NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, November 5, 2017

DARI ACHEH KE PUNCAK

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Ahad 5 November 2017/16 Safar 1439H

Alhamdulillah saya berkesempatan menulis hari ini. Nawaitu untuk berkongsi pengalaman sepanjang saya tidak berada di alam maya.

Bertepatan tajuk blog saya kali ini yang menyelusuri pergerakan saya mulai 19 - 23 Oktober ke Banda Acheh dan Medan, selang sehari selepas itu 25-29 Oktober saya menyertai rombongan ke Puncak Jakarta.

Setiap kita di izin Allah berada di sesuatu tempat sesuai dengan nawaitu masing-masing.  Lama saya teringin melawat Banda Acheh sejak trajedi Tsunami tahun 2004.  Seorang kenalan asal Acheh terkorban dalam musibah tersebut bersama keluarganya kecuali seorang anak lelakinya yang ketika kejadian tinggal dengan neneknya di tempat lain.

Terasa sayu saat menjejak kaki di lapangan terbang Banda Acheh kerana kalau kenalan yang saya sebutkan masih hidup tentu kami seronok bersama dan pasti saya dan suami tidak tertanya-tanya saat mendarat. Semoga ruh kenalan saya bersama suami dan dua anaknya selamat di alam barzah yang kita akan ke sana juga bila-bila masa sahaja.

Allah juga mengizinkan dalam pesawat saya mendapat tempat duduk bersebelahan dengan Prof Maseri University Pahang Malaysia yang mengatur acara kunjungan kepada mangsa Tsunami sebagai Taddabur program AsmaulHusna melalui iktikaf di masjid-masjid.  Saya mengikuti perkembangan taddabur ini selepas saya menghantar dua orang staf Smartop hadir satu program di Shah Alam.  Sesi mengenal nama-nama Allah yang agong di sertai bicara hati amat besar impact kepada jiwa yang ingin menghayatai kebesaran asma tersebut. Kami berpisah dalam pesawat sahaja kerana usaha menjejak masjid yang di kunjungi Prof dan jemaahnya seramai 30 orang tidak berjaya. Semoga program ini akan terus di adakan untuk penyertaan ramai lagi rakyat Malaysia yang belum berpeluang mengunjungi Banda Acheh.

Dua malam di Banda Acheh melengkapkan keinsafan saya tentang betapa dahsyatnya peristiwa tsunami 13 tahun lalu. Kesan yang paling saya tersentuh ialah keberadaan sebuah masjid RAHMATULLAH  di kawasan pantai Lampuuk yang hanya sedikit terjejas sedangkan kawasan sekitar hancur lebur... AllahuAkbar masjid ternnyata merupakan tempat masyarakat mencari perlindungan dan di selamatkan selepas tsunami.

Gambar-gambar tsunami berada di semua tempat terjejas dan juga di Muzium Tsunami.  Kisah menyayat hati di jadikan buku untuk jualan di sekitar kawasan yang di lawat pelancung.

Saya melihat Banda Acheh masih jauh terkebelakang walaupun membangun semula kawasan terjejas tsunami berlaku dengan bantuan negara seluruh dunia ..yang paling ketara negara Turki. Sejarahnya masyarakat kaum Turki memang telah lama berada di Acheh kesan hubungan pemerintahan empayer Othmaniyah.

Keletihan menaiki beca bermotor di Acheh membuatkan lawatan saya ke Medan berikutnya kurang bermaya dan kami hanya menginap di kawasan stesyen keretapi yang menghubungkan lapangan terbang KualaNamu dengan bandar Medan. Serupa dengan Banda Acheh masyarakat Medan juga jauh terkebelakang dan ekonomi agak merudum di mana-mana pun. Dua malam di Medan hanya di sulami bertemu sepupu bakal suami anak saudara saya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka asal Tanjung Balai Asahan Medan. Terasa hubungan silaturrahim merupakan anugerah terbesar Allah kepada manusia kerana dengan bersilaturrahim nikmat berlslam dan beriman amat membekas di jiwa.. Alhamdulillah. 

Saya dan suami pulang ke Tangkak sekembalinya kami daripada Medan kerana akan menemani 7 peserta trip Puncak Jakarta pada awal pagi 25 Oktober menaiki van yang di sewa khas. Trip ini juga membekas di jiwa saya  kerana yang bersama adalah saudara mara serta teman terdekat...syukur ya Allah trip ini selamat dan berjaya di adakan walaupun sedikit ujian merupakan rencah perjalanan. 

Lawatan ke Jakarta memperkenalkan peserta dengan Macet Total dan pasar borong pakaian muslimah. Lawatan yang bukan baru pada saya namun menyelaras 20 ahli rombongan memerlukan kepakaran dengan bantuan kenalan lama dan pak supir. Seperti yang saya katakan awal tadi semua kita terikat dengan nawaitu masing-masing, yang ingin berehat dan taddabur alam sekitar puncak dan Jakarta saya yakin semua telah mencapai tujuan, semoga Allah redha pengorbanan tenaga dan wang ringgit semua yang terlibat.

Sedikit ujian yang saya lalui adalah rahmat besar kerana kali ini saya kurang bergantung kepada kehadiran adik saya. Sebelum ini lawatan ke Jakarta saya sering menjadi tetamu VIP..makan minum dan penginapan semua 5 bintang. Semoga amal soleh adik saya meraikan saya dan suami serta beberapa rakan sebelum ini Allah redho sebagai bekalan akhiratnya..aamiin.

Saya berhenti di sini.  Semoga bertemu lagi...banyak berita mutakhir yang boleh di kongsi antaranya banjir yang melumpuhkan seluruh negeri Pulau Pinang hari ini dan belanjawan negara yang di bebani hutang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. lnsyaAllah akan menulis lagi

No comments:

Post a Comment