NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, August 11, 2018

JIHAD

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sabtu 11 OGOS 2017 / 29 Zulkaedah 1439H

Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya masih di beri kehidupan dan amat meyakini bahawa setiap detik pernafasan yang Allah beri wajib di manfaatkan ke arah sesuatu yang di redhaiNya. Untuk mengesan keredhan inilah perlu di iringi ilmu dan perlu berJIHAD.

Dalam Surah Al Ankabut 69 terakam janji Allah bahawa 'Dan orang-orang yang ber JIHAD untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat baik.'

Masyarakat sering mengaitkan JIHAD dengan kekerasan, menghunus senjata yang menakutkan sedangkan kalimah JIHAD asalnya bersungguh-sungguh menggunakan nikmat yang Allah anugerahkan ke jalan yang membahagiakan orang lain demi mentaati perintah Allah dan Rasul sebagai matlamat kehidupan yang bermakna dunia dan akhirat.

Senario perubahan yang 'konon'nya bermula sebaik pemerintahan baru Pakatan Harapan mengambilalih kuasa mengurus negara Malaysia menyaksikan barisan pemimpin berJIHAD bersungguh-sungguh membuat perbezaan namun kerangka perjuangan menjadi serabut kesan sukarnya fasa peralihan budaya yang tidak berteraskan nilai ilahiyah AlQuran dan Sunnah.

Keunikan negara Malaysia yang berbilang kaum mengundang cabaran, antaranya isu LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam), UEC (Unified Examination Certificate), LGBT (Lesnian, Gay, Bisexual and Transsexual) dan banyak lagi fitnah yang tersebar di media massa menggangu emosi ramai umat dan ini amat merunsingkan.  Apa yang harus di lakukan secara individu dan jemaah harus di tangani secara FITRAH...maksudnya kenal diri, kenal Pencipta dan kenal kemana kita akan berakhir...

Di tengah-tengah serabutnya Malaysia menangani pelbagi kemelut, di negara jiran lndonesia, khususnya kepulauan Lombok yang pernah saya ziarahi serta mengenali sosok pejuang pesentren di sana, Allah izinkan ia di landa musibah gempa bumi, terkini sebanyak dua kali, Malah seorang pelancung wanita anak muda dari Malaysia meninggal dunia kesan gempa dan jenazahnya selamat di bawa pulang dengan penuh kepiluan.  Kenalan di Lombok menghantar audio rayuan mangsa gempa yang memerlukan bekalan air minuman...lantas kami berkongsi dana untuk di kirimkan..khabarnya kos keperluan asas mendadak naik hingga 500%..SubhanaAllah...begitu kejamnya peniaga mengambil kesempatan dalam musibah...semoga Allah mengampuni semua yang tidak sanggup berJIHAD dalam kesulitan.

Serentak musibah di Lombok, saya dapat berita seorang kenalan lama sewaktu bertugas di JPA sedang sakit kanser paru-paru lantas saya menziarahinya...SubhanaAllah perubahan mendadak susut badannya kepada 43 kg dalam tempoh 6 bulan...simpati kepada beliau yang redho dengan ujian tidak terbendung.  Anaknya sanggup bercuti tanpa gaji hingga akhir tahun semata-mata menjaga ibunya...MasyaAllah ..inilah JIHAD pada pengamatan saya.

Apa pun seluruh baki umur saya, suami dan teman-teman adalah JIHAD dan jika di taddabur ayat Surah AlAnkabut janji Allah menunjuk jalan kepada mereka yang mukhsinin (ikhlas) wajar di tekuni dengan keyakinan seorang mukmin (percaya tanpa ragu). Saya kongsikan kisah Tadika Smartop di ramalkan kurang sambutan ibu bapa di Tangkak tahun 2019..namun Lembaga Pengelola menegur bahawa tujuan mengadakan Tadika adalah untuk mengasuh anak-anak berakidah dan berakhlak sejak kecil..rezeki adalah hak Allah menentukkan.

Sebaik saya bacakan ayat JIHAD ternyata petugas Smartop memberi respond yang positif. Bila perancangan di atur untuk memperbaharui sijil SSM Tadika di Muar, terkedu saya dan suami mendapat layanan SSM memperbaharui sijil SSM hanya mengunakan kiosk dan selesai dalam tempoh tak sampai 5 minit tanpa beratur di kaunter...MasyaAllah..teknologi memudahkan..tapi yang paling memudahkan ialah Allah yang tahu kami ingin berJIHAD...WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment