NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, October 17, 2016

TAWAKKAL

BismillhirRhmanirRahim
Assalamualaikum warahmatullhi Wabarakatuh
Isnin  17  Oktober 2016 / 16 Muharram  1438H

Alhamdulillah tahun baru Hijrah sudah pun di langkau lebih dua minggu.  Syukur umur masih di panjangkan oleh Allah Al Hakim. 

Banyak peristiwa yang saya lalui mutaakhir ini mengajar saya erti TAWAKKAL kepada Allah kerana Allah pasti memenuhi keperluan makhlukNya selagi makhluk masih bernyawa.

Sekembali kami daripada Labuan dan Brunei ternyata kami melewati bujet termasuk membaiki kereta proton yang di ambialih daripada anak angkat saya. Antara strategi mengawal kewangan adalah kurang berbelanja kecuali yang perlu dan kurang berulangalik Tangkak ke Shah Alam. Namun masih banyak tuntutan yang belum dapat di bereskan.

Saya dan suami mula belajar  BERTAWAKKAL..serahkan   bagaimana dan siapa yang Allah aturkan kami di beri jalan keluar terutama dalam masalah kewangan. Satu  ketika suami saya yang pulang ke Shah Alam menaiki bas minta hantarkan sedikit wang. Ujian berlaku card  ATMnya gagal mengeluarkan wang. SubhanaAllah anak saya dan kawannya yang menghantar ke station bas masih ada...suami saya lega dan menalipon...Ini lah hasil BERTWAKKAL...kan Allah ada...Saya akur dan memang saya tabiklah sikap suami saya yang selalu santai dalam hal begini..Saya yang sering panik bila tiba-tiba beliau meluncur ke Petronas dan minta di isi petrol kereta yang mencicah kosong...biasanya memang saya ada spare cash..Adakah ini tanda saya kurang BERTAWAKKAL...WaAllahualam.

Namun saya di 'didik' konsep TAWAKKAL ini dengan beberapa peristiwa. Antaranya keperluan Tadika dan Taska yang mendesak dan  di perlukan dalam dua tiga hari lagi. Menunggu dua tiga hari itu saya yang panik mencari (meminjam) di sana sini...tup2  pada hari yang tepat kewangan di perlukan Allah telah sedia menghantar bantuan just in time...dan jumlah yang cukup seperti yang di perlukan...Ini kisah benar bila tiba-tiba sepupu saya menalipon pada pagi yang kewangan di perlukan bahawa beliau ada berjanji ingin membeli set cadar namun terlupa dan Allah ingatkan pagi tersebut beliau akan datang mengmbil dan membayar cash....  SubhanaAllah ...sedangkan saya telah pun meminjam sejumlah wang untuk keperluan tersebut...Urut dada saya kerana kurang BERTAWAKKAL sebenarnya. Seolah saya bergantung kepada usaha saya sendiri menyelesaikan masalah...begitulah saya belajar bahawa dalam apa keadaan bertenang lebih baik...nawaitu kena jaga kerana kalau ikhlas kerana Allah pasti ada jalan keluar

Tentang USAHA yang menjadi asbab kepada pertolongan Allah ia harus datang daripada perancangan yang lebih baik berbanding meminjam di sana sini kerana  akan MENYUSAHKAN orang lain...WaAllahualam..saya belajar daripada kesulitan begini untuk megatur perncangan kewangn saya agar lebih rapi, kurangkan keinginan dan baliklh kepad BASIC need sahaja. Banyakkan memberi dalam keadaan senang dan susah..bergantung penuh hrp kepada pertolongan Allah.

Saya di datangi tetamu satu keluarga selama dua malam...dalam keadaan bujet terhad saya melayani sebaiknya dengan menggunakan apa bahan yang ada di rumah, antaranya menjamu tetamu dengan mengoreng nasi...paginya masak nasi lemak dan rebus ubi dengan sambal tumis...dan malam akhir mengoreng mihun serta masak sejenis lauk sahaja...SubhanaAllah tamu saya menyambut layanan saya dengan kata-kata yang amat menyentuh hati...tak pernah rasa sesedap nasi goreng dan nasi lemak selama hidup mereka...SubhanaAllah...ini semua cerita HATI...dan TAWAKKAL...ya Allah hambaMu lemah untuk menghargai konsep BERTAWAKKAL lebih utama...WaAllaualam  

No comments:

Post a Comment