NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, March 6, 2019

KALIMAH AKHIR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

2.00 PTG 6 MAC 2019 / 29 JAMADIL AKHIR 1440H

Alhamdullah sejak beberapa lama saya tidak menulis..terasa kaku nak berfikir sehinggalah di cetuskan qadaraAllah menantu saya satu-satunya di panggil pulang oleh Allah pada jam 11.30 pagi waktu dhuha Sabtu 2 Mac 2019/ 25 Jamadil Akhir 1440H.

Sedih pilu memamah jiwa, namun kehendak Allah yang menentukan ajal maut wajib di redhai.  Bulan Rejab 1430H bersamaan Julai 2009, 10 tahun yang lalu, menantu saya kehilangan bayi perempuan yang mongel saat melahirkan (rujuk posting Ahli Syurga di rumahku)..kini ibunya menyusul asbab kanser payudara yang sudah merebak ke hati (liver) dan menggagalkan fungsi buah pinggang.

Merenung ujian yang di lalui menantu saya ia merupakan anugerah mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah tahu kemampuannya dan setiap yang sulit ada pengakhiran yang baik. Sepanjang kami bersamanya samada menziarahi di hospital dan di rumah ibunya di Bukit Pasir, Zura, nama menantu saya sentiasa sabar dan redho...senyum terukir di bibir menyambut setiap kali kedatangan kami. Saya usaha juga mendapatkan rawatan tradisional, ubat transfer factor dan penawar sembur bawah lidah HPA..sebagai asbab usaha. 

'Naive'nya saya (kurang ilmu perubatan) tidak mampu membaca medical report Zura yang menggambarkan kritikalnya keadaan kesihatan beliau. Saya di maklumkan Zura mengidap kanser payu dara namun payu daranya tidak menunjukkan sebarang tanda. Yang di alaminya ialah sakit tulang pinggang dan tulang belakang. Bed sorenya kembali pulih dan kami penuh keyakinan beliau akan sembuh sekalipun mengambil masa.

Rawatan kimoterapi di cadang di jalankan segera namun tertangguh keerana rawatan perlu di buat di Hospital Pakar Johor Bahru. Pada 24 Februari beliau di discharge daripada hospital Batu Pahat dengan rawatan ubat tahan sakit yang agak kuat menyebabkan Zura muntah dan kurang selera makan dan sukar tidur. Sepanjang minggu inilah khidmat terakhir suami dan ahli keluarganya, namun semua mereka redho dan sanggup berkorban merawat Zura dalam kesakitan.

Tajuk blog ini ada kaitan dengan kali terakhir saya melawat Zura. Petang Jumaat selesai program latihan staf Tadika dan Taska Smartop saya bertolak ke BP.  Agak lewat sampai dan tidak kesempatan singgah di Bukit Pasir.  Ibu Zura melaporkan sepanjang petang dan malam Zura bertanya Umi Abah dan sampai ke belum.

Allah yang mengatur acara kami kerana setelah berehat di rumah anak saudara saya malam itu awal pagi saya terus ke rumah Zura.  Anak perempuan saya ke Benut acara majlis perkahwinan kawannya dan bercadang menziarahi Zura selepas acara tersebut.

Saya lihat Zura dalam kesakitan yang amat sangat...kedua tangannya mencengkan tilam kuat sekali...anaknya Yana yang banyak mewarisi kesabaran Zura sedang memicit jari kaki katanya sakit macam di sentuh aliran letrik. Yana sedang menangis sedihkan keadaan ibunya yang merengek kesakitan.

Sebaik saya masuk ke ruang katilnya Zura dikatakan buang air kali keempat pagi itu..suaminya ingin membersihkan. Saya mempelawa untuk menolong tapi Zura menghalang. Lantas saya dan suami keluar ruang kerana katilnya tidak ada kain pendinding macam di hospital. Setelah menikmati sarapan dengan bapa Zura di ruang luar saya masuk kembali, ternyata Zura sedang tidur.  Ibu Zura melaporkan Zura tidak tidur malam itu sepincing pun dan mereka bergilir merawatnya.

Saya mengusap kepala Zura yang panas sebab demam, pernafasanya saya dengar sedikit geruh..jarang saya dengan pernafasan begini..tiba-tiba Zura terjaga. Saya dengan penuh simpati mengusap badannya dan berkata ..sakit ni penebus dosa ya Zura..kena tahan, sabar dan syukur..sebut ALHAMDULILLAH  ..kalau tak daya ucap di bibir sebut dalam hati..Zura respond ALHAMDULILLAH..

Kalimah tauhid yang hanya layak untuk Allah menjadi KALIMAH AKHIR Zura di dunia ini..Apa pun yang Allah taqdirkan kita kena ucap Alhamdulillah kerana Allah sentiasa ingin yang terbaik untuk hambaNya. Pilihan Allah adalah yang terbaik.

Saya duduk di sisinya sebentar membaca selawat syifa...terdetik di hati akan membacakan selawat ini dalam sebotol air kerana beliau rasa panas dan perlu recikan air..Saya ke sisinya semula dan berkata nanti petang umi bawa air penawar selawat syifa ya..Zura angguk. Saya minta diri pulang dahulu hajatnya ingin mencari ikan segar di kawasan pantai Kg Haji Salam Peserai. Zura nampak suami saya lalu di hadapan pintu, dia melambai..abah minta maaf ya..saya mencium dahinya dan Zura mengambi tangan saya menciumnya. Dan kami beredar penuh doa agar Zura reda dari kesakitan yang di alaminya. Kiraan saya jam waktu itu pukul 10.30 pagi.

Tidak sampai satu jam kami meninggalkan Zura saya lihat ada miss call anak saya, suami Zura.  Saya call semula..terdengar tangisan Shukri di hujung talipon..Zura dah meninggal....saya terkejut seolah marah..apa ni along..suami saya meredakan sebut innalillahi..rajiun...Saya dan suami meluru balik ke rumah Zura..dalam 20 minit sampai.

Terpandang anak kecil Zura Imtiaz..saya dakap dia seperti anak kecil kerana seingat saya waktu kecil saya sering dakapnya bila ibu bapanya balik berniaga sewaktu mereka berniaga di Anjung 7 Shah Alam..Saya lihat jenazah Zura tenng mengukir senyum macam sewaktu hidupnya dan saya bersyukur kerana ia merupakan tanda Zura redho dengan penyakit yang membawa maut...Beliau sedang berada di alam lain..alam barzah permulaan kepada perjalanan yang masih jauh untuk layak masuk ke syurga Allah. Saya penuh pasrah Allah yang Maha Pengasih akan mempertemukan Zura dengan anaknya yang telah mendahuluinya 10 tahun lalu..Mut Shahidah... 

Rupanya kalimah akhir Zura menurut ibunya adalah apa yang saya dengar keluar daripada mulutnya iaitu ALHAMDULILLAH dan MINTA MAAF ABAH...sedangkan Zura tidak ada salah apa pun dengan suami saya..dia seorang menantu yang paling ideal ..Syurga material lah. Ibu Zura menceritakan selepas saya meninggalkannya dia tidak bercakap sepatah pun, cuma dadanya mula berombak matanya memandang ke atas dan beliau di talkin syahadah oleh suaminya, ayahnya dan anaknya Yana..dan Zura mengikut syahadah melalui ombak kerongkong. SubhanaAllah..semoga Zura bertemu Allah dalam keadaan selamat..doa juga untuk diri sendiri yang sedang berada di arena Sakarat kata ustaz tajwid saya...umur 60 tahun dah bermula umur sakarat kata beliau.

Menurut Sheikh Abdel Muhaimin Sayyid Ali Abdel Mayed Abus Sami' ustaz tajwid saya di Masjid Negeri Shah Alam, ALAM BARZAH di wujudkan untuk menghapus dosa melalui siksa qubur dan peluang anak-anak soleh menolong dengan menambahkan pahala. Nasihatnya anak-anak kena bijak menambah pahala ibu bapa dengan menginfaq kepada anak-anak tahfiz, anak-anak yatim dan membantu faqir miskin di mana pahalanya berterusan selagi anak-anak tersebut hidup..apatah lagi anak-anak sendiri yang soleh..MasyaAllah.

Semoga setiap kita yang beriman mengharapkan KALIMAH AKHIR yang baik seperti firman Allah dalam AlQuran Surah Ibrahim ayat 27..'Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat..iaitu kalimah tayyibah (termasuk kalimah tayyibah-yang baik ialah kalimah tauhid, iaitu segala ucapan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta perbuatan baik. Kalimah tauhid seperti kalimah la illaha illaAllah). WaAllahualam.

Mungkin saya menulis blog setakat ini kerana ia bermula 10 tahun lalu sempena kematian Mut Shahidah, dan berakhir dengan kematian ibunya Intan Baizura Arif. Saya akan usahakan mengedit blog saya menjadi sebuah episod kehidupan...doakan..aamiin. Semoga Allah meredhai...

6 comments:

  1. امين يا رب العالمين...Amat tersentuh dgn blog ini...Sedih hiba berbaur keinsafan...Terima kasih atas perkongsian...Moga hasrat menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KABAR BAIK!!!

      Nama saya Lady Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu kepada Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah penipu , karena mereka kemudian akan meminta pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, jadi berhati-hatilah terhadap Perusahaan Pinjaman yang curang itu.

      Perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, tidak akan menuntut pembayaran konstan dan mereka tidak akan menunda pemrosesan transfer pinjaman, jadi harap bijak.

      Beberapa bulan yang lalu saya tegang secara finansial dan putus asa, saya telah ditipu oleh beberapa pemberi pinjaman online, saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ms. Cynthia, yang meminjamkan saya pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa konstan pembayaran atau tekanan dan tingkat bunga hanya 2%.

      Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya terapkan dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

      Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik jika dia membantu saya dengan pinjaman, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres atau penipuan

      Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman apa pun, silakan hubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan atas karunia Allah, ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda mematuhi perintahnya.

      Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan memberi tahu saya tentang Ibu Cynthia, ini emailnya: arissetymin@gmail.com

      Yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran cicilan pinjaman saya yang akan saya kirim langsung ke rekening perusahaan setiap bulan.

      Sepatah kata cukup untuk orang bijak.

      Delete
  2. Innalillahiwainnailahirajiuun... Semoga Allah mengampuni dosa2nya dan menempatkan Ruhnya bersama para Solohiin.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah....sejuk hati mengetahui akan detik2 akhir Zura..semoga Allah Allah redha pada nya dan di ampunkan dosa2nya dan mendapat syurga Allah. Aamiin

    ReplyDelete
  4. ya hjh sobah dan zam..tq doa..semoga kita semua selamat di alam barzah nnti dpt bertemu semula

    ReplyDelete