NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, December 11, 2017

TERPINGGIR DAN TERSINGKIR

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ISNIN 11 DISEMBER 2017 / 23 RABIULAWAL 1439H

Alhamdulillah fresh from the oven..tajuk blog kali ini ingin bercerita tentang pertemuan wakil-wakil koperasi kawasan Ledang dan Pagoh petang tadi. Pertemuan yang di aturkan oleh Jabatan Suruhanjaya Koperasi (SKM) Muar di pengerusikan Timbalan Pengarah SKM Johor.

Mesyuarat yang di adakan di Bangunan Sri Pekembar Pagoh bertujuan menubuhkan Jawatankuasa Permaufakatan Koperasi Ledang dan Paguh di samping memberi taklimat Pelan Strategik Pembangunan Koperasi Negeri Johor 2017-2021. Bangunan cantik yang terletak berhadapan Bandar Universiti Pagoh menggamit sedikit tandatanya kerana kawasan sekitar masih dalam pembangunan. 

Saya kurang tahu sebelum bandar Universiti Paguh di istiharkan siapakah penduduk yang tinggal di situ dan kalau ada di mana mereka sekarang.  Biasanya jika kawasan yang di kenalpasti untuk pembangunan, sebidang tanah lain akan di ganti kepada penduduk dan gantirugi juga di berikan. Disinilah bermulanya penduduk asal kawasan pembangunan TERPINGGIR DAN TERSINGKIR ...daripada kawasan pembangunan bernilai tinggi dan berprestij.

Dalam benak saya tergambar beginikah yang berlaku kepada rakyat Palestin saat kaumYahudi Zionis datang merampas tanah mereka hampir 70 tahun lalu atau lebih teruk rakyat Palestin di halau dan di bunuh dengan kejam...percikan kezaliman sama sahaja bertujuan MEMINGGIR DAN MENYINGKIR penduduk asal atas nama pembangunan.

Timbul dakwaan dan tuduhan selepas berlaku pembangunan di tapak asal mengapa rakyat tidak mengambil peluang membangun bersama...barulah di sedari secara individu tidak mungkin peluang yang terbuka dapat di nikmati penduduk asal kecuali ada suntikan bantuan. Lantas tercetus idea mengapa penduduk tidak sama-sama menubuhkan sebuah KOPERASI bekerjasama secara inclusive (terbuka kepada semua) memanfaatkan peluang pembangunan yang di sediakan.

Anehnya amalan berkoperasi yang di dakwa sebagai sektor ketiga penting selepas sektor kerajaan dan swasta tidak tersebar luas kepada masyarakat. Lebih ramai yang tergiur berjaya sendirian mengikut amalan kapitalis. Terfikir juga saya bagaimana kaum cina yang mempumyai clan masing-masing berkerjasama memajukan institusi dan ekonomi mereka sehingga terlihat hari ini kejayaan mereka dengan banguan yang gah...di tengah-tengah kaum Melayu yang hanya mampu menjadi pekerja mereka.

Di bandar Tangkak sendiri saya terkilan melihat bangunan sekolah swasta cina yang megah berdiri dengan pelbagai kemudahan hasil kerjasama kaum mereka memberi sumbangan kewangan dan seumpamanya kerana mereka sepakat sedar tidak dapat bergantung kepada kerajaan.  Sebaliknya kaum Melayu nak makan pun hari ini menadah BRIM...sedih sekali.

Siapa harus di persalahkan bukan masanya menuding jari...seluruh sistem kehidupan hari ini telah tercemar dengan fitnah segala macam sehingga kita sukar mendidik hati-hati yang sanggup berkorban demi maruah agama bangsa dan tanahair. Kehidupan nafsi-nafsi (aku-aku) sukar menjelmakan sikap kekitaan yang menjadi asbab berkoperasi.

Satu ketika saya bersama seorang pegawai kerajaan melewati para penjual barangan di gerai pasar malam dan uptown...sebahagian besar pedagang kaum Melayu...pegawai tersebut berkata 'apa nak jadi dengan orang Melayu ni tidak berganjak daripada jualan gerai pasar malam...Bacaan saya ialah selamanya tidak ada perubahan dalam kehidupan kais pagi makan pagi...kais petang makan petang.

Demikian juga bacaan pegawai SKM yang memberi taklimat petang tadi di mana koperasi yang di anggap maju tidak berganjak daripada mengutip hasil dengan hartanah yang sedia ada tanpa merancang untuk menambah dan memperbaiki prestasi. Syur mereka agar koperasi dapat melahirkan seorang pengurus yang cekap dan kompeten untuk di tampilkan sebagai ciri kejayaan mengujudkan koperasi. 

Saya terus memimpikan KoFitrah dapat menerima cabaran tersebut...sayang umur dah nak masuk 7 siri... semoga Allah menanamkan mimpi saya kedalam benak pelapis KoFitrah insyaAllah. Janganlah di biarkan kita TERPINGGI DAN TERSINGKIR daripada arus perjuangan yang tidak ada noktah akhir dalam hidup ini sehingga Allah memanggil kita menemuiNya.

 
      

 

No comments:

Post a Comment