NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, October 18, 2016

TAWAKKAL 2

BismillahirRahmanirRahim
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selasa 18 Oktober 2016/17 Muharram 1438H

Alhamdulillah saya ingin menyambung blog bertajuk TAWAKKAL dengan izin Allah menceritakan sedikit penderitaan dan kesulitan masyarakat yang rata2 di himpit pelbagai isu tidak mudah di rungkai kecuali turun barokah Allah dari langit dan bumi.

Saya menerima satu mesej daripada seorang ibu tunggal oku yang pernah saya santuni sewaktu saya memegang peranan Ahli Majlis MBSA sekitar tahun 2009...kisahnya beliau baru keluar hospital kerana sakit usus dan kaki cacatnya bengkak sukar bergerak. Ketiga anaknya terbiar tanpa makanan dan persekolahan kerana tidak ada belanja. Pernah dahulu saya selidik latar belakang keluarga besarnya...di beritakan tidak ada yang peduli. Ketika di ajukan  kes beliau ke Pusat Zakat katanya bantuan hanya diberi setahun sekali dalam bulan Ramadhan menjelang aidilfitri.

Ibu malang berumur lingkungan akhir 30an ini sering keluar berjualan makanan ringan dan herba namun bila sakit rezekinya terhalang dan setiap kali dalam situasi tersebut beliau akan menghubungi saya. Di kariah surau attaqwa seksyen 7 Shah Alam kes beliau memang sering di kongsikan. Melihat zahirnya beliau berdatangan dengan kayu tongkat memang sulit namun inilah realitinya.

Saya mula mengaitkan kes ibu malang ini dengan merudumnya ekonomi sekitar dimana masyarakat sudah mula fokus untuk keperluan asas sahaja dan banyak perniagaan makanan luar dan pakaian tidak lagi menjana pendapatan yang baik. Harga barang amat ketara menangganya (naik tangga ecalator) di mana rm50 sekarang hanya bernilai rm5 berbanding 10 tahun dahulu. Samada ini ujian agar semua insan kembali ke basic need dan menjaga periuk nasi sendiri atau ujian keimanan agar lebih mantap dan BERTAWAKKAL kepada Allah setelah semua perintahNya di taati.

Saya mengajukan nasihat agar ibu muda menjaga solat dan fahaman alquran untuk dirinya dan anak2..segera di jawab anak-anaknya telah berhenti mengaji sebab tidak bayar yuran...Inilah realiti masyarakat lslam yang sukar mempraktikkan apa yang ada dan bergantung kepada institusi yang di bebankan kepada mereka sekalipun untuk berperanan sebagai individu muslim yang berakhlak karimah. Maksudnya terlalu bergantung kepada apa yang masyarakat lakukan dan sering menyalahkan pihak lain di atas penderitaan yang di alami. Isu PERGANTUNGAN kepada AlKhaliq yang menguasai langit dan bumi belum prioriti..berdoa kurang yakin dan paling malang berdoa hanya ketika di timpa musibah. WaAllahualam

Kita memang berada di akhir zaman untuk berpegang teguh sekalipun mengiggit dengan geraham akidah dan keimanan yang kental kepada Allah dan Rasul. Saya bertawakkal sahaja memaklumkan kisah ibu tunggal ini kepada kawan2 yang saya bayangkan mereka boleh membantu termasuk kariah. Alhamdulillah ada yang menyahut seruan membantu semoga Allah gandakan ganjaran tersebut terutama di alam sulit kematian nanti.

Saya menyambung blog TAWAKKAL ini semata-mata dengan keyakinan bahawa punca segala musibah muslihat dan karenah yang kita hadapi ini adalah kerana manusia sudah kurang mengharapkan bantuan Allah..semua isu di fikirkan sendiri melalui pemikiran dangkal yang asalnya anugerah Allah juga. Manusia lupa membuka switch aliran power of akidah dalam urusan mereka...meninggalkan Allah kecuali di saat kecundang. WaAllahualam

Saya menulis ni pun dalam keadaan tergesa..mohon undur. Saya hanya ingin meyakinkan diri yang kerdil ini bahawa TAWAKKAL bermaksud kena yakin pertolongan Allah itu dekat jika kita ikhlas ingin meninggikan kalimatNya dalam diri dan persekitaran kita. Antara contoh ikhlas ialah merasa getaran dan sentuhan kewujudan Allah dalam setiap gerak geri..insaf sentiasa di perhati dan takut menerima akibat cuai dengan anugerah Allah..cuai dengan kata2, cuai dengan akhlak sekalipun cara menutup aurat..cuai berdoa ketika senang dan cuai memperhatikan Deen lslam tidak di cemari di sana sini kerana JAHIL dan ramai yang terbuai dengan hiburan yang melalaikan..WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment