NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, September 7, 2018

JIHAD 2

BismillahirRahamanirRahim
Assalamualaikum watahmatullahi wabarakatuh

Ahad 12 Ogos 2018 / 30 Zulkaedah 1439H
bersambung... Jumaat 7 September 2018 / 26 Zulhijjah 1439H

Alhamdulillah kita umat lslam telah berada di hari akhir bulan Zulkaedah dan esok bermulalah hari-hari dan malam-malam sepuluh...yang pernuh barokah yang di sebut dalam sebuah hadis sohih sebagai lebih baik daripada JIHAD fisabilillah..

"Tidak ada satu amal soleh yang lebih di cintai oleh Allah melebihi amal soleh yang di lakukan pada hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah) Para sahabat bertanya 'tidak pula JIHAD di jalan Allah' Rasulullah saw menjawab 'Tidak pula JIHAD di jalan Allah kecuali orang yang berangkat JIHAD dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satu pun' Hadis riwayat Abu Daud dan ibnu Majah. 

Jumaah haji pun sudah sampai ke penerbangan akhir dan di fahamkan ramai yang berpuashati dengan peraturan tidak lagi menunggu lama di kaunter imigeresen Jeddah kerana semua urusan telah di selesaikan sejak daripada kompleks tabung haji yang baru di Sepang berhampiran KLIA. Alhamdulillah teknologi terus memudahkan segala urusan kerana pembaziran waktu dan tenaga di saat jemaah haji ingin memfokuskan amalan ibadah di tanah suci akan membebankan mereka.

Saya menyambung tajuk JIHAD setelah seminggu bermusafir Aidiladha ke utara, antaranya Kuala Ketil, Alor Star, Bukit Malut Langkawi, Jitra, Changlun, Padang Besar dan hala pulang bermalam di Kota Kuala Muda, menyinggah di Taiping, Bota, bermalam di Sitiawan dan selamat sampai ke Shah Alam dan teman musafir kami ke destinasi rumahnya Jenderam. lni JIHAD kami..begitulah masing-masing meluahkan rasa syukur. Sesungguhnya rasa syukurlah yang memampukan kami bersabar sepanjang perjalanan. Betapa Allah memudahkan perjalanan kami dan kami redho dengan segala ketentuan menyewa homestay ala kadar kemampuan kami..dan amat terasa erat ikatan persahabatan bila bermusafir begini..alhamdulillah. Demikianlah lslam menggalakkan bermusafir untuk lebih mengenali hati budi teman yang kita akui telah mengenalnya seperti soalan Saidina Umar ketika bertanya seseorang samada pernah berpergian dengan teman yang diakui sahabatnya.

Lama juga proses pemulihan selepas bermusafir yang memberi kesan kepada bacaan gula dalam darah saya sebagai seorang pengidap diebetik...tidak mau turun antara 13-15 tiap pagi. Akhirnya saya pasrah untuk menyambung rawatan di pusat perubatan Shah Alam dan kemudiannya di rujuk ke hospital Shah Alam untuk mengesan sedikit excess fluid di siku saya. Temujanji berjumpa pakar tidak boleh kurang daripada sebulan lantas saya akan menunggu 3 Oktober untuk tindakan susulan..semoga Allah permudahkan.

Terkini saya bermusafir lagi ke Tangkak untuk meneruskan latihan kepada staf Tadika Taska Smartop. Musim cuti memanjang di Malaysia mulai hari kemerdekaan 31 Ogos, diikuti hari keputeraan Yang Di Pertuan Agong dan awal Muharram menukar mood ramai warga Smartop, namun saya pasrah sekalipun yang datang ke program latihan hanya beberapa peserta.  Alhamdulillah pagi ini program berjalan lancar kerana orang pertama yang saya ingin latih sebenarnya adalah diri saya sendiri...kerana ilmu yang bermanfaat itu adalah dengan cara berkongsi dengan orang lain.

Terasa juga ingin berJIHAD di era mutakhir ini memerlukan kemahiran baru dan canggih terutama bidang IT...skill saya sudah menurun sekarang...sehingga ingin mengupload gambar ke blog pun tidak semammpu satu ketika dulu. Semoga saya masih ada masa untuk menulis sebagai warisan setelah saya tiada nanti.

Sebenarnya saya menimba banyak kekuatan daripada senario politik Malaysia yang kian mencabar berikutan sikap setengah pihak yang sukar mengaku kalah dalam PRU 14. Pemegang tampok kuasa di Malaysia hari ini sedang di uji dan masing-masing sedang berJIHAD semoga Allah memberi mereka kekuatan. Dalam group wassap pun pertikian sering berlaku mengenai politik negara dan cara mudah tidak menserabutkan fikiran adalah dengan LEFT. Ini lah JIHAD akhir zaman. WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment