NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 14, 2015

RELEVEN KAH KITA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ahad 14 Jun 2015 / 28 Syaaban 1436H

Menjelang Ramadhan hanya tak berapa hari lagi saya memang terasa sayu...manakan saya mudah lupa kematian arwah bapa saya dalam bulan Ramadhan 1991....impek dan terpukulnya hati kesedihan sukar di rawat kerana arwah bapa saya adalah idola saya satu-satunya sejak kecil. 

Begitu juga arwah ibu saya meninggal beberapa hari sebelum Ramadhan sewaktu saya menunaikan Umrah dalam tahun 2006. Saya masih ingat selepas menunaikan solat zohor di kawasan Masjidilharam adik ipar saya menalipon berita sedih itu, lemah saya terkulai jatuh....

Mengingat kematian saya mengambil iktibar kata-kata Saidina Umar...satu hari nanti namaku juga akan di sebut sebagai jenazah.... ya nama saya juga akan di sebut lantas apa persiapan mendekati saat itu. Adakah perasaan ini telah terdidik untuk berada di alam yang semuanya asing berbanding bumi ini. Semuanya di tadbir Allah,mulut terkunci untuk menyatakan yang benar sahaja berbanding di dunia ini kita boleh membuat komen sesuka hati.

Seriau... cemas juga membaca komen ramai penyokong dan penentang sebuah parti lslam di negara ini yang sedang di uji dengan kecekapan membuat keputusan yang jitu. Komen saya QAULAN SADIDA... sepotong ayat Quran Surah AlAhzab 70 mengajar agar bercakap yang jelas,jujur dan benar, jangan berbelit-belit supaya tidak menimbulkan masalah lain di masa akan datang.  

Soalan kedua RELEVEN KAH KITA dalam senario kalut hari ini ialah dalam menyampaikan buah fikiran yang di bimbangi termasuk dalam orbit fitnah dan ghaibah. Dalam sebahagian matan sebuah hadis riwayat Muslim Rasulullah saw pernah bersabda,"Jika apa yang kamu katakan itu (yang tidak di sukainya) benar ada pada seseorang itu, maka sungguh engkau telah menghaibahnya (mengumpatnya) ; sedangkan jika apa yang di katakan itu tidak benar, maka sesungguhnya engkau telah memfitnahnya (menuduhnya)"

Tajuk blog saya kali ini RELEVEN KAH KITA hanya sekadar bertanya diri saya sendiri samada saya masih PERLU dan DI PERLUKAN untuk masuk dalam maksud releven kepada kehidupan orang lain, suami,anak, masyarakat dan sebagainya. Dalam sebuah komen saya terbaca teman dan rakan menyatakan orang yang bermodel siri 6.5 (maksudnya 65 tahun keatas) sudah obsolete...kaput, sedih namun tidak sedikit pun terasa hati kerana banyak benarnya jika kita insan berpenyakit,mudah lupa dan menyusahkan orang lain.

Arwah bapa saya menyatakan beberapa bulan sebelum kematiannya, "semua anak-anak dan berkahwin...apa lagi yang di tunggukan..." maksudnya beliau telah lepas tanggungjawab mendidik anak-anaknya yang 13 orang semuanya. Berat tanggungan itu dan sekaligus beliau merasa tidak lagi di perlukan anak-anak. Satu persepsi yang kurang tepat namun lazim sama seperti komen model siri 6.5.  Apa yang anggota masysrakat gagal menyorot ialah keperluan kita menambah amal soleh dalam baki hidup kerana di sebut dalam surah AlFajr ayat 23-24 bermaksud..."Dan pada hari itu di perlihatkan neraka jahanam; pada hari itu sedarlah manusia tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu. Dia berkata, "alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan kebajikan untuk hidupku ini."

Bermaksud dalam saat mana pun hidup ini selagi Allah izinkan nyawa kita masih ada kita MASIH RELEVEN...dan perlu mempamerkan keRELEVENAN itu...dengan: Pertamanya mensyukuri nikmat Allah yang terlalu melimpah ruah semoga berpanjangan hingga akhirat; Kedua mentaddaburi ayat-ayat Allah yang tertulis dan tersergam dalam kejadian serta insiden yang berlaku sepanjang hayat kita dan mengambil iktibar mengikut batas syarak; Ketiga menjadi contoh keunggulan agama anugerah ini dalam setiap perilaku dan cara berfikir agar tidak disalaherti malah menjadikan diri kita lebih baik dari orang lain lantas terjebak dalam syirik kahfi (ujub) dan Akhirnya memimpin diri dan orang lain yang di bawah pengaruh kita kepada kebaikan yang laku dialam akhirat jika mampu.

Isu kepimpinan memang darurat di sekitar kita hari ini kerana terang lagi bersuluh amat kurang 'substance' yang boleh di contohi daripada barisan kepimpinan KECUALI dikalangan yang beriman dan bertaqwa... yang tidak ada siapa dapat menunjukkannya dalam hayat ini (kena mati dulu baru tau). Cuma saya ingin berkongsi bahawa kepimpinan YANG RELEVEN itu bukan memimpin organisasi dan memerintah kerajaan sahaja.

Kisah 1 : Sewaktu kami mengadakan program menyambut ketibaan Ramadhan di Smartop baru-baru ini saya berkesempatan memotong buah di dapor...masuk sahaja dalam kawasan dapor saya lihat kebersihannya unik sekalipun dapor itu bukannya canggih dengan peralatan moden pun.  Terdetikdi hati rasa tenang dan seronok...Chef kami masih RELEVEN mempamerkan kebersihan begini kepada pelanggannya termasuk saya.

Kisah 2 : Seorang pendatang haram bangsa Bengladesh sering membuat 'onar' (ganggu) di kalangan jemaah surau sekitar Shah Alam. Kalau kita dalam keadannya pun mungkin kita akan bertindak sama. Entah yang keberapa kali beliau minta sumbangan untuk pulang ke Bengladesh namun masih tercegat di sekitar surau-surau di Shah alam ke tahap ramai jemaah yang melarikan diri bila bersua dengannya kerana pasti beliau akan mendesak pelbagai keperluan untuk menyara hidup dan mohon belanja untuk pulang ke negaranya. Seorang hamba Allah yang kebetulan nombor taliponnya di ketahui warga Bangladesh ini, baik siang maupun malam si Bengla ini akan menaliponya bercerita kisah sedih ibunya sakit tenatlah,  tidak ada wanglah dan susah menyara hiduplah sebagai pendatang. Saya tabek kesabaran hamba Allah ini kerana akan membuat perjanjian bertemu dengan Bengla ini setiapkali beliau bermasalah. Akhirnya jemaah surau sepakat menyatakan rakyat Bengladesh ini perlu di dampingi seseorang untuk pergi ke Embassy negaranya minta dokumen, belikan tiket,bawa ke Jabatan Imigeresen dan hantar ke KLIA untuk dia pulang for good...kalau tidak beberapa tahun lagi masalah yang sama akan berulang...Saya tabek lagi contoh kepimpinan hamba Allah ini...terus respond,,,saya akan uruskan katanya. Semua terkejut...biar betul...banyak kerja ni...small matter katanya saya seorang pesara. Saya terus melebelnya PESARA YANG MASIH RELEVEN kepada seorang rakyat Bengladesh,insyaAllah di akhirat nanti dia akan cari siapa yang ikhlas menolongnya.Amiin

Dua insiden kecil yang tersorok di sudut dapor dan di sudut hati seorang insan tak berstatus...pada saya adalah substance kepada isu kepimpinan. Penceramah Nouman Ali Khan berkali kali mengingatkan agar di perbetul nawaitu melakukan sesuatu dimana sekecil sentuhan pun akan di rasai nikmat RELEVENNYA KITA. waAllahu'alam.  

No comments:

Post a Comment