NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, June 7, 2014

SEJAHTERAKAN AKIDAH 2

Assalamualaikum warahmatullahi wbarakatuh

Sabtu 7 Jun 2014/10 Syaaban 1435H

Alhamdulillah saya dapat sedikit ruang menulis blog ini yang bersambung daripada tajuk sebelum ini. Saya berada di Shah Alam sekarang menghadiri perkahwinan Fahida anak Hj Hairuddin yang sulung.

Malu untuk meluahkan sebarang keluhan kerana terlalu banyak nikmat yang telah saya terima daripada Allah azza wajala sehingga ketahap boleh menitiskan air mata kesayuan. Pertama; sayu kerana terlalu daif amalan saya di banding nikmat sihat sampai ke umur ini, Kedua; sayu kerana sering mendapat pertolongan Allah dalam detik terakhir sebelum hampir berpurus asa, Ketiga; rasa insaf kerana banyak aib diri di tutupi Allah dan Keempat; sayu kerana tempoh saya menambah amal sebelum ke alam barzah semakin berkurang.

Sebuah kehidupan yang tidak ada ujian akan di anggap hambar dan tidak di endahkan Allah. Begitu saya melihat pelbagai insiden yang melanda ahli keluarga,teman dan rakan yang semuanya memiliki hikmah dan ibrah tersendiri. Kedekatan seorang hamba kepada Allah dengan AKIDAH SEJAHTERA akan memberi rawatan terbaik kerana sesungguhnya manusia hanya mampu berusaha natijah usahanya adalah hak Allah. Jika mahu takdir diri menyerupai takdir Allah maka kena banyak solat istikharah dan berdoa sebelum menceburi sesuatu urusan hatta sekecil-kecil membuat keputusan membeli sesuatu barang yang kita kurang arif keperluannya.

Namun manusia di uji dengan dua S-Syahawat dan Syubahat. Keduanya daripada hasutan syaitan. Keinginan nafsu yang di cegah di saat kritikal mau menikmatinya di kira tanda orang beriman kerana mampu menolak kehendak hati yang tidak terkawal. Contoh Nabi Yusuf yang muda menolak ajakan wanita cantik dan berpengaruh adalah tanda insan beriman par excellance. Namun berapa ramai di kalangan kita yang sentiasa menurutkan kehendak hawa nafsu malah di suburkan pula dengan budaya masyarakat kebendaan dan ala jahiliyyah di mana-mana.

S kedua, Syubahat pula nauzubillah merupakan senjata musuh lslam meruntuhkan nilai kesucian kita kerana hampir semua bahan makanan di bawah kawalan dan pengeluaran orang bukan lslam. Dalam sebuah video yang di whatsapp kepada saya di tegaskan bahawa bahan campuran makanan yang bersumberkan khinzir a.k.a babi terlalu meluas tanpa kawalan, dari campuran susu, keju ke minyak masak dan tepung. Proses penyediaan juga di ragui termasuk di negara sendiri yang membiarkan orang bukan lslam memproses sesuka hati udang kering, kicap dan makanan ringan. Pihak berkuasa yang memberi akuan loga HALAL berdolak dalik haram halal sesuatu makanan yang di campur DNA babi, kononya 'contamination' tidak di kira banyak untuk menghukumkan HARAM. Nyata keresahan akhir zaman dalam isu paling dekat dengan kehidupan harian iaitu makanan sudah kelam kabut. Apabila makanan menjadi darah daging dan sel-sel otak mengecut kematian ruh maka tunggulah saat umat di peronyok musuh sesuka hati.

PENGERUSI LEMBAGA SMARTOP MERASMIKAN IH HOUSE TRAINING


SEJAHTERAKAN AKIDAH merupakan seruan Pengerusi Smartop sewaktu program In house training baru-baru ini. Konsep tidak mencampuradukkan fahaman agama dengan amalan adat dan kurafat apatah lagi yang berunsur syirik merupakan usaha menambah ilmu kepada barisan murobbiah (pendidik) Smartop. Dalam masyarakat yang dagang daripada majlis ilmu terutama ilmu pendidikan anak dan persiapan akhirat tidak semudah bercakap mengatasi isu ini.

Saya tabeklah kepada kegigihan guru besar dan bekas peserta PERMATA yang mengasaskan program latihan ini kerana bukan mudah untuk meyakinkan barisan pendidik keperluan menambah ilmu dalam bidang early childhood. Bantuan khusus daripada sukarelawan Widad menambahceriakan persembahan. Saya berdoa Allah memberi ganjaran terbesar kepada barisan pejuang ini, amiin.

Konsep SEJAHTERA membawa maksud bebas dan tenang daripada halangan dan gangguan MUSUH Allah dalam proses ingin menjadi hambaNya yang di redhai. Musuh Allah perlu di kenalpasti dan yang paling dekat adalah nafsu/sikap diri sendiri yang suka santai bersenang dan bermalasan. Begitu juga dengan amalan sunnah yang asing sekali dalam masyarakat yang kental dengana adat resam dan budaya berseronok dan berhibur. Saya sampai fobia menonton TV kerana program pertandingan segala macam keseronokan di tawarkan kepada anak-anak cilik sampai ke otai masih berbisa!!

Demi ingin menSEJAHTERAKAN AKIDAH setiap saat masa harus di isikan dengan sesuatu yang laku nilainya di akhirat. Untuk itu kita perlu memasang GOAL atau sasaran untuk di capai. Dalam tempoh sehari, seminggu, sebulan, setahun, 5-10 tahun jika umur panjang kita perlu sasarkan pencapaian nilai akhirat sebaiknya kerana dunia yang di tinggalkan akhirnya akan mengikut sahaja apa yang kita lakukan.

Kini kita telah tiba bulan Syaaban yang mengiring Ramadhan. Seharusnya apa yang saya ceritakan ini tidak pelik kerana sepanjang Ramadhan kita akan dapati sebahagian besar umat lslam akan terserlah keislamannya. Peluang menSEJAHTERAKAN AKIDAH terbuka luas untuk kita sama-sama fikirkan. Bermula dengan nawaitu yang betul setiap saat mari kita SEJAHTERAKAN AKIDAH kita dengan persiapan mendidik diri dan ahli keluarga kembali kepada Allah 'spiritually' sebelum jasad kita di jemput ke alam barzah 'physically',insyaAllah.

Allahumma inni asaluka tssabatta fil amri (Ya Allah kurnikan kepadaku ketetapan dalam beragama)

No comments:

Post a Comment