NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 7, 2015

KUNN ANTA (JADILAH DIRIMU)

Ahad 24 Mei 2015 / 5 Syaaban 1436H- Bersambung 7 Jun 2015

Sepanjang saya tidak menulis blog terlalu banyak peristiwa yang terjadi baik peringkat individu (mikro) maupun masyarakat dan negara (makro). Terlalu berbelit pelbagai isu yang sukar di ulas hingga ketahap 'speechless' (tak tau nak cakap apa).  Allah juga mengizinkan portal wifi saya kurang berfungsi di Bandar Baru Tangkak (BBT) hingga saya terkapai juga untuk mencari dan menyampai berita menggunakan internet. Menurut talikom tempat baru macam BBT masih belum di pasang cable dan line steamyx pun sukar capaiannya. 


Tajuk yang saya pilih setelah lama tidak menulis lucu sedikit kerana ia berdasarkan sebuah nasyid bahasa Arab oleh Humood AlKhudher KUNN ANTA.. bermaksud jadilah dirimu sendiri jangan meniru orang lain. Mesej yang jelas adalah bersyukur dengan anugerah Allah bermula pada diri dan setiap perubahan pun harus bermula daripada mengatur wawasan diri sendiri.

Mutakhir ini terlalu banyak cakap-cakap dan komen diomel sana sini tentang isu GST, 1MDB dan POLITIK amat mengelirukan ke tahap ramai di kalangan kita hari ini hilang fokus apa makna dan matlamat kehidupan yang singkat ini.

Selama tidak menulis juga aktiviti yang saya sertai banyak berlaku di Tangkak, antaranya memantau perkembangan kakitangan Smartop, meraikan hari guru, ziarah anak-anak Tadika sakit, solat hajat serta mendoakan kesejahteraan rumah seorang saudara baru yang juga kakitangan sambilan Smartop. Allah izin juga suami saya perlu menjalani 'operation' kecil kerana di bahunya terdapat 'growth' yang kian membesar. Lama berada di Tangkak mengasuh kerendahan jiwa saya berdamping dengan tempat saya di lahirkan yang tidak sedikit mengundang pelbagai nostalgia tidak terkecuali sentuhan kekesalan.

Dua hari lalu saya hadir majlis perkahwinan anak arwah sepupu saya yang kematiannya tahun lalu tidak dimaklumkan kepada saya. Sedih juga berhubung dengan salah seorang anaknya yang pernah tinggal bersama saya satu ketika dahulu.
DI MAJLIS PERKAHWINAN. YANG BERTUDUNG HITAM ANAK ARWAH SEPUPU SAYA

Dalam majlis tersebut seorang warga emas duduk bersama kami menikmati hidangan yang kini menggunakan khidmat catering di dewan yang bersewa. Canggih juga kampong Bukit Kangkar kini menyediakan Dewan untuk majlis begini kerana pastinya berkenduri di rumah akan menambah beban tuan rumah yang ketiadaan isteri untuk memantau perjalanan program. Isu warga emas itu ialah omelannya yang berpanjangan...katanya dia orang miskin tak berduit, harga barang mahal, dia dah dua tahun tak tukar baju raya dan tiada siapa menjaga dia...umur sudah masuk 60 an....Saya mencelah 60an ke 70an.... 'entah'... dia menjawab acuh tak acuh. Pastinya beliau sudah mulai lupa...kerana penampilannya mirip 70an. Entah apa yang menyebabkan saya berbual dengan dia bertanya mak cik kena bayar ke panas matahari, udara yang di hirup...'tak' dia menjawab selamba. Itu sebab kita kena bersyukur Allah beri percuma,kalau kena bayar tak terbayar kita, masalah yang lain tu kecil saja. Dalam hati saya mengomel juga agaknya kalau udara dan matahari boleh di kenakan cukai mungkin kerajaan Malaysia akan kenakan juga.. he he...

Terpandang saya seorang teman lama yang saya gamit-gamit tidak memberi respond. Akhirnya saya bangun menuju beliau dan menyapa mesra. 'Engkau siapa" dia menyoal....hampir 10 minit juga saya menerangkan sejarah perkenalanan dengannya barulah dia ingat... MasyaAllah saya di dedahkan dengan sindrom bahawa faktor umur ada risiko cepat lupa... Ya Allah jangan lupakan aku tentangMu dan NabiMu, KitabMu dan agamaMu.  Doa saya dalam hati.

Dalam peristiwa lain sebelum itu saya di maklumkan dua orang anak-anak Smartop di kesan mengidap penyakit yang 'rare' atau jarang-jarang berlaku iaitu platlet darah merah kian berkurangan dan seorang lagi berkaitan buah pinggang. Dalam umur begitu muda saya amat terkesan betapa penyakit yang jarang-jarang berlaku ini di tanggung anak kecil yang terhalang fitrah suka bermain..Kami berusaha memohon Allah segera menyembuhkan mereka dalam satu program khas solat hajat di Masjid Jamek Bandar Tangkak. Alahamdulillah sambutan baik sekali daripada pihak masjid dan saya amat bersyukur kerana kehadiran suami saya yang kerap menunaikan solat berjumaah di masjid kini mempunyai kesan positif dan membuahkan hasil persahabatan yang akrab dengan kakitangan masjid.

KUNN ANTA membawa melodi dan lirik yang cantik sekali yang berakhir dengan kata-kata 'jadilah diri kamu sendiri pasti akan bertambah kecantikan yang sedia ada..' Keberadaan lama di Tangkak memungkinkan saya bersama cucu-cucu yang sedang membesar yang amat meminati nasyid...beralunlah nasyid KUNN ANTA sepanjang malam dan siang di rumah saya hingga mereka siap menghafalnya. Hiburan anugerah Allah ini memang saya dan suami terhibur dan waktu cuti mereka bertanding sesama sendiri bernasyid. Alhamdulillah masa yang terisi dengan sedikit aktiviti bermanfaat.

Bapa seorang petugas Smartop yang juga adik ipar saya meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Menurut ceritanya bekas tokoh guru yang pernah meraih pingat 'tokoh' ini berumur hampir 85 tahun, kawan arwah bapa saya dan jarang sakit. Namun penyebab ajal katanya dia mengalami masalah usus yang perlu di bedah dan selepas pembedahan terus koma dan menghembuskan nafas terakhir. Sewaktu melawatnya di Hospital Pakar Muar menggamit kisah sedih kematian adik saya dua tahun lalu di HUKM dalam keadaan yang sama, koma.  Semoga Allah merahmati ruhnya sama seperti arwah adik saya yang merupakan insan yang baik dan soleh insyaAllah. Kematian orang-orang soleh merupakan petanda akhir zaman dan kerugian umat, terutama di Malaysia sekarang yang pada pandangan saya gawat sekali dengan tersebarnya kezaliman dan fitnah yang tak terbendung di sana sini. 

Ramadhan kini menghampiri umat lslam dan persiapan menjadikan diri kita releven dalam bulan anugerah Allah ini perlulah di rancang dengan bijak. Walaupun Smartop berhasrat untuk membuat pelbagai sumbangan kepada kakitangan ternyata kekangan kewangan menjadi halangan. Saya berpendirian agar hadirnya Smartop menjadi pencetus kefahaman lslam yang jitu dalam masyarakat di Tangkak dan harus bermula dari dalam iaitu di kalangan kakitangan dan petugas. Doa saya agar petugas memahami perkara ini kerana Smartop merupakan ladang yang subur untuk meraih hasil jika ada tiga unsur: Sentiasa memohon pertolongan Allah; Menjaga Persaudaraan dengan ikhlas dan kasih sayang dan Bekerja kuat serta SMART. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment