NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 6, 2014

MERENDAH HATI SATU ANUGERAH ALLAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ahad 6 Julai/8 Ramadhan 1435H

Begitu pantas masa berlalu tiba-tiba sahaja umat lslam hampir melewati fasa RAHMAT Allah dalam 10 hari pertama berpuasa.

Sepenuh hati saya memohon RAHMAT Allah sejak bermula Ramadhan seminggu yang lalu. Kalau bukan dengan Rahmat Allah tidak ada yang bermakna di muka bumi ini. Dengan Rahmat Allahlah kita di izinkan berada dalam bulan barokah ini dan menghayati keberadaannya dengan keimanan dan ketelitian (ikhtisaban).

Peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak saya tidak menulis blog kini menjadi sejarah. Namun terkesan di hati ini setengah peristiwa boleh di kawal hanya dengan sifat MERENDAH HATI yang merupakan ANUGERAH ALLAH. Ustaz Nouman Ali Khan (NAK) yang menjadi minat saya mutakhir ini berkali-kali mengingtkan kelemahan umat lslam ialah kita kurang mampu berlapang dada dan kurang MERENDAH HATI ke tahap kita lupa WHO ARE WE SERVING? sergahnya..adakah kita berkhidmat untuk nafsu dan ego kita atau ALLAH? Kesilapan termasuk sikap ibu bapa terhadap anak-anak kerana mengharap anak-anak SERVE/BERKHIDMAT untuk mereka bukan untuk ALLAH.

Smartop menyaksikan kemasukan petugas baru untuk membantu urusan mengasuh anak-anak Tadika dan Taska. Sepanjang Ramadhan saya mencadangkan guru-guru merenung ayat ringkas Surah AlBaqarah 185 mengenai bulan Ramadhan yang didalamnya di turunkan AlQuran. Beritau anak-anak pentingnya bulan yang ada kaitan dengan identiti umat lslam mendapat petunjuk Allah. Dengan hafalan ayat pendek ini di harap anak-anak mendapat rahmat menyebutnya kerana saya amat yakin sepatah sebutan Bismillah pun jika diulang dan di faham akan mendapat keberkatan.

Kalutnya bulan Ramadhan tahun ini kerana bertepatan dengan temasya WORLD CUP agenda Zionis Yahudi melekakan umat lslam dengan bola. Saya target kalau mampu sepanjang bulan berkat ini saya nafikan diri ini menonton apa saja tayangan di tv. Bil Astro pun saya biarkan 'lapse' dan akan di sambung selepas Ramadhan.

Bukan mudah untuk MERENDAH HATI tanpa pertolongan Allah kerana bolak balik hati hak Allah menentukannya dan akan di ANUGERAHKAN kepada hamba yang memilih untuk membersihkan jiwa daripada karat akhlak hodoh yang di warisi masyarakat serta budaya tidak bertuhan. Mudah sangat orang naik marah atas alasan mereka keturunan Bugis atau berwariskan keluarga atasan. Lagi mudah orang bersengketa hanya semata tidak sebulu pendapat. Yang lagi parah ialah mereka yang ketagihan keperluan asasi kasih sayang lantas menterjemahkannya kepada ketagihan rokok, dadah, arak serta judi. Tidak ada di sana sedikit KERENDAHAN HATI untuk tunduk patuh kepada larangan Allah yang di sebutkan dalam AlQuran.

Ramadhan dan AlQuran melahirkan KERENDAHAN hati kerana ia merupakan sepasang ibadah yang perlu berjalan seiring. Anugerah Allah ini akan menjadi penyebab pelbagai perubahan kepada cara berfikir, bercakap, bertindak dan berinteraksi. Mutakhir ini anak-anak 'menderkahi' ibu bapa hanya melalui cara berinteraksi atau tidak berinteraksi langsung. Seorang teman saya berkecil hati kerana anaknya tidak memberitaunya keluar makan sedangkan ibunya telah memasak makanan kegemaran anaknya. Saya akur dengan ibu ini kerana anaknya 'menumpang' rumah ibunya dan perlu ada AKHLAK seorang anak menjaga hak dan hati ibunya. Namun tanpa anugerah yang di perolehi dengan menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu akhlak ini sukar di tanamkan secara konsisten. Si anak perlu ada KERENDAHAN menilai ibunya lebih berharga daripada yang lain. Namun di zaman ipad ini  WHO CARES...

Sepanjang hari cuti ini saya mendapat rezeki yang alhamdulillah sukar di nilai. Seawal pagi Surau AtTaqwa Seksyen 7 Shah Alam mengadakan program bersama Ustazah pembimbing solat-solat taubat,hajat dan tasbih. Bila ia berlaku waktu saya baru menjejak kaki pulang daripada Tangkak ia memang rezeki besar. Selain menjalin silaturrahim yang lama terpisah dengan teman-teman kariah saya mendapat maklumat Pertubuhan Mawaddah Malaysia perlukan wakil menghadiri program bersama JAIS. Antara ingin hadir atau tidak program yang telah lama saya tidak sertai memerlukan KERENDAHAN HATI berbanding untuk mengutamakan berehat, iftar dengan keluarga atau kawan-kawan di surau atau hadir taklimat JAIS bersama seorang teman.

Rupanya memamng anugerah Allah apabila saya memilih menjadi wakil sepanjang petang hingga ke solat terawih dalam program yang di adakan di masjid Bukit Jelutong. Saya bertemu teman lama dan sempat membantunya bertenang kesan masalah orang gajinya yang lari rumah. Saya dapat berita seorang tokoh pendakwah telah dua tahun 'coma' dirumahnya dan yang paling saya rasa anugerah ialah bersama imam yang membaca ayat-ayat AlQuran seiras dengan tokoh imam Masjidilharam Abdul Rahman Sudais. Pertama kali saya berterawih tidak mengantuk...alhamdulillah.

Blog yang saya tulis kali ini mungkin tidak teratur namun saya mengabadikannya sebagai rujukan sebelum saya terlupa. Kalau Allahyarham biduanita Sharifah Aini yang meninggal dunia pada hari Sabtu 5 Julai/7 Ramadhan meninggalkan wasiat yang menitiskan air mata pembaca,saya ingin blog ini menjadi catitan peribadi cara berfikir saya kepada sesiapa yang mengenal saya. Terutama ahli keluarga, anak cucu yang saya cuba santuni sebaiknya mengenalkan Allah sejak di usia muda mereka. Mungkin cara saya tidak sebaik orang lain namun saya yakin Allah tahu nawaitu saya sejak saya mengenal lslam agama sempurna. Semoga Allah menganugerahkan saya KERENDAHAN HATI mengakui semua kelemahan diri sepanjang kehidupan ini dan menganugerahkan saya pengakhiran hayat yang baik insyaAllah,aamiin.  

No comments:

Post a Comment