NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, January 17, 2018

2018...OF TALENT

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Rabu 17 Januari 2018 /29 JamadilAwal 1439H

Alhamdulillah, Allah masih kurniakan saya umur untuk meneruskan kehidupan baki usia bonus yang kalau di kira umur tahun Hijriah dengan menambah 2 tahun pada umur kelahiran menjadi 72 tahun...SubhanaAllah..arwah bapa saya kembali ke rahmatullah pada umur tersebut dalam tahun 1991, 27 tahun yang lalu ketika saya berumur 43 tahun.

Cepatnya masa berlalu kerana saya masih lagi merasakan kehadiran ibu bapa yang mendidik saya ke tahap sekarang.  Saya telah berjanji saat bapa saya meninggal bahawa amal soleh saya akan di infaq kepada arwah ibu bapa saya dan pemergian arwah ibu saya ke rahmatullah 11 tahun yang lalu memperkukuh komitmen ini. Semoga Allah meredhai semua urusan saya insyaAllah dan mohon sangat di jauhi azab neraka..Aaminn.

Lama saya tidak menulis blog dek memperkemas urusan odit Koperasi Subur Fitrah Johor Berhad (KOFITRAH). Dua sifat penting yang perlu di jaga dalam semua suasana ialah SYUKUR DAN SABAR. SYUKUR mendahului SABAR kerana hanya dengan merasai nikmat yang terlalu banyak dengan bersyukur baru kita mampu bersabar menanti ganjaran Allah samada di dunia dan akhirat.

Tajuk blog kali ini senghaja saya tampilkan kerana sering penyebab seseorang tidak MOVE ON atas pelbagai alasan adalah kerana tidak ada TALENT atau kemahiran istimewa...sedangkan Allah telah mempersiapkan bakat atau fitrah kekhalifahan kepada semua insan termasuk insan yang Allah uji dengan pelbagai kekurangan.

Seorang teman saya bertanya apakah yang saya terkilan tidak lakukan sepanjang umur hingga sekarang..sepontan saya jawab TIDAK MENGHAFAL ALQURAN..beliau akur juga. Merenung kembali umur yang saya bazirkan terasa amat kesal betapa saya lalai untuk menyalurkannya kepada mencari ILMU yang di serukan dalam alquran Rabbi Zidni Ilman (Ya Tuhanku tambahkan ilmu padaku)..pastinya ilmu yang laku di alam akhirat walaupun ilmu dunia boleh menjadi jembatan untuk akhirat jika nawaitunya ikhlas untu mencari redho Allah.

TALENT ringkasnya kemahiran merupakan bongkah emas yang samada boleh di simpan atau di laburkan. Dalam sebuah Utube di kisahkan dua orang yang di beri bongkah emas, seorang melaburkannya menjadi 5 bongkah dan seorang lagi menanamkan emas dalam tanah kerana ia suatu yang berharga. Iktibar bongkah emas kepada sebarang kemahiran yang Allah anugerahkan kepada kita ialah mengimarahkannya atau mengembangkan untuk manafaat orang lain. lnilah asas kerja dakwah...menyeru manusia kepada ilmu bermanafaat, mentaati Allah dan Rasul...hormat ibu bapa dan pemimpin yang adil.

Tahun 2018 menggamit azam agar KOFITRAH berperanan lebih meluas bersama taska dan tadika Smartop Subur Fitrah. TALENT yang saya ada hanya pada SUBUR FITRAH..satu nama yang seawal 1998 di tampilkan untuk program PPRT ketika itu. Alhamdulillah dua nama yang saya minat masa itu iaitu MAWADDAH  dan SUBUR FITRAH kedua-duanya di gunapakai kakak saya dalam semua programnya di Tangkak dan ini penyebab saya berhijrah ke Tangkak di usia sekarang..alhamdulillah.

Semoga perjalanan sepanjang 2018 akan mengembalikan semua kita kepada FITRAH atau sifat asal insan yang di sebut dalam sebuah hadis Rasulullah saw riwayat lbnu Mas'ud,

Rasulullah bersabda bermaksud "Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka? para sahabat berkata "Mau wahai Rasulullah, baginda menjawab yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang HAYYIN, LAYYIN, QARIB, SAHL"Hayyin adalah orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta selalu tenang jiwa. Layyin ialah orang yang lembut dan santun baik dalam bertutur kata atau bersikap. Tidak kasar dan semaunya sendiri.Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia. Qarin ialah akrab, ramah di ajak bicara dan menyenangkan. Murah senyum bila bertemu. Sahl adalah orang yang tidak mempersulit sesuatu dan selalu ada solusi bagi setiap persoalan. Telah aku sampaikan ya Robb."

KOFITRAH memiliki misi menyuburkan silaturRahim dan keberkatan. Keduanya memerlukan kerja keras mendekati masyarakat dengan khidmat yang di perlukan sesuai masakini, antaranya meringankan beban tekanan ekonomi, berkerjasama mengurangkan kos dan banyak lagi yang boleh di lakukan. Rakan-rakan Pertubuhan IKRAM mengadakan pasar murah menjual pakaian dan peralatan yang di sumbang ikhlas anggota masyarakat, beberapa pertubahan lain menyediakan makanan untuk gelendangan malah merawat warga lanjut usia juga merupakan khidmat bakti yang boleh di lakukan untuk menyuburkan TALENT dalaman yang Allah anugerah kepada semua insan. WaAllauhualam.

No comments:

Post a Comment