NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, August 12, 2019

ADI...AMIN

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selasa 13 Ogos 2019 / 12 Zulhijjah 1440 H

Alhamdulillah, suami saya berpeluang ziarah keluarga arwah Syed Danial Syed Syakir yang terkorban di lebuhraya. Rupa2nya ibu arwah bertugas di MAB (Malaysia Airport Bhd) berpejabat di KLIA..jarang2 ada di Shah Alam..dan suaminya Syed Syakir telah kembali ke rahmatullah tahun 2015. Innalillah...suami saya pun tidak tahu maklumat itu, mungkin ketika kami kerap ke Tangkak.

Dalam umur anak belum mencapai 30 tahun ibu mana yang tidak sedih di tinggalkan. Kami muslimat surau taqwa telah berziarah menyampaikan takziah hari ini, semoga sedikit membantu kesedihan..aamiin. Seorang ahli kariah kami yang kehilangan anak lelaki 2 tahun lalu turut berkongsi kesedihan dg membayangkan anaknya sedang belajar di luar negara, satu hari pasti berjumpa kembali...SubhanaAllah itu jugalah hakikatnya.

Tajuk blog kali ini bukan tentang Idi Amin Presiden Uganda, seorang diktator. Ia adalah nama anak2 saudara saya, tepatnya anak2 sepupu saya Prof Abu Osman..iaitu Adi Arman dan Amin Anwar.

Hari tasyrik 11 Zulhijjah Adi mencatat sejarah menginfaqkan daging korban kepada 21 ibu2 tunggal di kg sg kandis...itulah punca beliau mencari saya inginkan maklumat persatuan ibu tunggal. Malangnya saya sudah lama meninggalkan bidang menyantuni kumpulan ini..hanya berinteraksi dengan beberapa ibu yang kerap bertanya kabar, salah seorangnya puan asiah suib di kg sg kandis.

Adi miliki kambing yang di ternak di kandang yang rapi urusannya... Alhamdulillah komitmennya terhadap golongan miskin dan faqir menyampaikanya ke hujung kg sg kandis bersendirian membawa tong berisi daging kambing dan ice..kemudian terus pergi untuk mengagihkan ke tempat lain..SubhanaAllah banyaknya amal soleh anak muda ini.

Dulu Adi seorang best student tahun 90an..belajar di UK..musim dakwah kuat di Uk beliau tangguh belajar, dapat biasiswa ke universiti Madinah 2 tahun...MasyaAllah ..dengan kalibernya demikian beliau sentiasa mencari ketenangan melalui amal soleh...semoga Allah terus memberkati. Biasanya anak cerdik suka berkerja bersendirian..itulah Adi..yet achievable..Alhamdulillah

Amin Anuar...sekarang arwah..meninggal dunia umur 24 tahun,belum berkahwin. Pernah tinggal bersama saya hampir 2 tahun sewaktu belajar di uitm shah alam bidang aktuari. Sebaik lulus dengan cemerlang beliau di sahkan kanser prostat...tahap 4..tidak sampai 2 minggu Allah memanggilnya kembali...itu berlaku tahun 2005.

Adi dan Amin dua peribadi berbeza, seorang  suka bekerja bersendirian Amin pula suka berkawan ramai...Kehilangan beliau perit di rasai ibunya, perit juga bagi saya yang sering berkongsi cerita tiap hari..Dia akan ikut suami saya ke surau solat subuh dan sebaik sampai di rumah kami sama-sama membaca wirid Mathurat. Sewaktu menemani jenazahnya ke kuburan saya menangis hiba sambil berpesan ..umi bekalkan amalan wirid mathurat pd amin ya...

Alhamdulillah kehadiran Adi di musim korban menggamit memory Amin. Saya juga dapat maklum anak jiran saya yang meninggal akibat pergaduhan jalanraya seorang hafiz sebelum PMR kemudian menjurus dalam bidang akauntan di luar negara.subhanallah..bagus bekalan bertemu Allah.

Berkongsi kesedihan juga satu terapi yang memperkukuh akidah bahawa Allah berkuasa..manusia kena belajar redho. Setiap yang berlaku adalah menurut perancangan Allah yang Maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Saya besyukur dapat megenali Adi dan Amin dengan izin ibu bapanya yang sentiasa menyokong apa yang saya sarankan antaranya Koperasi Subur Fitrah..semoga silaturrahim kami berpanjangan hingga akhirat.  Jarang kita berjumpa anak sepupu dianggap anak saudara sendiri, namun anugerah Allah saya berpeluang menikmatinya melalui Adi dan Amin. Semoga Allah redho perhubungan kami.Aamiin..

Di kg  sg kandis saya sempat berkunjung ke rumah lbu Hafsah dan Pak Sofian dua tokoh pertubuhan Jamiaah sejak beberapa lama..umur 85 tahun masih sihat segar bugar...tidak kelihatan berumur
..rahsianya mudah sahaja..solat berjemaah dan hadzam Al quran...rumah mereka pun terletak tepat berhadapan pintu masjid. Satu kalimat yang saya simpan di hati bila meninggalkan rumah mereka..., mudah2an kita bertemu begini di syurga...Aamiin..

Dengan pengakhiran hayat dan zaman hanya harapan bertemu semula ditempat yang selamat menjadi idaman..ya Allah selamatkan kami di dunia dan akhirat..Aamiin.


No comments:

Post a Comment