NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, November 11, 2015

EXIT STRTEGY (STRATEGI KELUAR DARIPADA MASALAH)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Isnin 9 November 2015 / 27 Muharram 1437H/di sambung Rabu 11 November 2015

Alhamdulillah sedikit ruang masa untuk menulis blog mengingatkan saya pertemuan dengan seorang teman adik saya yang kini bertugas di Dubai. Kata-kata yang terlekat di fikiran saya hanya istilahnya sebagai seorang usahawan berjaya iaitu EXIT STRATEGY.

Panjang kisahnya yang menyebabkan istilah tersebut menjadi falsafah hidupnya kini. Sebagai bekas seorang pegawai tinggi dalam sebuah badan kerajaan penghijrahannya ke Dubai merupakan EXIT STRATEGY (penyelesaian masalah) apabila keberadaannya dalam organisasi dahulu kurang nikmat bekerja. Sementelh pula tawaran di Dubai adalah 10 kali lebih ganjaran berbanding tugas di organisasi lama.

Saya merenung sejarah kehidupan saya sendiri dan cuba mengaitkan dengan konsep EXIT STRATEGY di mana saya mulai merasakan ia sebuah kisah menarik untuk keluar daripada pelbagai kemelut an permasalahan. Kata kawan adik saya konsep EXIT STRATEGY kerap berlaku dalam bidang perniagaan di mana sekiranya sebuah perniagaan kurang menguntungkan cepat-cepat cari jalan keluar daripada terbeban terus dengan masalah hutang yang bertambah. Atau sekiranya tidak terbeban perniagaan haruslah mampu menjana sedikit keuntungan berbanding waktu memulakan perniagaan' 

Sebuah kisah hidup yang di bimbangi tertompok dosa berterusan harus ada EXIT STRATEGY iaitu TAUBAT NASUHA sebelum benar-benar keluar daripada medan perjungan hidup untuk bertemu Allah. Ada kisah seorang anak yang menjauhkan diri daripada ibu bapa agar rahsianya tidak terbongkar namun kesempitan terus menghimpit kerana EXIT STRATEGYnya untuk melarikan diri tersalah matlamat. 

Di pringkat kepimpinan negara antara EXIT STRATEGY adalah menutup mulut mereka yang menentang sesuatu perancangan ke tahap menggadaikan prinsip keadilan malah mengundang kezaliman. Baru-baru ini saya terbaca kenyataan seorang mentei senior yang mengancam rakyat jangan banyak soal dan duduk diam menerima karenah kepimpinan kalau mau selamat. Pada saya itu kenyataan peribadi rendah jati diri atau dalam lain perkataan PENGECUT.

Entah mengapa tajuk blog saya kali ini menyimpang dari biasa kerana terlalu banyak hendak di kongsikan antaranya cara brfikir masyarakat yang bersimpang siur sekarang. Apa yang betul di anggap salah apa yang tidak benar di muliakan. Isu VAPE rokok elektronik jelas-jelas menutup isu 1MDB dan karenah pengurusan negara. Ada yang menjadi jutawan kerananya dan lebih ramai sangsara sebagai mangsanya kerana di fahamkan ada unsur cecair dadah di masukkan untuk mengeluarkan kepulan asap VAPE. Golongan wanita tidak terkecali melanggan ketagihan ini dan gambar wanita bertudung menhisap VAPE yang di wassap kepada saya meloyakan sekali.

Dari satu sudut EXIT STRATEGY merupakan cara pandang untuk melontarkan komen. Saya menyaksikan sendiri paradigma atau cara fikir ahli keluarga saya mengenai beberapa isu dalam melontarkan fikrah mereka. Isu mengambil anak angkat di permulaan perkahwinan saya mengundang gossip dan tohmahan ahli keluarga yang suka melihat sesuatu dari sudut pandang negatif. Namun saya bertahan kerana saya tidak mendengar sendiri komen tersebut. Anak-anak yang saya 'angkat' juga bebas berjumpa ibu bapa kandung mereka. Tambahan arwah emak saya penyokong tegar untuk membantu menjaga anak kecil yang terlantar.  Semoga emak saya terus mendapat pahala amal solehnya menjaga anak-anak saya sewaktu kecil. Doa saya juga agar anak-anak yang mendapat sentuhan belaian emak saya terus ingat jasa seorang insan yang memiliki sifat kasih sayang dan IHSAN. 

Strategi keluar atau EXIT STRATEGY dari masalah tidak di kurniakan anak sering di perkatakan ahli keluarga saya: Rawatan, Minta suami berkahwin lain dan menjaga anak waris sendiri. Ada yang menyebut anak angkat bukan darah daging sendiri; tak tau asal usul dan anak angkat haram bersentuhan.Tidak ada nasihat yang positif untuk saya memperbetulkan hubungan agar sah seperti anak susuan. Perkara ini saya tahu hanya selepas anak-anak membesar. Saya mendoakan komen negatif tersebut di tukar mejadi taubat daripada sesiapa yang melontarkannya dan saya dah maafkan semua insyaAllah.

Jika di tanya sekarang samada saya ada EXIT STATEGY tentang menjaga anak angkat saya tiada jawapan. Menjaga anak angkat pada saya di mulai niat yang suci untuk membesarkan seorang insan agar dia boleh bersyahadah, bersolat dan membesarkan pencipta. Saya akan terus menganggap anak-anak tersebut sebagai keluarga saya kerana umat lslam semua bersaudara. Dalam hubungan saya dengan orang lain pun saya menganggap mereka semacam ahli keluarga, apatah lagi kami yang membasuhkan najis mereka waktu kecil, makan semeja dan bermusafir bersama. Harapan saya anak-anak memiliki naluri yang sama dengan saya dan suami bahawa semua urusan adalah dengan izin Allah. Apa pun pertemuan dan perpisahan dalam keluarga angkat adalah takdir Allah. 

Pasrah saya kepada Allah sahaja kerana dalam keadaan anak sendiri pun persekitaran yang mendidik mereka sekarang mengharukan sekali apalah yang kita harapkan daripada anak angkat yang memang ada sedikit sebanyak pengaruh sewaktu ibu kandung mengandungkan mereka. Hanya ilmu dan iman yang dapat membendung segala musibah yang hakikatnya Allah telah pun berikan peringatan dalam Alquran.

Hari ini trend mengambil anak angkat telah mula menular dalam keluarga saya termasuk yang membuat komen negatif satu ketika dahulu. Lebih ramai lagi yang terpaksa menarik balik tuduhan 'duduk serumah dengan yang bukan muhrim' kerana hari ini anak menantu ipar duai sudah mula tinggal serumah dalam rumah agam. Saya sebagai pemerhati hanya bertasbih dalam hati bahawa dalam kejahilan sering kita membuat sesuatu yang akan kembali menampar muka kita juga. So EXIT STRATEGY kita dalam semua perkara ialah BERCAKAP YANG BAIK ATU DIAM.   WaAllaualam  

No comments:

Post a Comment