NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, July 12, 2014

JIHAD UNTUK PALESTIN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sabtu 12 Julai 2014 /15 Ramadhan 1435H

Sebut sahaja JIHAD PALESTIN menerpa di hati saya kenangan manis bersama teman-teman Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) mengadakan program perdana bersama Ummu Nidal (telah kembali kerahmatullah di Mesir sewaktu dalam pelarian dan pertempuran Arab Spring-semoga syurga untuknya) ibu kepada empat anak lelaki yang syahid demi mempertahankan akidah lslam di bumi AlAqsa.

Saya kurang pasti tahun berkenaan,mungkin 2009/2010 kami berkampong dirumah seorang teman di Shah Alam.Organisasi yang ulung di Malaysia memperjuangkan Palestin ketika itu adalah Aman Palestin.

 PERASMIAN PROGRAM PERKIM / SYARIKAT SEVEN SANABIL BERSAMA ASNAF

Dalam program iftar bersama Perkim Taman Melati WangsaMaju KL petang Sabtu saya 'diheret' sama oleh suami menyertainya. Ada 50-50 perasaan dalam hati ini untuk hadir majlis rasmi kerana saya lebih senang dengan makanan ringan dan ringkas. Namun rahmat dan nikmat Allah amat besar menanti kami sepanjang program.

Saya di dudukkan bersama isteri wakil Hamas Malaysia (Ummu Zahir) yang datang untuk mengutip sumbangan kecemasan ke Gaza yang sedang dilanda perang Ramadhan. Kutipan dibuat melalui Aman Palestin.

CEO SYARIKAT SEVEN SANABIL,WAKIL HAMAS MALAYSIA DAN CEO AMAN PALESTIN
PELANCARAN KUTIPAN UNTUK GAZA

Kesayuan mula menjajah hati ini bila Ummu Zahir berkongsi gambar dan video clip mutakhir serangan Zionis ke Gaza. Saya tak dapat upload dalam blog ini kerana smartphone mula berkerenah tak cukup memory dan sebagainya.   Namun semua gambar-gambar adalah tentang kesyahidan insan PILIHAN Allah,anak-anak kecil yang hancur kepala, nenek tua yang baru ingin menjamah iftar, pemuda Hamas yang komited menyerang kem yahudi sekalipun melalui jalan lautan. Mereka turut bersolat dalam air. MasyaAllah...dan bila diberitau mereka semua telah pun syahid dalam pertemporan dengan Yahudi air mata saya tidak behenti mengalir sayu kerana mereka masih muda dan baru ingin menikmati kehidupan. Ummu Zahir meyakinkan saya mereka akan hidup lebih lama disyurga dan nenek yang maut sewaktu iftar sedang menyambung makanan di syurga.

Ummu Zahir membuat saya tersenyum tapi apa yang nyata saya tidak berselera makan memikirkan betapa JIHAD PALESTIN menguji umat lslam yang mempertahankan masjid AlAqsa terpaksa melalui derita dan kesulitan tanpa keluhan.   Istimewanya sebahagian besar yang syahid masing-masing merupakan HAFIZ/HAFIZAH termasuk anak-anak. Sayunya mendengar pilihan Allah kepada para Huffaz di Gaza...kesalnya mengapa saya lalai daripada program menghafal Quran sejak kecil.

Program di Masjid Sallahuddin Al Ayubi Taman Melati diakhiri tazkiran selepas terawih. Ustaz yang mantap ilmu yang memberi tazkirah mengingatkan 'Rahsia' LailatuQadar...Allah tidak mau bersua dua jenis manusia pada malam lailatulqadar iaitu ORANG YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM dan ORANG YANG DURHAKA KEPADA IBU BAPA.

Merenung kembali nostalgia bersama Aman Palestin dan JIHAD PALESTIN saya bimbang juga kerana selain tumbuhnya banyak organisasi membantu Palestin mutakhir ini mungkin ada menyelinap disana unsur berpatah arang kerana berselisih pandangan atau ingin bersaing mendapat penghargaan...BUKAN KERANA ALLAH. Agak-agaknya bila kita umat lslam dapat merasai nikmat 'aku sayang kamu kerana Allah' yang sering diungkapkan para sahabat Rasulullah saw antara satu dengan lain. WaAllahu'alam

1 comment:

  1. Penyesalan saya sendiri kerana tidak bersama para Jihad dari muda lagi. Semoga saya dapat berusaha (walau kecil) supaya tidak terpinggir dari arus Jihad. Semoga Allah masih memberi peluang dan ruang dan menunjuki jalanNya dan dapat bersama para syuhada' walaupun tidak di medan perang. Aameen ya Rabb....

    ReplyDelete