NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, December 30, 2019

TAHUN 2020 YANG KEJAUHAN

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة اللّٰه وبركاته
Selasa 31 December 2019/٤ جمادى الاولى
١٤٤١

الحمدالله...segala pujian hanya untuk Allah Maha Pencipta..Maha Pengasih ..Maha Penyayang yang menganugerahkan sebanyak2 nikmat buat diriku..Alhamdulillah ala kulli hal semuanya baik belaka kerana perancangan Allah adalah yang terbaik.

Saya mengimbau tahun 1980an sewaktu berkhidmat di negeri Sarawak..Tun Mahathir perdana menteri ketika itu memperkenalkan wawasan 2020...ia suatu masa yang KEJAUHAN..tidak mampu saya meramalkan yang saya akan insyaAllah menyambut kelahiran tahun 2020 beberapa jam lagi..

Pada umur awal 30an saya hanya berpandangan umur biasa seorang manusia mungkin mencapai 50an..dalam hadis 60an...Tidak terbayang saya akan hidup mencapai umur 71 tahun ini (2019) dan 72 tahun 2020.

Pada tahun 2008 di usia 60 tahun saya  menjadi Ahli Majlis MBSA yang agak berumur mewakili ngo namun di era kerajaan baru Pakatan Rakyat di Selangor ketika itu saya berpeluang berkenalan dengan tokoh2 orang politik pelbagai parti yang hari ini bergejolak dengan pegangan yang haru biru...cukuplah pendedahan selama 4 tahun..kemudian saya menceburi alam pendidikan sebentar di Garut lndonesia (sejak 2009) dan mulai 2012 menjenamakan tadika taska serta koperasi SUBUR FITRAH Tangkak hingga kini..11 tahun yang Alhamdulillah terisi padat dan dapat menimba banyak pengalaman indah...sekurangnya meninggalkan legasi yang berjenama SUBUR FITRAH..Alhamdulillah

Amat KEJAUHAN dirasakan tahun 2020 ketika ia di perkenalkan adalah kerana ketika itu Malaysia berada di ambang pembangunan pesat yang mengkagumkan dunia. Terlalu banyak pembangunan dan perkembangan termasuk diri saya yang baru sedar perjuangan menegakkan lslam dalam diri dan di bumi Allah. Wawasan 2020 di KEJAUHAN kerana di sekitar saya di negeri Sarawak ketika itu terlalu jauh jurang pembangunan..alahai..sekarang pun jurang itu masih ketara...

Bersambung...
بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
Saya menyambung di blog yang sama...

Tahun 2020 yang KEJAUHAN kini berada di hadapan mata...syukur ya Allah peluang menghirup udara anugerahMu..menikmati taqdirMu yang amat indah sepanjang hidupku..Seingat saya blog pertama di tulis dalam tahun 2009 di umur saya 61 tahun...tarikh kematian cucu perempuan saya MUT SHAHIDAH...terkini ibunya yang telah menyertainya 2 Mac 2019..sepuluh tahun kemudian ...saya doakan semoga keduanya selamat di alam sana..

KEJAUHAN jangka tahun tidak sama dengan dimensi alam barzah...itu yang saya di syarahkan..semoga kedatangan tahun baru 2020 lebih barokah buat semua..bertambah amal bekalan dan Allah beri kesihatan yang jitu hingga ke saat sakratulmaut...dan bertemu Allah dalam keadaan di redhaiNya..Ya Allah ilhamkan aku dan semua yang bersamaku dapat nikmat ini ya Allah..Aamiin...

No comments:

Post a Comment