NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, December 2, 2015

ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

ASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Rabu 2 Disember 2015/20 Safar 1437H

Alhamdulillah..percaya atau tidak saya sekarang sedang menaip blog ini dalam ETS dari Padang Besar ke KL Sentral dan sekarang berhenti di Stesyen Ipoh jam 7.40 malam.

Satu perkhidmatan pengangkutan yang meningkat popular masakini kerana sejak di perkenalkan tiket sentiasa penuh dan saya secara peribadi telah lima (5) kali menggunakan perkhidmatan ini. 

Banyak sebab saya menggunakan perkhidmatan ini antaranya umur yang meningkat yang tidak lagi sesuai untuk memandu jauh di kuatiri keletihan membawa bahaya sementelah kadar tol yang kian membebankan dan kenaikan harga petrol melelahkan poket.

Tawaran untuk wargamas menggunakan khidmat ini menarik juga kerana hanya membayar 50% daripada kadar biasa. Apabila saya war-warkan di kalangan wargamas ramai yang tertarik dan mulalah saya dan suami menjadi organizer pakej lawatan ke Padang Besar dan kini telah mula melangkah untuk melawat negara jiran Thailand.

Alhamdulillah saya dan suami melihat pakej ETS sebagai hiburan buat jasad yang kian melemah di samping menjadikan lawatan menggunakan khidmat ETS sebagai satu cara 'reaching out' rakan dan teman,saudara mara serta golongan wargamas yang kurang berpeluang menikmati pakej pelancungan menggunakan kapalterbang...walaupun Air Asia menggamit dengan logo "everyone can fly'

ETS dengan pakej everyone can travel pada pandangan saya menarik namun pemerhatian awal saya ada kaitan dengan cara berfikir masyarakat kita sejak lama iaitu tidak SYUMUL dan tidak WHOLISTIC. ETS menjimatkan waktu perjalanan kerana menggunakan keretapi letrik yang lebih laju...berhenti di stesyen besar yang telah di ubahsuai..menarik minat wargamas,,,namun setiba di setiap stesyen wargamaslah orang yang sangsara...kerana rekabentuk stesyen saya perhatikan menampilkan tangga yang curam tinggi dan perkhidmatan lif sering rosak.

Dalam keretapi juga awalnya toilet bersih dan canggih besar...kali kelima saya menggunakan khidmat ini dan sewaktu musim cuti sekolah pula hanya satu yang beroperasi. Saya menghantar email ke KTMB berhad...harap-harap teguran dan komplain saya mendapat perhatian pengurusan KTMB.

Sayang dan malang bagi sebuah organisasi yang ingin berubah namun perubahan tidak menyeluruh bermula daripada konsep menjadikan tugas sebagai AMANAH dan IBADAH. Mungkin saya bercakap kepada audien Muslim namun jika kita tinjau khidmat keretapi di Jepun sebuah negara penduduk bukan lslam mereka melihat excellence atau cemerlang sebagai budaya hidup yang tidak boleh dikompromi. Silap haribulan jika Allah beri Hidayah dan Taufiq kepada warga Jepun mungkin mereka dapat menampilkan nilai KHIDMAT yang sebenar untuk lslam. WaAllahualam

No comments:

Post a Comment