NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, September 30, 2018

KEREDHAAN ALLAH LEBIH LAZAT DARIPADA NIKMAT SYURGA

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ahad 30 September 2018 / 20 Muharram 1440H

Alhamdulillah saya mengucap syukur masih dapat menulis blog kali ini.  Syukur juga kerana telah selamat kembali daripada bermusafir hujung minggu bersama 41 peserta rombongan ahli Badan Kebajikan Guru-guru AlQuran Tangkak ke Kota Bharu Kelantan dan melalui Kuala Terengganu dalam perjalanan pulang.

Tahun 2017 saya dan tiga orang ahli Koperasi Subur Fitrah (KoFitrah) telah menyertai rombongan anjuran Suruhanjaya Kemajuan Koperasi (SKM) ke Kelantan dan Terengganu. Seingat saya memang terasa penatnya dan berjanji tidak ingin lagi mengulangi trip menaiki bas pelancungan. Namun tarikan dalam trip kali ini adalah akan mendengar ceramah Ustaz Nik Omar anak Tuan Guru Nik Abd Aziz sebagai acara pertama sebaik rombongan sampai ke surau RTC Kota Bharu Kelantan.


Setibanya rombongan yang masih belum bersarapan jam 9.00  pagi Jumaat 28 September 2018 itu, jiwa kami terasa 'kenyang' dengan hidangan ceramah bertajuk KEREDHAAN ALLAH LEBIH LAZAT DARIPADA NIKMAT SYURGA, satu tajuk yang menggamit saya fokus mendengar setiap lontaran kata-kata Ustaz Nik Omar yang terkenal dengan kelembutan patah ayatnya. Saya menghantar pesanan ringkas kepada anak saya menyatakan l am very happy today...anugerah Allah tidak kira penat atau lapar tetapi kegembiraan pagi itu memang terasa sekali di hati kecil saya..alhamdulillah.

Keredhaan Allah bermula daripada berkesannya kehidupan kita yang memberi manfaat kepada manusia lain malah seluruh makhluk alam..sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain...maksud hadis. Manfaat yang di asaskan sifat ikhlas untuk mencari redho Allah semata merupakan rahsia kelazatan beramal soleh. Nikmat ini hanya di rasai selepas amal di jalankan dan lazatnya tidak terurai dek kata-kata.  Bayangkan kita mendapat pujian yang tinggi daripada seseorang yang kita sanjung...rasa nak pecah dada,,,apatah lagi lazatnya jika Allah meredhai apa yang kita lakukan pasrah untuk mendapat restuNya...SubhanaAllah kepuasan tahap tinggi.

Untuk merasai lazatnya keredhaan Allah hendaklah memiliki sifat Hubb..kasih sayang yang Allah juga yang anugerahkan kepada hati-hati insan yang ikhlas.  Hari ini manusia sejagat mengalami krisis kasih sayang...tidak ada simpulan yang kukuh mengikat hubungan manusia, ia mudah terlerai dengan sedikit ujian dan kurang kasihan belas. Manusia bermudah-mudah melakukan dosa serta kurang sifat taqwa.

Ceramah yang rigkas padat daripada Ustaz Nik Omar sudah memadai buat kami yang dahagakan ilmu bermanfaat kerana tidak kebetulan mesej kasih sayang yang di ucapkan terkena kepada isu yang saya dengar di bualkan peserta rombongan yang ada masalah hubungan suami isteri, seolah-olah suaminya kini berlaku kasar dengannya almaklum isteri sudah berumur. Ustaz Nik Omar menyentuh keakraban hubungan suami isteri yang seharusnya orang pertama merasai kelazatan redho Allah jika masing-masing ikhlas menjalin hubungan mawaddah wa rahmah dari awal perkahwinan hinggalah ke akhirnya,,,SubhanaAllah.  

Dalam bidang kemasyarakatan pula ustaz menyentuh betapa teknologi terkini memudahkan putar belit maklumat yang menjadi fitnah akhirnya. Ini merupakan benteng yang menghalang berlakunya keredhaan Allah malah mengundang murkaNya. Begitu banyak maklumat bertaraf 'sampah' di lontarkan dalam media sosial berikutan kebebasan bersuara.  Tidak ramai yang bimbangkan bahawa kaki dan tangan akan bersuara di alam akhirat nanti sebagai saksi yang menyebabkan manusia tidak menikmati kelazatan redho Allah..nauzubillah.

Terkini berita berlaku lagi gempa bumi di kepuluan Sulawesi lndonesia sebagai peringatan kepada manusia akan berakhirnya usia dunia mengikut peringatan Rasulullah saw dalam hadis soheh mengenai petanda akhir zaman. Ramalan perang dunia ketiga juga beredar pantas. Kegawatan ekonomi kian mendesak  tidak terkecuali negara Malaysia yang menanggung hutang untuk di lunaskan. Senario kurang menarik yang berlaku adakah mungkin manusia sudah terlalu jauh daripada keredhaan Allah hingga tidak terasa lazatnya beramal soleh dan banyaknya nikmat yang di tarik semula apabila manusia kurang bersyukur, kurang bersabar menunaikan tanggungjawab dan tidak meredhai perancangan Allah yang semuanya untuk kebaikan manusia.

Umpama perjalanan indah seorang musafir menuju destinasi yang ingin di tujunya, keredhaan Allah merupakan perjalanan yang melazatkan dalam pencarian matlamat nikmat syurga, semoga kita dapat menikmati kedua-duanya dengan selamat..aamiin

No comments:

Post a Comment