NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, October 27, 2016

SAYING IT RIGHT (UCAPKAN DENGAN TEPAT)


BismillairRahmanirRahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Khamis 27 Oktober 2016 / 26 Muharram 1438H

Alhamdulillah segala pujian kepada Allah yang menganugerahkan saya insan-insan mulia di sekeliling saya yang sentiasa memperingatkan keterlanjuran saya. Hanya kasih sayang kerana Allah sahaja yang mampu melahirkan akhlakul kareem (peribadi mulia)

Mundar mandir Tangkak Shah Alam sepanjang Smartop Pre School di tubuhkan meletakkan saya dan suami lebih perihatin kepada masyarakat kampong dan cara berfikir mereka. Mudah dan tidak melelahkan serta mengurangkan sifat panjang angan-angan. Sesekali menganjurkan kelas bahasa arab mudah untuk memahami alquran saya rasa ada getaran dan cabaran di jiwa bahawa tugas ini sama pentingnya dengan ingin melahirkan anak-anak pre school yang wajib kenal Pencipta mereka.

Kesempatan yang lebih berkesan di jiwa ialah menyertai pelbagai program anjuran ibu-ibu muda yang berkaitan penerapan budaya alQuran. Sebahagian mereka sudah arif dengan Home schooling mendidik anak-anak di rumah melalui pelbagai kaedah yang amat menarik. Salah satunya bernama 'Poket Pokemon'.

Saya tertanya-tanya mengapa tajuk demikian, antara sebabnya anak-anak hari ini kagum dengan cara character karton Pokemon Jepun menyelesaikan masalah simple dan berkesan. Jadinya cara berinteraksi dengan anak-anak pun harus tidak membebankan ibu bapa dan anak-anak. la harus ada empat unsur C berinteraksi dengan siapa sahaja-Communication, Collaboration.Cooperation dan Creativity (Bercakap,Bersatuhati, Berkerjasama dan Meransang idea baru).

Apa pun satu daripada kaedah berinteraksi adalah SAYING IT RIGHT maksudnya ibu bapa harus tidak berbelit-belit bercakap dengan anak-anak agar tepat maksud yang hendak di sampaikan apatah lagi di larang mengomel atau mengungkit. Saya merenung dalam sekali sikap tension ibu bapa bari ini yang mungkin di warisi ketika mereka di asuh ibu bapa yang belum terdedah dengan pelbagai teknik keibubapaan..belum hazam kaedah Luqman AlHakim dalam surah AlFurqan..

Saya mengaku sayalah orang pertama yang jahil muraqab tentang kaedah 4C..hanya tahu mengarah itu ini almaklum konon kerja pegawai tinggi...dah berhenti sukarela pun masih mengarah...dah terlibat dengan motivasi ibu tunggal seluruh Malaysia pun masih berlagak...adduhh...yang salah ialah diri sendiri..kebal dengan sentuhan ArRahamani Rahim...Astagfirullah...

SAYING IT RIGHT pada saya lahir dari hati suci untuk mendapat redho Allah..seolah berinteraksi dengan Allah dahulu barulah anak atau sesiapa sahaja yang kita berhubung. Tepatlah bila sebuah hadis soheh menyebut "Bercakaplah yang baik atau diam.." Kejahilan tentang AlQuran dan Hadis serta Sunnah Rasulullah saw adalah punca segala miscommunication. Saya berdoa Allah tenggelamkanlah saya dengan budaya Alquran dan Sunnah ini sebelum saya mengakhiri hayat ini agar tertebus segala kesilapan yang saya terlanjur..amiin

Dalam satu mesyuarat dengan kakitangan Tadika Smartop saya mendapat briefing awal yang kakitangan mula luntur komitmen dan disiplin...kerap datang lewat membiarkan anak-anak bersendirian sesama mereka tanpa kawalan dan santunan..kurang menghadiri kuliah wajib dan taddarus harian alquran..Terkilan rasanya mendengar perkembangan negatif ke tahap saya kurang peka kaedah SAYING IT RIGHT bila memulakan mesyuarat.  Terus sahaja kepada agenda menyebut masalah tanpa menyediakan suasana hati yang berlapang dada. Sebaik habis mesyuarat saya di tegur oleh teman saya. .SubhanaAllah...ini rupanya erti penghayatan...saya kurang menghayati kaedah SAYING IT RIGHT...malu dan rasa terhina di hadapan Allah yang menghakimi akhlak buruk saya..

Mohon berhenti ada urusan perlu di bereskan. Cuma teringat pesanan Zakir Nike bila di tanya rahsia berjaya...1.Jaga hubungan dengan Allah 2. Bersungguh2 3. Tahu teknik melakukan sesuatu agar berkesan...semoga Allah redho dan beri saya petunjuk

No comments:

Post a Comment