NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, August 11, 2019

ROAD RAGE...BRUTAL DI JALANRAYA

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
lsnin 12 Ogos 2019/ 11 Zulhijjah 1440H

Alhamdulillah..hari ini 11 Zulhijjah sudah masuk hari tasyrik yang 3 hari di haramkan berpuasa. Mungkin ramai warga Shah Alam yang bercuti kerana bila saya dan suami keluar, jalanraya sepi sahaja..kedai2 bertutup lagi.

Satu musibah berlaku kepada anak jiran kami pada petang hari Arafah, beliau meninggal akibat pergaduhan di lebuhraya menghala ke Bangi. Menurut laporan awal ia akibat ROAD RAGE..SIKAP BRUTAL DI JALANRAYA.

Sikap panas baran, kurang sabar,ego dan pantang di cabar serta pelbagai tekanan boleh mencetusksn road rage, terutama yang berdarah muda. Seringkali saya terserempak dengan insiden kereta berkejaran di lebuhraya semata-mata untuk menunjuk siapa lebih kuat, berani dan maco. Bimbang juga silap2 kita orang awam yang menjadi mangsa.

Anak jiran masih muda 29 tahun meninggalkan balu 28 tahun dan anak kecil berumur 4 bulan. Ajalnya tercatit pada hari Arafah dan di kebumi di Bangi pada pagi AidilAdha. Di beritakan kes ini dianggap sebagai kes bunuh kerana lawan anak jiran saya ini sepasang suami isteri berbangsa cina dikatakan melanggar mangsa di tempat kejadian.  Terlalu banyak berita yang di viralkan termasuk tuduhan racist,saya hanya mengambil maklumat pihak polis.

Di akhir zaman menurut Nubuwwah (berita dari Nabi-Hadis) manusia akan dilanda sikap suka marah2 dan Road Rage merupakan salah satu fenomena manusia kurang mengawal sifat marah. Realiti masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang boleh hidup harmoni merupakan satu kelebihan, sayang ia di cemar kini dengan pelbagai insiden antaranya road rage, semoga menjadi iktibar kepada semua pengguna jalanraya agar lebih tertib dan sabar serta belajar medahulukan orang lain.

Manusia menjadi serabut hari ini pada pandangan saya adalah disebabkan cacamarba yang berlaku di semua sektor. Kita seolah hilang punca untuk menyelesaikan pelbagai masalah kerana kurang kembali kepada sumber yang sebenarnya iaitu memfokudkan kepada tujuan hidup insan. Contohnya kalau kita insaf bahawa Allah berfirman..Semulia2 kamu adalah yang bertaqwa, pasti kita akan menjaga taqwa, antaranya mengawal sifat amarah. Tetapi kalau tujuan hidup hanya menjaga kepentingan diri, kurang beralah dan ingin selalu menang walau orang lain biar kalah dan susah..berlakulah seperti insiden dan trajedi Road Rage di Bangi dua hari yang lepas. Semua terseret dengan kesedihan kerana lelaki cina dan isteri kini di reman hingga 17hb Ogos..semua urusan terbengkalai sekelip mata dan yang maut pun meninggal dalam sekelip mata...lnnalillah hi wainna ilaihi rajiun..semoga Allah merahmati ruh anak jiran saya.









No comments:

Post a Comment