NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, August 14, 2014

R & R

Assalamualaikum
Khamis 14 Ogos 2014/ 18 Syawal 1435H

Alhamdulillah thumma alhamdulillah

Lebih sebulan saya tidak menyentuh blog sesuai dengan azam untuk fokus meraikan Ramadhan Kareem, semoga Allah yang Maha Pengasih menerima amal ikhlas hamba Nya yang hina lagi lemah ini, aamiin.

Satu realiti yang tidak boleh di elakkan ialah sunnatullah yang terus berjalan: umur dari muda ke tua,  badan dari sihat ke uzur, hidup akan berakhir mati. Tidak terkecuali saya dan suami. Kami sedang melalui sedikit sentuhan peringatan dari Allah sebaik selesai Ramadhan. Bacaan gula dalam darah saya mendadak tinggi ke paras 18 dan penyakit suami saya seakan-akan berulang dengan petanda yang hampir sama iaitu bergegas membuang air kecil dan kerap pula.

Bagi orang yang kerap bermusafir di lebuhraya utara selatan petanda penyakit begini menyulitkan sekali terutama dalam kesesakan musim perayaan. Kami berpakat kena keluar lebuhraya 10 hari sebelum Syawal dan bermusafir semula seawalnya seminggu selepas syawal. Kami semacam di R&R(rehat dan rawat), alhamdulillah.

Nikmat dan Rahmat Allah tidak terhitung, tidak mampu di gambarkan dengan kalimah sejuta mana pun. Bayangkan tayar kereta elok puncture di perkarangan rumah dan bateri kereta yang sama terus padam dalam garage. Cuba bayangkan jika kita menghalang lalulintas atau proses membaikinya berjam-jam, waktu solat entah ke mana.

 Di umur senja, itu saja yang di ingat, harap-harap umur kami di cabut dalam keadaan bersolat atau berpuasa seperti yang di sabdakan Rasulullah saw. Aamiin.

Menulis blog menggunakan tab agak lambat, tapi desktop mogok tak benarkan saya log in. Apa pun saya ingin melakarkan pandangan tentang UJIAN yang sering d sebut ulang ramai manusia namun jarang mentaddaburinya. Sering ujian di kaitkan dengan susah, kesulitan dan kemelaratan ketahap boleh menjerumus kepada kekufuran, ingkar dan menyalahi takdir. Jarang kesenangan dan kemewahan hidup di anggap ujian yang boleh saja menjerumuskan pelakunya kepada kekufuran.

Contoh mudah ialah di saat orang yang mewah dan senang kehidupannya di uji dengan sedikit musibah ramai yang menganggap kemuliaan diri mereka terancam dan ingin terus mengekalkan kemewahan lantas terlibat dengan bermacam maksiat kerana tension dan kaedah yang tidak di redhai Allah seperti menampong kewangan melalui rasuah atau penipuan. Atau bersifat murung menangisi diri yang malang tanpa mengatasinya melalui usaha dan doa seikhlasnya kepada yang menurunkan ujian iaitu Allah yang Maha Besar.

Saya menggangap R&R beberapa ketika dalam hidup ini sebagai muhasabah diri kerana kurang bertanggungjawab terhadap banyak amanah. Di awali dengan bekalan ilmu pada diri serta ahli keluarga dan kurang istiqamah.

Perlunya R&R di sepanjang lebuhraya adalah untuk kemudahan musafir yang memang akan menempuh pelbagai kesulitan. Selain bilik air musafir dapat menghilang dahaga dan melegakan otot. Mengambil iktibar dalam kehidupan yang melebihi setengah abad wajar rasanya kami membuat unduran demi merawat segala yang lemah.

Di akhir Ramadhan baru-baru ini kami bersua kembali Ustaz Miftah yang kini menjadi tenaga pengajar sebuah sekolah swasta di Kuningan Jakarta. Beliau menceritakan program kuarantin hafazan dan taddabur alquran yang menggamit naluri dalaman saya ingin menyertainya. Semoga akhir Ogos ini merupakan masa sedikit sesuai sebelum ramai lagi anak saudara dan kenalan remaja yang akan menamatkan masa bujang mereka.

Bercakap tentang majlis perkahwinan sebaik habis Ramadhan tiga anak saudara mengatur rancangan pernikahan. Walau semua ingin di raikan Allah sahaja yang mengaturkan jadinya. Dalam satu majlis kami dah hampir tiba rumah pengantin namun ujian melanda jiwa ini. Terasa seperti yang saya sebut awal tadi bahawa kesenangan yang selalu di kecap menelurkan sikap tak boleh susah sedikit, rajuk dan marah. Maksudnya kurang redho dengan ketentuan Allah sebab kami ke kl menaiki kereta proton iswara manual. Yang tak terasa sakit jadi sakit, nak marah siapa tak taulah lantas saya buat keputusan pulang dan R&R. Rawat jiwa yang ` sakit` kerana selalu senang. Dan benarlah kesenangan itu satu ujian jiwa yang berat juga nak rawat.

Teguran ujian sebelum maut menyapa  mengajar saya terus menerus merawat jiwa ini agar ikhlas dan istiqamah.Easy to say than amalkan. Tidak ada pilihan untuk seorang hamba yang bertuhan kecuali move on...come what may yang di hajat dan di doakan sepanjang Ramadhan semoga membuahkan hasil insyaAllah. Wassalam

No comments:

Post a Comment