NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 1, 2014

SEJAHTERAKAN AKIDAH 1

Assalamualaikum
 Ahad
 18 Mei 2014/18 JamadilAkhir 1435H disambung pada Ahad 1 Jun/ 3 Syaaban 1435H

Alhamdulillah saya berada d langkawi sekali lagi. Misi kali ini membawa balik kereta proton yang kurang mendapat sewaan pelanggan berbanding kereta myvi, viva dan yang seangkatan dengannya.

Sejak saya tidak lagi memantau Langkawi Lite rasa bebas sedikit meninjau perkembangan industri pelancongan di pulau legenda ini. Kalau kedatangan sebelum ini runsing saya memikirkan pembiayaan petugas,menu menarik, kebersihan serta komen pelanggan, terkini saya sebagai pelanggan dan boleh menempah makanan yang ada. Apa pun semua terikat dengan kekangan kewangan. Bekalan juga terbatas kerana harus didatangkan daripada tanah besar semenanjung. Tidak silap seorang ibu tunggal yang lama menetap di Langkawi merasa terbeban dengan bahan yang tidak menentu lantas menutup perniagaannya sejak beberapa tahun lalu.

Terkini saya memerhatikan gelagat peniaga yang punya alasan kukuh menaikkan harga apa sahaja lebih-lebih lagi ada alasan GST cukai yang bakal di laksanakan tahun 2015. Yang lebih merunsingkan adalah terdedahnya pelbagai kaedah yang tidak halal dalam pengeluaran produk makanan antaranya chokelat yang di pasarkan di Langkawi melalui Thailand, kicap dan pemerosesan daging burger McDonald. Terkini saya menerima whatsapp agar berhati-hati dengan minuman air tebu yang terdedah dengan cemaran air kencing tikus di tepi longkang. Bagaimanalah ingin istiqamah dengan AKIDAH SEJAHTERA  sedangkan sumber makanan di cemari sana dan sini.

Saya ingin membuat pemerhatian tentang Pulau Langkawi. Tinjauan di daerah pantai cenang yang di katakan tempat 'happening' sewaktu saya di Langkawi kali ini agak hambar. Samada kedatangan saya pada hari bukan happening atau bukan musim cuti saya tidak dapat pastikan. Namun bila saya menjengah menu di restoran di sekitar rata-rata harga makanan laut RM50-170 sekilo, antaranya ketam, ikan jenahak dan seumpamanya. Saya pernah membeli ketam yang baru naik daripada laut di pasar langkawi harga RM22 (belum masak), bererti proses memasak di restoran di kenakan harga antara RM30-50 sekilo bahan. Jawabnya masak sendiri dan bagi yang tidak ada kemudahan memasak terpaksa memilih tempat yang tidak bertaraf seperti gerai-gerai kecil di bandar Kuah.

Isu-isu di atas saya bawakan kerana saya merasakan KONSEP SEJAHTERA  masakini telah tergugat dalam semua aspek. Tidak ada lagi SEJAHTERA KEWANGAN  (Financial independence) SEJAHTERA KESELAMATAN (security independence) SEJAHTERA KELUARGA (Family happiness) dan paling berbahaya ialah SEJAHTERA AKIDAH (Belief System). Semua menjadi kucar kacir kesan pembangunan pesat yang pada pandangan saya kurang seimbang atau dalam bahasa mutakhir kurang MAMPAN (Sustainable).

Terlalu banyak perkara ingin saya kongsikan namun masa amat kekurangan. Antaranya kemangkatan Sultan Azlan Shah, pilihanraya Teluk Intan yang di menangi BN, General Asisi Yahudi Mesir menang pilihanraya, kematian kawan sekolah di Muar Dr Robiah Kosai dan perkahwinan anak saudara suami saya. Sepanjang Sabtu semalam guru-guru Smartop menghadiri latihan Dalaman (in house Training) mengenai pendidikan awal kanak-kanak yang akan saya kongsikan dalam blog akan datang insyaAllah. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment