NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, July 22, 2015

FORVER PRAYING VS FOREVER EATING

Assalamualaikum waahmatullahiwabarakatuh

RABU 22 Julai 2015 /  6 Syawal 1436H

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengizinkan sebahagian kita menghabiskan Ramadhan dalam keadaan sihat dan penuh rahmat. Semoga berlalunya Ramadhan sekali lagi dalam hidup kita bertambahnya satu episod peningkatan roh dan kecintaan kepada deen yang membahagakan umat di muka bumi ini, ameen.

Kekangan yang penuh hikmah sepanjang Ramadhan tidak memungkinkan saya menulis blog sesuka hati.  Gantinya adalah perkara manual yang di lakukan tanpa banyak gangguan sistem canggih ipad, iphon dan sebagainya malah menunaikan solat terawih pun tanpa membawa handfon yang begitu mengamankan...  
Teringat saya kisah di perantauan di Canberra satu ketika dahulu bersama anak teman yang baru pertama kali melihat jemaah menunaikan solat terawih...dia kagum lantas tercetus 'why are you all FOR EVER PRAYING..' ayahnya gelak sahaja menjawab 'this is terawih dear,,,only in Ramadhan...' si anak angguk faham, Kata-kata anak berumur tidak sampai 5 tahun itu sentiasa terngiang di telinga saya setiap hadir Ramadhan kerana bulan barokah ini hanya menyapa hati yang sensitif bahawa ia datang hanya sekali dalam setahun dan jika kita mengabaikannya ruginya yang teramat. ..FOREVER PRAYING adalah icon Ramadhan..seeloknya di tambah dengan FOREVER READING ALQURAN..sebab dalam bersolat perlukan bancaan Alquran yang bukan sedikit.

Alhamdulillah Smartop telah memulakan sesi taddarus Alquran mulai Ramadhan tahun ini dan saya berkompromi dengan teman di Shah Alam mengizinkan saya tidak hadir taddarus mereka tahun ini. Dalam hati ini memang seronok bersama teman namun saya juga membisikkan di hati kecil tanggungjawab memerhati kemahiran dan kemampuan petugas Smartop di bidang kritikal menelaah Alquran. Tepat sekali pemerhatian saya ada di kalangan petugas yang asing dengan Alquran dan kurang memahami peranan perlembagaan hidup berteraskan alquran. 

 Kini bulan barokah telah berlalu pergi, sepinya hati ini kehilangan solat terawih memang nyata. Setiap malam terasa berat mata memuka suhuf dan menambah solat dek kekenyangan berhari raya...kesan FOR EVER EATING...Open house merata rumah saudara mara yang ramai (saya 13 adik beradik, suami saya 14 adik beradik).  Kena put a stop sebentar dan kami memulakan puasa sunat syawal seawal yang mampu, alhamdulillah.

Sebulan yang berlalu dengan pantas menggambarkan betapa masa yang begitu cepat berlalu. Teman-teman sebaya merasakan mereka belum bersedia menerima umur 67 tahun tahun ini (born 1948) namun ia segera datang dan tidak dapat di tolak lagi, begitu juga ajal...tak tau bila ia akan menjelma secara tiba-tiba. Daripada FOREVER EATING marilah kita sama-sama menjadi makhluk yang lain yang  FOREVER PRAYING (Bertasbih) meningati kebesaran Allah yang telah memberi kita pelbagai nikmat yang tidak terhitung ketahap kita hanya mengharapkan RahmatNya untuk mempu membalas segala nikmat ini. WaAllahualam.

No comments:

Post a Comment