NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, June 15, 2014

INDAHNYA BERSILATURRAHIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ahad 15 Jun 2014/ 17 Syaaban 1435H

Antara tiga sasaran saya untuk di capai dalam kehidupan ialah MEMPERKUKUH SILATURRAHIM. Alhamdulillah akhir tahun lalu kawan-kawan sekolah cuba melibatkan saya dalam wassap SULTAN ABU BAKAR GIRLS' SCHOOL MUAR (SABGS).

Setelah missing tiga pertemuan yang di atur oleh seorang teman ceria, saya fokus untuk datang menyertai pertemuan pada 15 Jun 2014. Tarikh yang di anjak dua kali, tapi alhamdulillah dapat juga bertemu walaupun tidak semua dapat hadir.

Kehadiran yang tidak berkaitan dengan sebarang peraturan bersifat duniawi masing-masing meninggalkan pangkat dan gelaran di rumah. "I was not a born a datin" kenyataan yang tepat sekali bila ada yang cuba bertanya tentang gelaran keduniaan yang menyusahkan pemegangnya.

PERTEMUAN SINGKAT DI RUMAH RODZIAH HASHIM di DENAI ALAM

Majlis tahlil dan doa kami sedekahkan kepada rakan-rakan yang telah meninggalkan kami termasuk ibu bapa kami masing-masing menggamit rasa insaf dan sayu kerana di umur senja ini kami masing-masing sedang menunggu giliran. Makanan lumayan sekali Alhamdulillah semoga keberkatan pertemuan ini membahagiakan semua.

Tajuk INDAHNYA BERSILATURRAHIM saya bawakan kali ini kerana rasa amat bersyukur dengan nikmat berkeluarga besar, bersahabat ramai dan hubungkait perkenalan yang kekal sampai sekarang. Saya memegang konsep bahawa apa yang Allah anugerahkan kepada kita sebenarnya adalah hasil doa dan kebaikan orang yang kita santuni, antaranya anak-anak kecil, orang miskin, ibu bapa dan musafir dalam perjalanan. Kita seolah menumpang rezeki mereka yang di berkati Allah.

Kehadiran satu keluargan daripada Terengganu pada malam Jumaat baru-baru ini kerana meraikan perkahwinan anak kedua Pak Teh di Kota Kemuning membuat saya sebak. Pertama, saya menjangka bertemu mereka di D'Arab Cafe almaklum saya baru menjijak kaki pulang daripada Tangkak. Kedua saya sudah lama tidak mengemaskan rumah dan bilik air agar sesuai untuk tamu.  Tup-tup tiga buah kereta sampai depan rumah saya sebaik saya dan suami selsai berjumaah solat Maghrib. Tu dia...gelabah juga namun INDAHNYA BERSILATURRAHIM memadamkan semua kerunsingan saya terhadap rumah berselerak dan bilik air tidak di rapikan.

MAKSUD HADIS TETAMU DATANG MEMBAWA REZEKI DAN PULANG MENGAMPUNKAN DOSA... AMIIN YA RABB


KENANGAN DI HADAPAN RESTORAN D'ARAB CAFE ANJUNG 7 SHAH ALAM

Pagi Sabtu keluarga besar saya bersama sekali lagi dalam majlis perkahwinan Fahida, kali ini menghantar pengantin di Kelana Jaya. Perasaan bersilaturrahim adik beradik menerpa deras penuh syahdu dan mawaddah. Dalam hati berbisik ya Allah syukurnya dapat menikmati silaturrahim yang indah ini walau sekejap. Semoga di kalangan kami yang Allah redho akan terus bertanyakan diri ini di akhirat nanti.

                                          HADIRI  MAJLIS  PERKAHWINAN DI DEWAN SRI ENDON PUTRAJAYA
                                       HADIR RESEPSI ALA TENTERA DI KELANA JAYA

Demikianlah sekelumit kisah INDAHNYA BERSILATURRAHIM yang saya amat terkesan mutakhir ini. Samada ia merupakan rawatan kepada hati saya yang memikirkan SMARTOP di ambang sedikit perubahan atau merupakan  peluang untuk  membina  daya  ketahanan diri terus bersabar  berhadapan dengan kerenah guru yang  tak dapat saya pastikan..Masih dalam proses taaruf  yang belum selesai.

Namun hadiah sebuah silaturrahim menyentuh jiwa saya bahawa jika Allah ingin menganugerahkan seseorang kebaikan bermulalah dengan manjalin hubungan silaturrahim seikhlasnya. Keluarga Terengganu bukan saudara mara saya kerana hampir 20 tahun lalu seorang anak muda menumpang rumah saya sebagai anak angkat. Keluarga yang datang adalah sepupu beliau yang suka sekali bersilaturrahim. Terimakasih Allah kerana memilih saya dan suami menjadi penerus amal soleh yang laku di akhirat ini iaitu HUBUNGAN SLATURRAHIM.

Saya abadikan gambar dengan anak-anak kecil mudah-mudahan bila mereka dewasa akan terus menjaga silaturrahim anugerah Allah. Sesiapa pun tidak dapat meramal bila penghujung umur masing-masing, mungkin tidak sempat menyampaikan kepada Ramadhan yang kian hampir.

Saya terkesan dengan kembali kerahmatullah imam besar Masjid Shah Alam baru-baru ini pada usia 40 tahun meninggalkan balu dan lima anak-anak yang sedang membesar. Perginya seorang insan soleh harus merunsingkan kita umat lslam kerana ia petanda ilmu di angkat dan keberkatan berkurangan. Semoga Allah menyelamatkan kita dengan melakukan banyak ketaatan dan kesabaran melalui liku-liku hidup dan memelihara kita daripada api neraka serta menganugerahkan kita syurga naim yang AMAT MAHAL HARGANYA, semahal nyawa yang masih kita hirup ini. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment