NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 8, 2017

MAWADDAH KRAF

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Rabu 8 November 2017 / 19 Safar 1439H

Alhamdulillah Allah beri saya kesempatan menulis blog ini. Peluang yang kian menipis kalau mengikut kelaziman fitrah, mata yang menurun kapasiti fokus, masa yang perlu di utamakan persiapan alam lain dan kemampuan berfikir yang tidak terjamin kecuali DENGAN IZIN ALLAH ...

Hari ini saya bernostalgia dengan MAWADDAH KRAF.  Seorang aktivis alam sekitar yang sering membantu saya lebih 15 tahun lalu menalipon beliau di minta membekalkan kraf kitarsemula olahan kertas akhbar atau majalah dalam kuantiti yang agak banyak oleh sebuah agensi kerajaan di Putrajaya. Saya di rujuk untuk mendapatkan pandangan samada boleh mengumpulkan semula para pengkeraf yang saya pernah dampingi untuk membantu beliau.

Satu permohonon yang dekat di hati...namun situasi telah berubah berbanding 15 tahun lalu. Teringat pertemuan saya dengan seorang peminat kraf kitarsemula di Lukut Negeri Sembilan. Pertama kali saya sampai di Lukut...aneh...kerana selama lebih 10 tahun saya berurusan dengan beliau saya hanya bertemu di Nilai...Wajah Mrs Leong (nama sebenar saya lupa) ceria dan 10 tahun muda daripada umurnya...rahsia ia mempunyai passion atau minat yang menggembirakannya hatinya iaitu menganyam kraf kitarsemula yang unik exclusive dan bertaraf HIGH END.

Awal tahun 2000 Putrajaya baru beroperasi...MAWADDAH KRAF yang ketika itu di kenal sebagai aktivis memperjuangkan konsep kitarsemula telah di jemput menjadi tetamu Kementerian Kerajaan Tempatan mempamirkan hasil rekaan yang memang unik ketika itu di samping membekalkan door gift bakul kecil hasil anyaman surat khabar.  Di sanalah saya bertemu Mrs Leong pertama kali dan ketara kraf yang di pamirkan lebih baik daripada yang di usahakan ibu-ibu tunggal yang saya asuh untuk berkreatif juga sebagai terapi jiwa mereka menghadapi pelbagai trauma kehidupan.

Angan-angan saya meliar ketika itu mahu melihat MAWADDAH KRAF menjadi kraf pilihan kerana sekitar masa itu juga saya baru kembali daripada Filipina yang telah berjaya mempromosikan kraf kertas di pasar krafnya dengan banyak dan kreatif sekali. 

Saya berurusan dengan Lembaga Zakat Selangor agar menjuruskan beberapa ibu-ibu tunggal ke bidang tersebut dengan menyediakan pelbagai kemudahan.  Dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) saya di benarkan menyewa sebuah kiosk di kawasan taman MBSA dan beberapa urusan lain dengan pelbagai agensi yang menjemput kami sebagai jurulatih kepada pelbagai golongan ansaf dan miskin.

Biasanya jika sesuatu itu trending banyaklah orang minat dan ramai yang memang kreatif menghasilkan produk ini di pasaran termasuk pasar malam. Namun ia menganggu IMEJ dan hasrat Mawaddah Kraf untuk menjaga hasil berkualiti tinggi.

Seorang teman mencadangkan saya 'patent' atau memiliki hak utama kraf ini namun cara berfikir saya ingin memperluaskan ide mengkitarsemula kertas agar masyarakat lebih peka, menghargai dan menghasilkan kreativiti terbaik. Seperti yang di lakukan Mrs Leong secara peribadi, passionnya unik sekali kerana beliau akan mengumpulkan semua kertas yang berwarna warni untuk di cantumkan sebagai pattern krafnya...tidak mustahil usaha ini memungkinkan beliau menjual krafnya dengan harga yang lumayan...take it or leave it...konsep Mrs Leong ..no negotiation dari segi meletakkan harga kraf uniknya yang tak bernama seperti MAWADDAH KRAF. Apa pun Mawaddah Kraf telah menjadi sejarah indah untuk di nostalgiakan ..alhamdulillah semoga semua yang terlibat di redhai Allah.

Saya sering membuat dakwaan bahawa kita semua terikat dengan NAWAITU dalam berbuat sesuatu. Itu juga yang berlaku dalam urusan Mawaddah Kraf kerana niat saya sebagai mempererat SILATURRAHIM dan membantu di saat ia boleh membantu telahpun berlaku.  Apabila seorang ibu tunggal yang menjaga kiosk kraf di taman MBSA melangsungkan perkahwinan kiosk tidak terurus dan tinggal begitu sahaja, peserta lain juga kurang bermotivasi lantas hari ini masing-masing mencari halatuju tersendiri...CUMA...kami masih berSILATURRAHIM...satu nikmat terindah bersama MAWADDAH KRAF...alhamdulillah.

Sepasang suami isteri yang menetap di Pasir Salak Perak telah menampilkan bakat menghasilkan kraf terpilih dan saya kerap menziarahinya dan mempromosi hasil kerjatangan mereka. Entah di mana silapnya hari ini pasangan ini 'merajuk' dan meninggalkan passion mereka untuk berniaga makanan. Kiosk yang dahulu di penuhi kraf pameran kini menjadi gerai makanan ringan waktu petang dan malam hari.  

Dua tiga hari lepas saya dimaklumkan musim durian Pasir Salak sedang berluruhan lantas saya dan seorang teman yang minatkan durian memandu ke Pasir Salak 'mencari durian' di rumah pasangan pengkraf yang juga memiliki kebun durian. Nikmat buah durian kampong dan beberapa specie yang terkenal alhamdulillah...kouta gula saya pun melambung agaknya sebab dalam perjalanan balik terasa amat letih. 

Musim ini juga beberapa negeri di Malaysia di landa BANJIR...terutama di Pulau Pinang. Pertama kali negeri Pulau Pinang di lumpuhkan dengan ujian banjir dan terviral di mana-mana youtube Ketua Menteri Pulau Pinang merayu bantuan kerajaan pusat yang berlainan ideologi...MasyaAllah Allah ingin mendidik pemimpin when the chips are down...hanya bantuanNya di harapkan...janganlah kita terbawa-bawa dengan keangkuhan yang boleh menjelma dalam berbagai rupa...kuasa, kepintaran, kecekapan mentadbir dan segala macam kemampuan yang semuanya dari Allah...bila Allah perintahkan tenteraNya menyerang..hanya Dia yang boleh menolong...SubhanaAllah. Semoga semua orang mendapat pelajaran dan bertaddabur dengan musibah yang berlaku.

Kembali kepada MAWADDAH KRAF... rupanya pasangan pengkraf betul-betul merajuk bila pelanggan 'menipu' mereka beribu ringgit tanpa melunaskan bayaran tempahan..ini belum termasuk masa menganyam yang bukan sedikit...mencekang mata...SubhanaAllah. Rajuk besar pasangan ini hingga tidak ada satu kraf pun tersisa...katanya juga kesan banjir besar dua tiga tahun yang lalu..semua peralatan kraf terjejas dek banjir. Khabarnya juga permohonan kepada beberapa jabatan untuk sokong promosi kraf tidak di hiraukan.

Ala kullihal..saya menjadi kaunselor hari itu dengan membawa kisah Mrs Leong yang menjadikan kraf sebagai terapi minda dan jiwa...janganlah dengan sedikit ujian kita patah semangat menjadi kreatif.  Berilah masa untuk minat bernyawa semula...sekalipun sebuah hasil memakan masa berbulan menyiapkannya. Alhamdulillah di akhir sesi 'kaunseling' mereka akan cuba mengumpul semula majalah yang boleh di jadikan bahan dan memujuk semula petugas yang membantu membuat tapak kraf sekalipun satu tapak berharga 0.30 sen...kalu beribu keping dapat membantu ekonomi meleset sekarang.

Kisah MAWADDAH KRAF akan sentiasa berbunga di hati saya dan bernostalgia dengannya merupakan terapi juga pada saya. Berapa jiwa telah di sentuhnya dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah juga di jalankan hingga ke Sri Lanka...alhamdulillah. Kalau Allah sudah takdirkan rezeki itulah pastinya semoga semua amal Allah terima sebagai amal soleh di sisiNya..aaminn.       


 


No comments:

Post a Comment