ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Jumaat 8 Disember 2017 / 20 RabiulAwal 1439H
Telah berlalu sebulan saya tidak berkesempatan menulis pastinya full hand membereskan pelbagai agenda diri, keluarga dan komitmen lain.
Alhamdulillah Allah masih memberi saya kesempatan menulis hari ini tepat sebulan tidak berblog. Mungkin panjang blog kali ini.
Hari ini juga hari kemarahan umat lslam dan umat yang berakal fikiran waras berdemo membantah tindakan Presiden Amerika yang sakit jiwa mengistiharkan Jerusalem ibu negara haram lsrael. Semoga Allah menurunkan balasan setimpal dengan sikap biadab Presiden gila kuasa ini. Memang umat lslam terhina ke tahap ROCK BOTTOM sekarang.
Tajuk ROCK BOTTOM aneh sedikit kerana ia boleh menggambarkan banyak tafsiran...kawan saya kata biar rock bottom jangan fathomless bottom (kedalaman tak terukur)..tepat sekali...kerana Allah ada untuk menyelesaikan segala masalah sebaiknya.
Tajuk kali ini di petik daripada kisah yang saya terserempak di youtube iaitu drama OSHIN yang di siarkan ke seluruh pelusuk dunia memakan masa bertahun hingga selesai 200 lebih siri 15 minit...sekitar tahun 1983...34 tahun yang lalu. Oshin melalui pelbagai ujian dalam hidupnya ketahap ROCK BOTTOM..dan saat itulah ia bangkit kembali menerajui hidupnya ke fasa kejayaan. Antara musibah yang di laluinya adalah kesan perang dunia kedua dan gempa bumi dahsyat yang berlaku di Tokyo Jepun pada masa yang sama.
Seolah-olah peribadi Oshin melaksanakan janji Allah dalam Alquran Surah Al Syarh 5-6...selepas kesulitan ada kemudahan, dengan syarat kesulitan mencapai tahap ROCK BOTTOM...ia satu iktibar dalam kehidupan insan yang terlalu pendek di muka bumi ini untuk tidak berputus asa. Bangun dan bangkit adalah fitrah dan ukuran kepada kehidupan yang bermakna (meaningful) di sisi Allah jika kita sentiasa meletakkan pergantungan kepadaNya.
Namun Oshin bukan insan beriman dan bertaqwa.. ia hanya percaya kepada nasib, berikhtiar keluar daripada masalah dan sesekali berdoa di kuil dengan penuh harapan dan kecekalan akhirnya beliau berjaya mencipta sejarah keteguhan pendirian seorang wanita berjatidiri (a woman of substance).
Tajuk ini tidak ada kaitan dengan saya atau sesiapa sebenarnya, saya hanya mengambil iktibar bahawa memang tidak ada masa untuk keluhan atau rungutan kalau kita yakin ALLAH MAHA MENGETAHUI segalanya dan ALLAH LEBIH BESAR DARIPADA MASALAH yang kita hadapi. Bertakbir sahaja bila menghadapi masalah pasti apa yang di hadapi akan mengecil dan melarikan diri, maksudnya ambil wuduk solat dua rakaat seperti yang di ajar Rasulullah saw setiap menghadapi masalah.
Sekarang juga musim Maulidil Rasul,tarikh kelahiran Rasulullah saw dan di mana-mana perayaan dan sambutan di adakan. Namun jarang masyarakat lslam mengambil iktibar kisah hidup Rasulullah yang lebih hebat daripada Oshin, contohnya ketika baginda membawa diri ke Taif untuk mendapat dokongan ternyata baginda di uji ke tahap ROCK BOTTOM hingga keluar dari mulut baginda yang mulia doa yang meniti di bibir mujahidin...pejuang lslam..'Kalau Kau (Allah) tak murka aku (Rasulullah) tidak kisah'
Pertama kali saya membaca kisah tersebut hampir 34 tahun lalu (saya menunaikan Haji tahun 1983) menitis air mata mengenangkan perjuangan perit Rasulullah saw yang menginginkan umatnya mendapat hidayah...SubhanaAllah...
Kembali kepada jurnal aktiviti saya sebulan yang lalu memang sampai ke tahap ROCK BOTTOM juga di tinjau daripada pelbagai aspek terutama kewangan. Keluarga saya menerima tetamu daripada Medan berikutan perkahwinan anak saudara saya dengan pasangannya dari negara seberang. Keadaan kewangan saya agak parah.
Biasanya dua bulan akhir Smartop akan menghadapi masalah kewangan kerana cuti panjang dan ibu bapa guru yang bercuti tidak menghantar anak-anak ke Taska. Biasa juga kami ahli lembaga membuat persediaan kewangan, namun kali ini kewangan kami semua di tahap ROCK BOTTOM.
Dalam meraikan tetamu, mengikut peraturan keluarga. semua pihak memainkan peranan yang termampu. Saya dan suami di tugaskan menjadi tuan rumah, menyediakan pengangkutan dan layanan. Di saat kewangan meleset ke tahap ROCK BOTTOM saya menerima sumbangan yang melegakan urusan...MasyaAllah dan alhamdulillah kunjungan tetamu dapat di layan dengan baiknya selama 4 hari hingga ke saat berlepas daripada Pelabuhan Kelang.
Akhir bulan November berturut menyambut hari jadi saya dan dua anak2 serta hari kecemerlangan anak-anak Smartop IHTIFAL ...Syukur saya ada mudirah yang mampu mengendalikan program dengan staf lain kerana kudrat memang di tahap ROCK BOTTOM jika di lakukan mengikut trend sebelum ini iaitu menyediakan jamuan kepada tetamu. Kali ini tetamu di berikan door gift makanan ringan untuk anak-anak sahaja. Alhamdulillah juga ihtifal berjalan dengan baik dan memuaskan.
Berturut juga akhir bulan November saya menerima tetamu Sri Lanka yang menginap di rumah Bandar Baru Tangkak. Jarang saya menerima tetamu jauh namun sekadarnya saya berdoa layanan saya setimpal dengan nilai silaturahim yang Allah anugerahkan kepada kami. ROCK BOTTOM padat masa kerana keesokan harinya saya dan teman ahli Lembaga Koperasi KoFitrah bersiap pula untuk mengikuti trip gabungan ahli koperasi Muar dan Ledang melawat koperasi berjaya di Kelantan dan Terengganu.
Musim banjir baru bermula setibanya kami di Kelantan. Pelawat terakhir ke Rantau Panjang adalah kami kerana air telah mula naik dan keesokan harinya kawasan Rantau Panjang di istiharkan kawasan darurat banjir. Tajuk ROCK BOTTOM memang sesuai sekali dengan trip ini kerana pengurusan yang di kendali dalam keadaan hujan tak berhenti sepanjang perjalanan menyebabkan kesabaran kami mencicah ke ROCK BOTTOM. Bayangkan berhenti makan di tempat yang tidak boleh menampong pelawat dua buah bas. Sebelumnya saya telah cadangkan agar singgah sarapan di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu,cadangan di sepikan. Mungkin ini tahap ROCK BOTTOM juga mengikut trip yang kurang sesuai dengan wargamas lanjut macam kumpulan kami. Usaha akan di buat menggabungkan ahli KoFitrah yang muda dan bertenaga, semoga hajat ini kesampaian.
Musim KoFitrah menyediakan laporan odit sebelum akhir tahun juga reaching ROCK BOTTOM, ahli belum cukup 50 orang apatah lagi bayaran yuran yang belum di lunaskan. Azam saya akan mengusahakan sebaiknya dan terpaksa menetap lama di Tangkak sehingga laporan selesai. Pilihan meneruskan atau melupakan saja KoFitrah memerlukan ketenangan jiwa,dan saya solat istikharah.
Di umur senja ini mampukah saya menerajui usaha koperasi yang terlalu asing kepada ramai anggota masyarakat. Namun dengan sedikit pendedahan dalam lawatan dan maklumat daripada beberapa pihak saya bina keyakinan dengan nawaitu yang jelas bahawa kopersi di era ekonomi ROCK BOTTOM boleh di teruskan dengan beberapa strategi mempromosi, mengajak ahli keluarga dan menjelaskan perentah AlQuran Surah AlMaidah 2 agar BERTOLONG TOLONGAN dalam kebaikan. Kalau sebelum ini kebaikan dan amal soleh dilakukan secara bersendirian jom kita kongsi satu koperasi untuk mendapat pahala dan keberkatan bersama sebagai bekalan amal soleh di akhirat, bukan kah kita ingin ke syurga Allah bersama insyaAllah.
Sebuah kisah menarik juga mencuit perasaan kami ke tahap ROCK BOTTOM iaitu ingin berpindah ke rumah baru semi D berhampiran tol di bandar Tangkak. Seronok ingin bersiap pindah dapat berita tuan rumah sudah menawarkan kepada orang lain. Kisah yang menampilkan akhlak sebenarnya kerana jika kami menjadi penyewa berhadapan dengan sikap rumit tuan rumah susah juga berpindah randah. Alhamdulillah tuan rumah BBT tidak jadi menaikkan sewa seperti yang di maklumkan sebelum ini, semoga Allah memberkati sifat baiknya memandangkan dalam era ekonomi ROCK BOTTOM parah ini sukar mencari penyewa untuk rumah di BBT yang ternyata banyak kosong.
Akhir qalam. jom kita ikut saranan Alquran yang saya sering lakarkan sepanjang berblog Surah AlAraf...96..'Jika penduduk satu negeri berIMAN dan berTAQWA pasti Kami (Allah) akan melimpahkan kepada mereka keberkatan daripada langit dan bumi iaitu dua syarat ingin berjaya di sisi Allah Iman dan Taqwa.
Juga dalam Surah Al Nahl...112 Allah beri ancaman 'Dan Allah telah membuat satu perumpamaan dengan sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezeki melimpah ruah datang kepadanya daripada seluruh tempat tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah menimpakan kepada mereka bencana kelaparan dan ketakutan di sebabkan apa yang mereka lakukan." Saranan untuk sentiasa BERSYUKUR sekalipun telah mencapai kesulitan tahap ROCK BOTTOM. WaAllahualam.
No comments:
Post a Comment