghantaran melalui kaunter yang terlalu panjang queuenya. Kena sabarlah kerana kita di tempat orang.

Sekembali daripada blok M yang kebetulan hujan amat lebat saya amat insaf betapa sukarnya kehidupan rakyat biasa di Indonesia, terutama peniaga kecil dan jalanan. Pendapatan rata-rata sekitar RM200-300 sebulan tidak mudah untuk membuat sebarang perubahan walaupun rata-rata warga Indonesia amat kreatif. Kebetulan saya memang ingin menimba idea jualan busana untuk Galeri Mawaddah (GM) di Shah Alam, terlalu banyak idea yang boleh di bawa balik, insyaAllah.

Sewaktu berbincang dengan Mario saya sebutkan 'tidak ada yang mustahil' jika kita hajatkan projek ekonomi boleh membantu kerja amal, antaranya membantu SBS. Beliau pun sanggup membantu menjadi wakil di Jakarta sekiranya GM ingin melebarkan sayap produknya seperti Hani's ring (kuih deram), Ginger kisses (hirisan halia madu) dan kek lapis Sarawak.

Saya berkongsi dengan Mario satu dokumenteri tentang STARBUCK yang saya tonton baru-baru ini dimana salah satu produk keluarannya yang 'make the 1st million' ialah doughnut...tak ingat namanya. Kalau syarikat yang menyumbang kepada kegiatan zionis boleh hebat dan terkenal mengapa projek umat lslam yang memperjuangkan kebenaran tidak boleh...terpulanglah nawaitu apa yang kita sumbangkan hasil keuntungan projek nanti, insyaAllah.

Sekarang saya dah kenal Blok M dan akan cuba mengajak sesiapa yang berminat melihat 'kerajinan tangan' (kraftangan) rakyat Indonesia di sana. Satu lukisan yang menarik minat saya berharga Rupiah 800,000 (RM250) tapi sayangnya bukan prioriti masa ini dan kuranglah sambutan hasil pelukis yang pada pandangan saya amat cantik karyanya dan setanding di tempat lain. Jika ada kesempatan kembali melawat Jakarta insyaAllah saya akan ke blok M dan mencari lukisan yang saya minat. Doakan sihat, mabruk segala usaha.

Selamat tinggal Jakarta setelah dua minggu bersamamu.

Sekarang ini Jakarta sedang mempersiap diri untuk membuat serangbalas perlawanan bolasepak dengan pasukan Malaysia yang menang 3-0 sewaktu perlawanan di Bukit Jalil. Setiap saat TV menyiarkan analisa tentang perlawanan petang esok untuk menampilkan TimNas Garudaku. Harap-harap tidak ada kesesakan jalan raya (macet) yang teruk untuk kami ke airport (Bandara) jam 3.00 petang esok. Semoga team Malaysia mengekalkan kejayaan dan tidak ada rusuhan yang tidak di ingini berlaku, almaklum rakyat Indonesia punyalah ramai! hampir 300 juta berbanding Malaysia 27 juta. Di Jakarta sahaja 30 juta!

Di sinilah letaknya nilai 'sporting spirit' dan professionalism atau dalam bahasa mudah 'kerendahan hati' menerima kemenangan dan menjaga maruah dalam kekalahan yang semuanya bersifat sementara. Kemenangan dan kerugian yang kekal hanyalah natijah yang di tetapkan Allah aza wajjala di akhirat nanti. WaAllahu'alam

2 comments:

  1. Salam Uda

    hadis Qudsi

    " Di antara hamba-hambaKu terdapat orang yang tidak menjadi baik kecuali dengan kemiskinan. Jika Aku memberinya kekayaan,nescaya rosaklah agamanya. Dan di antara hamba-hambaKu terdapat orang yang tidak menjadi baik kecuali dengan kekayaan. Jika Aku memberinya kemiskinan nescaya rosaklah agamanya."

    Ya Allah Ya Tuhanku aku sujud kepada mu dan aku mohon kepada mu
    "Aku seorang yang baik Ya Allah, dan aku mengerjakan segala suruhanmu dan menghindari segala laranganmu.....janganlah ditakdirkan aku
    Di antara orang yang tidak menjadi baik kecuali dengan kemiskinan. Jika Aku memberinya kekayaan,nescaya rosaklah agamanya

    ReplyDelete
  2. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.



    SERVICES TERMASUK :
    • TRANSPORT
    • PEMANDU PELANCONGAN
    • HOTEL 3 BINTANG
    • BREAKFAST 3X
    • MAKAN TENGAH HARI 3X
    • DINNER 3X
    • SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    • KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    • MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL

    ReplyDelete