NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, August 10, 2019

TAKBIR YANG SYAHDU

BismillaahirRahmaanirRahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh
Ahad 11 Ogos/ 10 Zulhijjah 1440H

Alhamdulillah...dapat ilmu baru dan satu hidayah juga iaitu amalan yang ramai tidak tahu berlaku di musim Haji. Sebenarnya mengikut sunnah amalan haji bermulanya takbir adalah sejak selepas Subuh 9 Zulhijjah, pagi hari Arafah. la disebut takbir Muqqayad, di kumandangkan selama 5 hari hingga habis hari Tasyrik 13 Zulhijjah.

Begitu cantik susunan lslam sepanjang musim haji seperti jumaah haji sentiasa bertalbiah menyahut panggilan Allah dan diakhiri takbir berpanjangan selama 5 hari sebagai lattihan berjiwa HAMBA.

Alhamdulillah sebagai umat lslam kita wajar sujud syukur dianugerah amalan syahdu iaitu bertakbir dipagi Aidilfitri dan Aidiladha. Jika di hayati sungguh2 mesej bertakbir boleh menggamit jiwa sayu, rindu, syahdu dan bangga di anugerah deen yang sempurna, Allah yang Pengasih dan Penyayang..janjiNya tak pernah meleset. Yang anihnya kita hamba yang sering ingkar...AstagfiruAllah..

Terkadang manusia kering hati tidak tersentuh dengan pelbagai ayat2 Allah yang ingin mengembalikan kita kepada fitrah suci mencintai Allah dan Rasulullah sebagai yang paling utama. Kita boleh sedih dan menangis kehilangan dunia namun jarang kita termenung sejenak memikirkan nikmat lslam yang hilang daripada mukabumi antaranya tanah umat lslam di jajah, di rampas dan di jual sesuka hati aqidah di cemari dan cara hidup berubah total.

Mengimbau diri saya sendiri seingat saya saat paling sayu yang mengalirkan air mata syahdu tanpa di paksa2 ialah sewaktu pertama kali menatap Kaabah dan meninggalkannya selepas tawaf wida. Air mata bercucuran tanpa henti...SubhanaAllah..satu anugerah yang jarang2 dapat di ulangi sekalipun saya berulang ke Mekah selepas itu berumrah.

Takbir yang syahdu juga pernah saya rasa kehangatannya bila di kumandangkan di negara bukan lslam..sewaktu suami saya menyempurnakan ijazah Masters di Wales..mungkin rindukan keluarga..namun nikmat itu kini jarang di kecap sekalipun umat lslam di galak 'memaksa' menangis sewaktu membaca ayat suci alquran. Adakah satu nikmat ini telah di tarik..nauzubillah.

Pagi ini sebentar lagi Takbir akan berkumandang sewaktu akan menunaikan solat AidilAdha...adakah fitrah saya akan menggamit kesayuan..mungkin juga kerana sayu memikirkan bantuan adik2 sewaktu saya bermusibah, meminjamkan kereta dan petang semalam ada yang berinfaq nasi lemak kukus yang enak hingga dapat di nikmati jemaah surau untuk berbuka puasa..subhanaAllah. Sayu dengan anugerah Allah yang saya masih dalam orbit kenangan mereka..alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment