NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, May 2, 2018

BUKA MATA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Khamis 3 Mei 2018 /17 Syaaban 1439H



                          GAMBAR DI CROMWELL NZ

Alhamdulillah saya di beri kesempatan menulis blog yang agak lama di tinggalkan. Syukur saya dan suami selamat pulang daripada lebih 3 minggu percutian campervan di New Zealand. Satu pengalaman yang memBUKA MATA betapa perancangan kedepan negara NZ yang melangkaui 50 tahun sebelum ini (sekitar tahun 80an) menghasilkan natijah yang amat teruja dari segi layanan kepada pelanggan terutama rakyatnya, kebersihan alam sekitar dan kemajuan negara yang menetapkan 16% cukai GST itu!!

Beberapa hari selepas pulang ke tanahair saya terjaga daripada tidur dan memBUKA MATA..terpinga-pinga melihat sekitar...di mana saya berada...dalam campervan NZ..di rumah Shah Alam atau di rumah Tangkak...begitulah otak berputar sehingga suami saya memaklumkan saya berada di Shah Alam. Impek menghabiskan masa dalam campervan lebih 20 hari kuat sekali tertanam dalam minda saya di warnai alam sekitar NZ yang ibarat syurga di muka bumi sukar otak saya nak adjust kembali ke alam nyata berada di Malaysian yang PANAS luar dalam...bayangkan cuaca NZ 6 degree celcius dengan cuaca 36 degree di Malaysia.

Panas dalaman yang berlaku di Malaysia adalah keghairahan menunggu hari pembuangan undi pada 9 Mei...rasa tercabar kemanusiaan orang yang berakal melihatkan karenah dan mentaliti setengah pemimpin dan rakyat Malaysia yang bertindak liar, kebudak-budakan, penipuan serta rakus menyelar siapa sahaja yang melintasi kezaliman mereka.  Pagi ini saya membaca surah AlFajr dalam alquran..terang-terang Allah menegur golongan pemimpin umat 'YANG BERMAHARAJALELA  DI DALAM NEGERI LALU MEREKA MELAKUKAN BANYAK KEROSAKAN DI DALAM NEGERI ITU'.(ayat 11 dan 12)  

Terasa ngeri juga membaca seterusnya Allah menyebut 'KERANA ITU TUHANMU MENIMPAKAN PALUAN AZAB KEPADA MEREKA. SESUNGGUHNYA TUHANMU BENAR-BENAR MENGAWASI' Ayat akhir ini memberi saya banyak ketenangan berhadapan manipulasi yang melanda PRU ke 14 di Malaysia.

Saya tidaklah berani menghukum barisan pemimpin Malaysia seperti yang di sebut dalam surah AlFajr namun saya bimbang mereka menuju ke arah itu di lihat dari segi tindak tanduk dan penipuan terang-terangan yang berlaku kepada rakyat. Saya sebut NZ mengenakan GST 16% bukan kerana merelakan cukai GST Malaysia 6%, tetapi kutipan GST di serah balik kepada rakyat NZ dengan baik sekali terutama gaji minima yang tinggi, jalan raya yang cantik tanpa tol, pendidikan terbaik percuma dan perkhidmatan awam tahap first class. Tahap keselamatan di NZ turut merasai nikmat kerana sepanjang menaiki campervan saya rasa amat selesa dan selamat daripada pencerobohan yang sering berlaku di negara ketiga yang Malaysia kini sedang merosot tahapnya ke sana sekarang..sayang sekali kita gagal menjadi negara maju menjelang 2020. 

Tajuk blog kali ini BUKA MATA cuba mentaddabur alam NZ yang tadi saya sebutkan bak syurga di dunia...di sangka berkekalan namun hanya seketika (what seems forever was just a moment) Saya benar-benar terkesima dengan kecantikan alam yang di pelihara rapi keasliannya oleh negara NZ yang tidak begitu ramai penduduknya, Di sudut hati saya tergambar mesej Allah ingin beritau saya betapa indahnya kalau keikhlasan semua umat yang beriman mengalir bak air sungai yang biru di perkampongan NZ dan air terjun yang menampakkan kebesaran Allah memukul batu-batu hingga ada yang berderai pecah dek takutnya kepada kebesaran Allah...SUBHANAALLAH...

Kepada kawan-kawan yang saya berhubung sepanjang percutian catitan saya ialah kalau kepada orang yang tidak beriman pun Allah anugerahkan kecantikan alam yang begitu indah di pandang mata betapakah indahnya janji Allah dalam Alquran kepada orang-orang yang beriman...mesti cantik jutaan kali ganda yang tidak dapat di bayangkan seperti di sebut dalam surah asSajadah 17 ' maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan'  Dan nikmat itu kekal abadi bukan just a moment...
Memang terasa kebahagiaan yang Allah beri kepada kami di NZ hanya sebentar di sebut BAHJAH..delight..dalam surah AnNamlu ayat 60 BAHJAH di sebut kebun-kebun yang indah..Sebenarnya mengikut cerdik pandai lslam ada 4 lagi kebahagiaan..Sakinah.., ketenangan. Sahlah..kemudahan/di permudah. Nusrah..pertolongan Allah dan Mawaddah..kasih mesra kekeluargaan. Saya berdoa baki hidup ini saya dapat mengecapi ke lima-lima kebahagiaan yang Allah janjikan dan di anugerah syurga firdaus setelah kembali ke pangkuan Allah nanti,,Allahumma Aamiinn.


BUKA MATA blog yang bertepatan dengan desakan perubahan rakyat Malaysia kepada kekarutan pemerintahan Malaysia sekarang yang berteraskan ideology cash is king terpalit rasuah dan bebanan hutang yang melonjak tinggi..saya harap ramai rakyat Malaysia yang akan dapat BUKA MATA insaf dan sedar untuk bertindak tegas mengeluarkan musibah (remove harm) sebagai keutamaan daripada kehidupan bernegara di gantikan dengan kemurahan Allah yang menganugerahkan lslam sebagai RAHMATUL LI ALAMIN...PRU 14 kata teman saya di Shah Alam ada tiga pilihan..nak undi PENCURI ke..nak undi orang yang ambil duit PENCURI ke dan nak undi orang yang nak tangkap PENCURI..jom kita sama-sama tangkap PENCURI ..mudah-mudahan Allah bagi mereka keinsafan bertaubat sebelum menerima PALUAN AZAB di akhirat seperti janji dalam surah Alfajr..WaAllaualam..doa saya sepanjang bermusafir agar Malaysia di tadbir oleh mereka yang beriman dan bertaqwa di mana Allah berjanji dalam Surah AlAaraf 96 akan di turunkan BAROKAH dari langit dan bumi...Aamiin

No comments:

Post a Comment