NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, July 19, 2018

AKHLAK / CHARACTER

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Khamis 19 Julai 2018

Alhamdulillah saya dapat menulis hari ini semoga nawaitu ingin menjadikan semua aktiviti sebagai amal soleh untuk mendekatkan diri kepada Allah di permudahkan.

Perkembangan yang berlaku di sekitar terlalu cepat sukar untuk di rakam satu persatu namun ketara di pamerkan pelbagai karenah AKHLAK /CHARACTER yang merunsingkan. Terlalu kerap di viralkan insiden anak-anak kecil di tempat asuhan seperti taska di perlakukan dengan kasar tidak terkecuali berlaku kematian yang memilukan. Seorang mayat bayi 10 bulan di katakan di sembunyi 
kan dalam peti sejuk amat menyeramkan.

Sekarang saya menulis di Tangkak kerana akan meneruskan latihan berkala kepada warga Smartop. Tersibar berita anak asuhan di rumah secara individu di Tangkak sedang kritikal di hospital Muar akibat terjatuh buaian. Saya mohon suami saya selaku pengerusi Lembaga Pengelola Smartop bertemu semua warga agar berhati-hati mengasuh anak-anak Smartop sambil berdoa agar Smartop di pelihara dan di lindungi Allah daripada sebarang musibah.

Saya menulis mengenai tajuk CHARACTER kerana ia berkaitan dengan pembangunan syaksiah generasi yang akan meneruskan tamaddun umat yang di Malaysia hari ini sedang berlaku pelbagai perubahan dan tafsiran terhadap setiap insiden yang berlaku terutama di kalangan barisan kepimpinan negara. Sesi Parlimen yang bermula 16 Julai menyaksikan peribadi yang melontarkan pandangan dan kata-kata yang sukar di hadam oleh masyarakat. Semua serba tak kena dan kebenaran di nafikan tanpa silu. lsu-lsu sensitif sudah kurang di jaga kerana suasana sekarang sudah bebas bersuara dan merdeka fikiran. Cuma ramai yang lupa bahawa setiap kali terlontar perkataan daripada mulut seseorang ia menggambarkan cara pendidikan yang mereka lalui dalam kehidupan dan pendidikan bermula daripada usia muda khususnya di peringakat anak-anak mula mengenal dunia di pusat asuhan taska dan tadika.

Barisan pengasuh yang terdidik sedikit sebanyak akan menyumbang kepada perkembangan anak-anak tidak terkecuali ibu bapa yang perlu memainkan peranan menyambung usaha murni yang berlaku di tempat asuhan. Hari ini lebih banyak pendidikan masyarakat berlaku melalui media massa yang di warnai maklumat yang perlu di saring terutama bagi umat lslam yang beriman dan bertaqwa. Satu cara saring adalah merujuk kebenaran alquran dan sunnah.

Dalam sebuah Utube saya terserempak dengan sebuah ceramah seorang ulama muda yang mendalami ilmu hadis yang sedang membangunkan sebuah sekolah tahfiz Darul Sidirr dengan kurikulum menghafal alquran dan hadis. Tidak banyak maklumat yang saya kutip namun teras yang di utarakan ulamak ini adalah KEBERKATAN ilmu yang akan memainkan peranan kepada pembentukan AKHLAK/ CHARACTER seseorang. Isu seseorang di anggap beradab bukan sekadar menyesuaikan diri dengan budaya dan expectation turun temurun contohnya masyarakat Jepun yang terbiasa dengan kebersihan, ia lebih jauh daripada itu kerana memiliki saham kehidupan yang selamat di akhirat.

Yang sering di kaitkan adalah bagaimana majlis ilmu di zaman keberkatan mendapat tempat di hati anggota masyarakat seolah mengumpulkan manusia penggemar bolasepak piala dunia. Pastilah dalam seramai penonton bolasepak yang beratus ribu akan lahir barisan kepimpinan yang dapat memandu masyarakat dengan ilmu yang penuh berkah..khususnya mereka yang bercakap hanya dengan kebenaran dan mencontohi orang beriman dan bertaqwa. Agak sukar membandingkan dengan masyarakat terkini yang diuliti dunia dan nafsu. Tanya diri sendiri dahulu sejauh mana diri individu mempersiapkan masa depan untuk bertemu Allah, sudahkan masing-masing berakhlak dan bersyaksiah sewajarnya...ada rasa gentar, ada rasa kurang dan paling menakutkan samada amal yang sedikit laku atau bernilai di sisi Allah dan mendapat redhoNya..

Memang wajar kegusaran terhadapa pembangunan masyarakat semasa di negara kita mendapat tempat di hati semua kita terutama memikirkan ke arah mana generasi penerus akan di bawa.  Semoga Allah masih menanamkan dalam hati kecil saya ciri-ciri IKHLAS, BERSUNGGUH,SABAR DAN YAKIN dalam setiap aktiviti yang saya lakukan sekalipun yang berunsur peribadi..sesungguhnya Allah Maha Memerhati.

No comments:

Post a Comment