NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, August 28, 2012

IKTIBAR 3: ADAM DAN HAWA

Salam dari Pusat Perubatan spesialis KPJ Shah Alam

 MERAKAMKAN KENANGAN SUAMI SAKIT SEBAIK PULANG UMRAH DI KPJ SHAH ALAM

Selasa 28 Ogos 2012

Kisah Adam dan Hawa hangat di perbualkan dalam pakej umrah kami sejak jemaah menaiki kapalterbang Srilankan Air menuju ke Colombo. Seorang Pak Cik mundar mandir di lorong penumpang meninjau-ninjau dan bertanya 'Hawa ada?Mana Hawa?' Ramai yang terpinga-pinga malah jemaah perempuan rasa terganggu. Apa yang berlaku ialah check in tempat duduk pesawat tidak di atur mengikut pasangan dan Pak Cik ini tempat duduknya terpisah daripada isterinya bernama Hawa.

Setiba di Madinah dan pembahagian bilik jemaah lelaki dan wanita Pak Cik lagi bertambah kalut kerana mungkin dia menjangka akan duduk bersama isterinya. Kebetulan suami saya menjadi rakan sebiliknya, beliau mula mencari punca masalah Pak Cik ini. Di takdirkan Pak Cik ini berpenyakit suka lupa dan sering bertanya 'aku di mana dan jam pukul berapa, aku nak balik rumah aku'. Tak kira siang malam beliau akan turun naik hotel mengetuk bilik-bilik bertanya 'Hawa mana? Suami saya minta saya bertemu isterinya dan bertanya samada ada ubat yang perlu di makan Pak Cik ini secara regular.

Pertemuan saya dengan isterinya membawa mesej berbeza. Pak Cik tak sakit, dia memang begitu dan biarkan. Lagi pun adiknya (adik ipar Pak Cik) akan membantu keperluan suaminya. Dari masa ke masa sang isteri di temui bercakap dengan Pak Cik tersebut tapi dalam nada marah-marah. Semua bilik wanita di minta kunci kerana Pak Cik ini akan mengetuk bilik terus membuka pintu mencari HAWAnya.

Demikianlah kisah Adam dan Hawa menjadi buah bicara jemaah ke tahap saya mula rasa satu gossip atau ghaibah pula. Satu ketika saya bertembung dengan Pak Cik ini di pintu lif dia terus tanya Hawa Mana? Terpaksa saya meninggikan suara, ' Tak ada, tolong jangan ganggu kami lagi.' Rupanya ubat penyakit pak Cik ini ialah dengan gertakan dan sejak itu bila melihat saya dia jadi mundur sidikit sehinggalah ke saat penerbangan pulang.   

Iktibar kes ini senghaja saya paparkan dalam blog ini untuk panduan semua bahawa ziarah ke tanah suci dan ibadah umrah/haji bukan seperti pergi ke tempat pelancungan. la harus di rancang dengan baik samada suami atau isteri mampu menanggungnya dari segi fizikal dan persiapan kejiwaan. Sekadar menjadikan suami mahram untuk perjalanan tanpa melihat kemampuannya berada di tanah suci dalam waktu yang begitu lama merupakan satu kezaliman. Dalam satu kisah keluarga yang lain saya di beritahu oleh seorang isteri dia memang tidak akan membawa suaminya yang sedang sakit kencing manis kerana akan menyusahkan ramai orang. Suaminya izinkan dia bermusafir dengan teman-teman se kampongnya, alhamdulillah.

Iktibar kedua ialah kepada pihak penganjur agar membuat sedikiat siasatan keadaan ahli jemaah samada mereka OKU,sakit dan pelbagai masalah perubatan yang akhirnya jika berlaku sesuatu akan melibatkan penganjur juga. Setakat mengumpulkan orang menyertai pakej tidak memadai kerana perlu ada ikatan persaudaraan sejak awal agar jemaah tidak TERLANTAR bila tiba di negara asing.


APA PERASAAN ANDA JIKA SUAMI KURANG SIHAT?



Iktibar ketiga ialah suami atau isteri yang sedar ada sedikit masalah perlulah membawa anak sendiri untuk membantu keperluan ibu ayah. Untuk mengharapkan pakej umrah membelikan air,topup atau keperluan asas ia agak membebankan. Sekiranya ada masalah kewangan untuk berbuat demikian bolehlah tangguhkan sehingga mampu. Saya melihat perkembangan masyarakat Malaysia yang mampu menyertai jemaah berumrah mutakhir ini hanya dari segi menyediakan kemampuan kewangan. Persiapan kejiwaan, sabar, sayang, menjaga aib suami isteri terkadang amat rendah tahapnya. Saya berhadapan dengan seorang isteri membentak sang suami,lantas suami menjawab...'jaga kata-kata awak sikit'. Pada saya itu amaran keras...bukankah syurga wanita ada pada keredhaan suami? Ramai yang merujuk kepada 'khurafat' bahawa setiap dosa akan di balas di Mekah. Tapi saya melihatnya sebagai 'habit' atau kebiasaan cara hidup seseorang walau di mana mereka berada. Dosa pahala adalah hak Allah tak perlu menunggu sampai ke Mekah baru dapat ganjaran atau balasan.  WaAllahu'alam.      

No comments:

Post a Comment