Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jumaat 2 Mei 2014/2 Rejab 1435H
Penghulu segala hari begitulah hari Jumaat di kenali atau di LABELkan. Suatu yang baik kerana perkaitan dengan identiti hari Jumaat bersumberkan AlQuran dan Hadis.
Pernah satu entry saya menyebut dua perkara masyarakat kita kurang ilmu tentangnya dan kurang memberi tumpuan (i) Ilmu mendidik anak (ii) llmu bekalan/persiapan selepas mati.
Fitnah yang melanda masyarakat yang berpaksikan dunia hanya suka bila menerima sesuatu tetapi kikir memberi. sesuatu. Semua di kaitkan dengan wang ringgit, untung rugi berpandukan nilai masyarakat semasa, nilai diri yang berkepentingan, bukan nilai di sisi Allah Maha Pencipta sesuatu itu. Di sisi Allah segala ciptaanNya tidak ada yang sia-sia sekalipun manusia melihatnya hina dan kurang nilai.
Saya berbelit-belit menulis dalam blog kali ini untuk menyampaikan satu mesej saja iaitu JANGAN MUDAH MELETAK STIGMA DAN LABEL kepada seseorang atau sesuatu kejadian yang semuanya terjadi DENGAN IZIN ALLAH. Usaha manusia sebagai hamba hanya cuba memperkukuh keyakinan kepada Allah dan memberi kepercayaan kepada orang lain
KEYAKINAN/KEPERCAYAAN ITU IBARAT ISTANA PASIR SUSAH DI BINA NAMUN AMAT MUDAH DI RUNTUHKAN
Saya menerima mesej gambar istana pasir dalam whatsapp pagi ini dan terus tercetus idea menulis blog ini. Suami saya juga pulang daripada solat subuh di masjid membawa berita seorang anak muda lari rumah kerana di pukul ibunya. Terdetik dalam benak saya dua kesilapan masyarakat yang tidak ada ilmu mendidik anak dan kurang memikirkan balasan alam akhirat.
Sebagai manusia yang serba kekurangan serta bergantung harap 100% kepada petunjuk Allah setiap saat kita sering berhadapan dengan kesilapan dan kesalahan. Namun manusia beriman dan berfikiran waras akan segera mebetulkan kesilapan dan tidak mengulanginya melalui taubat dan minta tambahan hidayah serta petunjuk daripada Allah semata. Mungkin Allah akan hantar 'tenteranya' berupa pertolongan manusia atau apa saja namun kita jangan sekali berhenti setakat melihat manusia dan pertolongan itu., noktah. Salah...kerana di sebalik semua jisim dan pergerakan dalam alam ini adalah dengan izin, ketentuan dan kehendak Allah. Manusia hanya mampu memilih takdir yang baik dan mengelak takdir yang buruk dengan usaha ikhlasnya yang masih lagi DENGAN IZIN ALLAH.
Saya ingin turunkan kisah LABELING mengenai pengalaman diri saya sendiri. Satu ketika seorang teman bercerita anaknya memaklumkan dalam kariah seksyen 7 Shah Alam ada seorang Dato' yang tinggal di rumah teres. Teman itu tidak menduga anaknya bercerita tentang suami saya yang baru di lantik pengerusi surau. Di waktu yang lain seorang petugas courier menalipon suami saya bertanyakan alamat kerana puas dia mencari di kawasan rumah bunglow tidak berjumpa alamat rumah saya. Bila petugas sampai kerumah saya terlepas kata-katanya 'Dato..duduk rumah ini macam ke?'
Ini kes LABELING iaitu mudah meletakkan ciri seorang berpangkat Dato mesti duduk di rumah bunglow dan tak masuk akal jika tinggal di rumah teres. Nilai yang manusia guna sebagai kriteria hanya berpandukan adat, amalan dan anggapan bahawa seorang Dato itu kaya raya, mampu dan mewah harta. Tidak pernah kita mentafsir mampu, kaya dan mewah dalam perspektif selain wang ringgit dan bentuk fizikal. Apa pun dua kisah yang saya paparkan cukup untuk menjelaskan bahaya MELABELKAN apa saja mengikut nafsu dan kehendak masyarakat sesuka hati tanpa selidik siasat.
Suami saya bercerita kisah remaja di masjid adalah bekas penagih dadah yang telah pulih, bertaubat dan sering solat di masjid. Namun STIGMA yang di pikulnya masih kuat dalam benak ibunya hingga ibunya memukulnya dengan teruk kerana kesalahan yang kecil sahaja. Dia merajuk lantas nekad lari dari rumah. Saya yakin ramai remaja dalam kategori ini tetapi siapa yang akan merawat hati yang di pinggirkan kerana STIGMA menagih dadah. Suami saya berkongsi tiga perkara dengan remaja tersebut (i) jaga solat (ii) baca quran (iii) bersabar dengan karenah ibu untuk keberkatan hidup.
Demikianlah masyarakat di landa dua masalah STIGMA DAN LABEL. Sesuka hati meletakkan status seseorang melalui anugerah manusia yang di LABEL mulia dan hina. Mudah sangat memberi STIGMA atas kesilapan yang masih ada peluang di perbaiki dengan syarat semua pihak memberi keyakinana dan kepercayaan bahawa Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang akan menolong sesiapa yang memohon tanpa jemu kepadaNya.
Sesuatu yang bersumberkan AlQuran dan Sunnah sahaja yang selamat pada akhir zaman ini. Oleh itu mari kita tingkatkan ilmu, banyak memberi apa saja bantuan dengan ikhlas tanpa syarat sekalipun yang di bantu itu ada kaitan kerabat dengan kita. Usahakanlah sesuatu dengan bersungguh agar rezeki yang halal menatijahkan sesuatu kebaikan akhirnya. WaAllahu'alam.
Alhamdulilah. Perkongsian yang baik.
ReplyDelete