NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, November 24, 2019

AGE IS CATCHING UP

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
Selasa 19 November 2019/22 RabiulAwal 1441H


Alhamdulillah perancangan untuk bercuti ke lpoh bertepatan majlis pernikahan anak saudara suami saya di Villa Chinta Zara berjalan lancar dan kami berehat dalam ETS sepanjang 2 1/2 jam perjalanan yang selesa. Tiba di lpoh pun tepat waktu di tunggu adik suami saya seorang pakar bius freelance..alhamdulillah.

Kami menginap di sebuah hotel yang baik dan tempat makan pun mudah disekitarnya walaupun malam pertama seperti biasa adik suami akan meraikan abangnya sebaik mungkin..Alhamdulillah.

Dengan nawaitu bercuti saya hanya melapangkan masa untuk majlis dan bersilaturrahim.
samb..
23 November 2019
Alhamdulillah dapat menyambung blog..seminggu yang padat dengan aktiviti terutama medical check up diri saya dan suami. Saya terpaksa akur nasihat doktor untuk mengulang ubat diebatic setelah didapati bacaan gula terlalu tinggi.

Terganggu juga blog ini..di sambung hari ini 24 November..almaklum 23 November hari kelahiran saya 71 tahun yang lalu..anak2 cucu datang bercuti dan berjamuan seadanya..Alhamdulillah

Tajuk Age is catching up ada kaitan dengan percutian saya di lpoh..kononnya selepas majlis perkahwinan anak saudara, kami adik beradik suami saya merancang untuk ke tempat mi udang dan ke pasar pagi di Cangkat Jering..Namun semua perancangan meleset dek insiden suami saya pengsan dalam majlis makan bersama pengantin.

Tiada tanda2 suami saya keletihan sebelum kejadian kerana kami bersarapan dengan jamuan yang enak..cuma saya tegur kenapa suami saya menelan ubat prostate nya dengan air nescafe...dia menjawab biasalah. Adik lpar saya menjeling nama ubat yang suami saya makan..no comment. Rupanya analisa darah menunjukkan ada kemungkinan ubat prostate menurunkan tekanan darah..suami saya di nasihatkan berhenti mengambil ubat tersebut.

Janji ahli keluarga mengiringi pengantin lelaki jam 11.30 pagi..kami siap berada di lokasi tepat waktu..namun penantian itu satu 'penyiksaan'..lebih satu jam dalam cuaca panas mungkin ada kesan pada wargamas terutama suami saya, antaranya dia tidak gemar minum air kerana sukar ke bilik air bila bermusafir katanya.

Selesai berarak bersama pengantin dalam perjalanan tak sampai 100 meter..tangguh dengan persembahan bersilat..kami di panggil acara merenjis pengantin...saya lihat suami saya lupa bait2 doa untuk pengantin...tidak terdetik kenapa..tapi lupa memang perkara biasa bila Age is catching up.

Kami kemudian diminta menyertai meja makan bersama pengantin..saya tidak peka suami saya mengeluh sakit lutut....rupa2nya itu tanda dia kekurangan tenaga..fatigue..Sebaik saya menyentuh menu laksa utara..salah seorang adik ipar saya yang hadir dalam majlis datang bergegas..k Ani..abang Safar pengsan..terus saya meluru kesebelah lelaki duduk makan..tinggal semua termasuk handphone..

Suami saya pernah dua kali pitam dalam keadaan panas..termasuk sedang makan..saya teringat anak saya menampar2 pipi abahnya supaya darah naik ke muka.,namun tengahari itu 4 orang doktor merawat suami saya..termasuk adiknya..air di percik ke muka..saya lihat peluh meyimbah dimuka suami saya dan saya usap penuh hiba...saya insaf kematian boleh berlaku bila2..tanda juga ketara bila seseorang berpeluh gajah...adik suami saya menyemak nadi..lemah katanya...salah seorang anak saudara suami saya seorang doktor menalipon ambulance..saya dah tak kisah tentang majlis..

Suami saya di usung ke bilik rehat..baju di buka dan kaki di tinggikan..peluh tidak mercik lagi...nadi mulai kuat..bila di panggil suami saya bersuara lemah...sebaik ambulan tiba gula dan tekanan darah di periksa..tekanan darah rendah...drip di masukkan..terus suami saya di bawa kedalam ambulan...barang2 penting sahaja di bawa..yang lain anak saudara tolong bawakan dalam hilux yang dia sendiri pandu hantar ke rumah adik suami saya..baru saya insaf..di saat2 getir begitu tidak ada apa yang penting.,cuma doa Allah bantu dan permudahkan.

Salah seorang anak saudara suami saya seorang doktor houseman di hospital Kota Kinabalu menyertai dalam ambulan ke hospital lpoh...perhatinnya beliau terus ke ruang kecemasan dan mengambil sendiri darah untuk di analisa apa penyebab tekanan darah rendah...cekapnya dia bertindak hingga saya tercari2 kemana di bawanya pak cik Safaruddinnya...keadaan di hospital lpoh sesak sekali..hospital lama..pesakit ramai..paling ramai wargamas...insaf lagi...kalau tiada waris siapalah nak menjaga wargamas...saya lihat pasangan suami isteri di bilik kecemasan..kedua2 mengalami sesak nafas. Saya berkesempatan berbaik dengan seorang doktor wanita muda..asal puchung..sibuk sungguh dia..namun sempat memaklumkan dalam darah suami saya ada jangkitan...nanti di Shah Alam pesannya terus check dengan doktor untuk dapatkan antibiotik ..mujur saya bersahabat dengannya kerana maklumat ujian darah perlu di buktikan dan dia telah wassap rekod darah tersebut.

Tepat jam 5.30 petang dan habis drip sebotol suami saya di discharge daripada hospital lpoh dan menginap di rumah adiknya..bilik hotel burnt begitu sahaja..begitu juga tiket ets kerana kami pulang ke Shah Alam di hantar oleh adik suami saya.

Age is catching up menginsafkan kami bahawa kami bukan se sihat masa muda..di umur bonus ini terpaksalah menghadkan pergerakan walaupun aktiviti yang tidak memenatkan...baru saya insaf bila wargamas di beri keistimewaan kerana mereka perlu di bantu..sekuat mana pun hajat kita jika kudrat terhad kecundang juga akhirnya...

Yang paling penting tidak menyusahkan orang lain...anak2 sekalipun kerana mereka punya tugas sendiri. Saya memang berdoa agar tidak menjadi beban kepada orang lain dan berdoa Allah berikan saya kudrat sesuai dengan hajat saya memperjuangkan kebenaran agama lslam selagi saya mampu. Sedikit masalah di sini ialah bila suami saya terheret sama..memandu,membantu urusan dan sebagainya...tak tau di mana saya perlu berhenti mengheret kerana itu saja peluang ke JANNAH  bersama...

When age is catching up...berpada2 dalam merancang urusan dunia...itulah pelajaran penting yang saya kutip dalam insiden baru2 ini...teringat di umur muda pelbagai aktiviti sambung menyambung seolah dunia kita punya...sekarang kena insaf dunia akan kita tinggalkan..banyak2lah membuat persiapan akhirat..bila berhadapan dengan kebuntuan ingatlah ...Allah ingin melonggokkan pahala sebesar gunung pada kita..bukan mengeluh WHY ME...kenapa aku yang Kau uji ya Allah...ustaz Adi Hidayat nanti tolong jawab.. ...WHY NOT?? WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment