NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 8, 2017

TEMAN DI SINGAPORA


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Rabu 8 November 2017 / 19 Safar 1439

Alhamdulillah..17 Oktober 2017 saya di kunjungi seorang kenalan lama yang bermastautin di Singapura.  Bila di tanya tujuan ziarah beliau menyatakan cari buku lslam untuk cucu.

MasyaAllah..cucu baru berumur 6 bulan atuk dan nenek sudah bersiap untuk mendidik...Rupanya ini cucu pertama lelaki..nama panjang tak ingat gabungan nama keluarga Singapura dan bapa anak ini, seorang asal negara Mali Afrika berbahasa French. Anak kawan saya perempuan belajar di UIA, sebelum itu di Germany...khabarnya ada 6 bahasa terancang untuk  cucu French  German ..English..Melayu...Arab dan Mandarin... wah..nawaitu yang amat cantik kalau di rancang dan di implementasi dengan baik kepada anak kecil...saya doakan akan lahir seorang linguis 10 tahun akan datang di Singapura...aaminn.

Teman saya ini minat dengan makanan arab, kami pun membawanya ke restoran Rowsha di Seksyen 7 Shah Alam...saya masih sukakan makanan di Saba Cyberjaya kerana itulah restoran makanan arab yang pertama saya kenal lebih 15 tahun lalu.

Di usia yang penghujung ini saya merasakan persahabatan adalah satu harta...asset terbaik untuk berkongsi banyak perkara dan menjalin hubungan hingga ke Jannah. Antara program yang sering di ikutu pasangan ini ialah bermusafir sambil berDaurah...menimba ilmu terutama taddabur Alquran. Semoga ada peluang untuk menyertainya kerana ia sesuai dengan agenda dan minat saya alhamdulillah.

Satu masa dahulu teman Singapura saya berkongsi pelbagai maklumat, antaranya aktiviti kesihatan, membuat manik hiasan dan mempromosi acara latihan yang di jalankan di masjid di Singapura. Kesan ringgit yang merudum jatuh kami jarang melawat tanah seberang Johor itu.  Selain 'baggage' membawa imej negara yang tidak sehebat dulu..nak berbelanja terpaksa berkira dan membanding dengan suasana di Johor.  Sebaliknya sekarang warga Singapura yang berjoli-joli di Malaysia.  Alahamdulillah ada hikmahnya.

Suasana ekonomi tidak menentu melambangkan masyarakat tidak mendapat barokah seperti janji Alquran...BERIMAN DAN BERTAQWA... dua perkataan yang power untuk di bincangkan dengan serius kalau mau selamat dunia dan akhirat...Waallahualam. 

 

2 comments:

  1. salam.ada bca entri puan gi mekah.mcm sy kncg xlawas,puan rasa baik istinja di hotel atau di masjid haram? .hotel nya mungkin haneen frdaus.sy tktau mampu ke tak tawaf sbb mudah terkncg.

    ReplyDelete
  2. salam.ada bca entri puan gi mekah.mcm sy kncg xlawas,puan rasa baik istinja di hotel atau di masjid haram? .hotel nya mungkin haneen frdaus.sy tktau mampu ke tak tawaf sbb mudah terkncg.

    ReplyDelete